Pages

Thursday, January 31, 2013

Raja Bodoh!!!




Dali tak setuju!


Oleh Mohamad Zulfaizan Mansor



Kota Bharu: Legenda bola sepak, Dali Omar mempertikai tindakan pengendali skuad kebangsaan, Datuk K Rajagobal yang lepas tangan, sebaliknya meminta dua bekas pengendali Kelantan Datuk M Karathu dan B Sathianathan menjelaskan mengapa kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi (gambar kecil) atau Piya tidak disenaraikan dalam skuad Harimau Malaya.

Menurutnya, selaku jurulatih profesional, Rajagobal perlu menjawab persoalan mengapa beliau tidak menyenaraikan pemain berbakat seperti Piya dalam skuad kebangsaan kerana itu tanggungjawabnya.


“Beliau dilantik sebagai jurulatih kebangsaan dan tanggungjawab beliau memilih pemain yang mampu membantu pasukan dalam mencipta kejayaan.

“Bagi saya, tindakannya gagal menjawab mengapa tidak memilih Piya, sebaliknya meminta bertanyakan kepada Karathu dan Sathianathan, satu tindakan tidak profesional. “Tindakan beliau itu pelik dan tidak masuk akal. Sepatutnya beliau mengkaji kebolehan Piya dan menjawab persoalan kenapa pemain itu tidak disenaraikan. Ini kerana tanggungjawab memilih pemain terletak di tangan beliau, bukannya di tangan Karathu dan Sathianathan,” katanya, semalam.


Dali berkata, beliau kecewa dengan tindakan Rajagobal yang tidak menyenaraikan Piya selain menganggap pemain itu sepatutnya sudah lama menyarung jersi kebangsaan.


“Setakat ini kita tidak boleh nafikan kehebatan Piya yang menjadi tonggak penting Kelantan terutama ketika menang tiga piala musim lalu.

“Sebab itu saya sangat kecewa dengan tindakan Rajagobal. Ketika saya menjadi penasihat teknikal pasukan Kelantan, saya sudah lihat bakat besar yang ada pada pemain itu dan berpendapat dia boleh pergi jauh.


“Bagi saya, Piya kapten nombor satu dan paling berjaya dalam negara tetapi malangnya dia tidak mendapat peluang menyumbangkan bakti dan kebolehan untuk negara. Ini sangat merugikan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.net) Mahizi Mahmood berkata, tindakan Rajagobal itu mungkin disebabkan jurulatih itu tertekan dengan desakan banyak pihak.


“Memang tidak dinafikan Rajagobal tertekan dengan banyak pihak yang mahu Piya disenaraikan dalam skuad kebangsaan. “Bagi saya, Rajagobal masih dibayangi kejayaan lampau kerana kita harus ingat bola sepak kini sudah berubah.


“Kejayaan menjulang tiga piala musim lalu sudah cukup membuktikan Piya seorang kapten yang hebat pada masa ini dan perlu diberi peluang membuktikan kehebatannya.”

Utusan :


Raja! Cerita yang sebenar
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - Isu Mohd. Badri Radzi tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan pimpinan Datuk K. Rajagobal akan berterusan selagi jurulatih itu terus bersikap mengelak daripada menceritakan keadaan sebenar.

"Hanya Rajagobal yang boleh meredakan isu hangat antara dia dan Badri (Piya)," kata legenda bola sepak Kelantan, Dali Omar yang ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Menyifatkan tindakan itu amat 'tidak kena', Dali berkata, sebagai seorang jurulatih, Rajagobal sepatutnya memberitahu kesilapan dan kekurangan Piya, agar pemain itu dapat memperbaikinya dan tidak kempunan menyarung jersi kebangsaan.

Bagi Dali, Piya pada anggapannya pemain tengah terbaik di Malaysia buat masa ini, jauh lebih baik daripada pemain Johor Darul Takzim, Safiq Rahim yang menjadi pilihan utama Rajagobal tetapi digantung perlawanan.

Jelasnya, Piya mempunyai kelebihan daripada semua segi seperti kelebihan membuat sepakan sudut, pergerakan tangkas, kawalan serta hantaran bola.

"Saya hairan, apa masalah Rajagobal sebenarnya? Adakah kerana dia ada isu peribadi dengan sesiapa sehingga dia enggan ambil Piya? Tidakkah dia sedar bahawa Piya pemain tengah terbaik negara sekarang? Kalau dibandingkan antara Piya dan Safiq bagai langit dengan bumi, Piya lengkap segala segi tapi Safiq hanya pakar sepakan sudut sahaja.

"Anda kena jujur memberitahu kepada pemain corak permainan bagaimana yang anda mahu serta kelemahan mereka," ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Beliau diminta mengulas tindakan Rajagopal yang terus menyisihkan Mohd. Badri daripada skuad kebangsaan yang akan memulakan kempen Kelayakan Piala Asia 2015 menentang Qatar pada 6 Februari ini.

Dali merupakan bekas pemain kebangsaan pada awal 1970-an dan selain Kelantan, dia pernah mewakili beberapa kelab di Australia selepas mengambil keputusan berhijrah sebelum mengakhiri karier sebagai jurulatih di negara berkenaan.

Menurut Dali, tindakan Rajagobal mengambil pemain muda bagi mengisi kekosongan pemain yang cedera akan membawa padah kepada pasukan negara dalam kempen Kelayakan Piala Asia.

Beliau berkata, untuk bermain di peringkat yang tinggi, Rajagobal sepatutnya menghantar pemain berusia 27 tahun ke atas kerana pada usia itulah pemain negara berada pada tahap paling matang sama ada dari sudut fizikal dan kawalan emosi.

Jelasnya, Rajagobal sepatutnya faham tahap pemain Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan pemain Liga Perdana Inggeris yang matang lebih awal pada usia 22 dan 23 tahun.

"Kita tidak akan mencapai apa-apa dalam Piala Asia nanti dan apa-apa kejohanan sekalipun jika beginilah cara Rajagobal memilih pemain kebangsaan, seolah-olah macam memilih dan mencampak bahan masakan dalam periuk sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (kelate.net) menempelak sikap pengendali Harimau Malaya itu yang mengaitkan dua bekas pengendali The Red Warriors, Datuk M. Karathu dan B. Sathianathan sebagai punca kegagalannya menyenaraikan Piya.

Timbalan Presiden kelate.net Mahizi Mahmood menegaskan, tindakan tersebut mencermin sikap sebenar pengendali Harimau Malaya yang dilihat seolah-olah memperlekehkan kemampuan pemain paling berpengaruh dalam pasukan Kelantan.

"Menjadikan Karathu dan Sathianathan sebagai punca kenapa beliau tidak memilih Piya untuk beraksi dalam skuad kebangsaan adalah sesuatu yang tidak profesional dan boleh memberikan gambaran kurang baik kepada kedua-dua tokoh berkenaan.

"Selaku peminat bola sepak, kami tidak boleh menerima alasan tersebut, dan dalam hal ini beliau perlu berterus terang bagi membolehkan semua orang tahu kenapa Piya tiada dalam skuad negara.

"Tindakan ini menunjukkan seolah-olah beliau mahu 'cuci tangan' dalam isu ini. Hanya beliau yang mempunyai kuasa untuk memilih pemain bagi menyarung jersi kebangsaan atas kapasiti selaku ketua jurulatih," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130131/su_01/Raja-Cerita-yang-sebenar#ixzz2JXoNOSPv
© Utusan Melayu (M) Bhd

Friday, January 25, 2013

Bandaraya Kuala Lumpur

Gelak gelemak...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, January 23, 2013

First Day Dania Khairina ke Tadika : 2 Jan 2013

Bermulanye Dania belajar secara rasmi....









 *Mulanya risau la jugak..takut b'jerit...sebab dia bukan biasa pun bercampur gaul dengan orang yang tak kenal...sebab tak hantar ke pengasuh,...onni dia yang dok jaga dia...Risau takut "rukah" pagar nak balik rumah....

















* sebagai langkah persediaan kemungkinan tu, ibu n ayoh cuti la ari tu.....sambil-sambil nk tengok keadaan dia....















* Tapi nasib baik Dania rileks jah...xde teriok...so Lulus la untuk ditinggalkan....bagus2....
















* Tengah berkenal-kenalang.....ada gak 2 org budak menangis...semua nye boy.....kuat pulok budak2 lelaki ni teriok..bahaya sungguh, takut berjangkit ko Dania...













* Ok jah napok tu.....buleh tinggal dah ni....lepak 10minit, tengok ok....Tinggal la...Teacher ada utk tengok2 kan...tak panas ko tu Dania weh...
* Kelas kol 8.30am to 11:30am...3jam jek....Yuran kat sini RM150/bulan sahaja...tapi pendaftaran mahal sikit..RM1150.00 untuk setahun...boleh bayar ansuran...


  * Dah siap kelas....time Pulanggg....!!!












































* Aksi2 si Dania Khairina lepas balik dari Tadika....so Lulus la kiranye untuk First Day masuk tadika...Lulus dengan cemerlang sebab tak menangis.....!!!


dB : Good Girl...!!!

Tuesday, January 22, 2013

Ayuh kelate..bangkit...


Ayuh kelate...tewaskn musuh...

Jadual Liga Super 22 Januari 2013
Kelantan  vs N.Sembilan - Stadium Sultan Muhammad IV
T-Team vs LionsXII - Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Perak  vs Selangor -  Stadium Lumut
Pahang  vs Terengganu - Stadium Darulmakmur  
PKNS FC vs Johor Darul Takzim FC - Stadium Shah Alam
ATM  vs FELDA United FC -  Stadium Tunku Abdul Rahman 





posted from Bloggeroid

Yeaahhhhh - Dania Ready ke Sekolah



- Ok, Kasut, stoking dah ready.....






- Barang2 yang dah ready utk alam persekolahan Dania Khairina












- Yang paling penting, kasut,beg sekolah, stoking, botol air kena ada..kena beli...baru anak2 teruja nk ke sekolah...Suasana ke sekolah tu yang penting...semua dah ada, tapi lupo ambik gambar la pulok..Tunggu next episode...br ada gambar...




- Ni antara aksi teruja sebab semua kelengkapan nk ke sekolah dah ada...so sila layan aksi2 spotan dari Dania Khairina.....
- Gaya yang paling tak boleh nk handle....aksi spotan tu....ingat bakpo la possing maut mcm ni, rupanye buka jaket sebelah nk tunjuk "Tali Leher" belah dalam tu, kaki wat mcm tu, nk tunjuk kasut yang beli murah kt Hari2 nye pasaraya..heheh...


- Ni pulak pakaian sukan untuk Tadika Strawberry................Sekianggg..!!!



dB : Yang Penting TRW selamanya.....!!!




























Sokongan Penuh Kepada JDT (TMJ) & FAM

 "Terbaikkk...Sokongan Dari Datuk Seri Shahidan Kassim....

 ‘Saya sokong TMJ, FAM’




Kangar: “Saya sokong tindakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang bukan saja berani, malah menunjukkan keprihatinan terhadap pemain.

“Malah saya juga menyokong FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) yang membenarkan enam laras senapang dibawa masuk ke stadium (Muhammad
IV, Kota Bharu, Kelantan), minggu lalu,” kata Datuk Seri Shahidan Kassim, semalam.


Shahidan berkata, bukan itu saja, sepatutnya Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sepatutnya membawa 600 laras senapang berikutan bilangan penonton yang hadir ke stadium itu.


Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis berkata, jumlah senjata dibawa itu sebenarnya kecil berbanding kehadiran penonton pada perlawanan itu.

“Saya sokong tindakan TMJ kerana beliau berani berbuat demikian, demi pemain dan penyokongnya, malah ia juga dibenarkan FAM.

“Harapan saya, FAM tidak mengambil tindakan ke atas kenyataan saya ini kerana menyokong tindakan yang mereka lakukan,” katanya. Menurutnya, beliau juga berharap Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa tidak risau dengan apa berlaku kerana ia hanya enam pucuk senapang yang dibawa ketika perlawanan itu.

“Apa yang kita akan lakukan jika pemain dibaling botol oleh penyokong lawan? Pasti kita marah dan TMJ hanya melakukan apa yang patut, berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Kerajaan Johor.

“Penonton yang hadir juga melebihi 30 ribu, KAFA tidak perlu risau kerana ia hanya enam laras senapang,” katanya mengenai tindakan PBNJ membawa tentera lengkap bersenjata daripada Rejimen Ke-21 Gerup Gerak Khas (GGK) dari Kem Iskandar Mersing, Johor ke perlawanan itu..









dB : Siapakah yang "dianjing-anjingkan???" Rasa sendiri la cili tu Pedas Ke tak? Askar Pencen dari FAM mana? ada kuasa jawabkan? Mamat Double Stendet...!!!!..Tengok muka dia pun aku dah benci, inikan pula nak dengar dia cakap...


Dania Daftar Ke Tadika Little Strawberry

Hari Pendaftaran si Dania Khairina : 28 Dec 2012







- "Hi, Saya dah masuk ke alam pra-sekolah"
- Setelah daftar , terus dapat baju untuk pakai nanti...isnin hingga rabu pakai baju ni...



- Ni baju untuk hari Khamis...sebab hari Khamis ada Aktiviti luar....suruh g "nopat" kt luar la kot...
- Hari jumaat pelajar digalakkan pakai baju kurung...aduss....size kecik xde lak baju kurung..terpaksa tempah...so lom siap lagi.....tungguuu.....



dB : Cantik dok Baju Tadika si Dania??? apa pun, yang penting Baju Red Warrior....bukan baju JDT...hahahha....meme buleh pakai g Stadium terus ni baju nih...TerbaiKkkk...

Monday, January 21, 2013

Tadika Little Strawberry - Tadika Dania Khairina

28 Disember 2012 : Operasi mencari Tadika untuk Si Dania Khairina ( niat asal nak masukkan ke PASTI, penuh la pulok yang dkt sksyen 19 tu..)



- Sebelum tu dh survey n col Tadika ni, tengok macam ok ni...Nama pun Strawberry..Dania suka ni..ari2 sure dapat makan buah stoberi ni kot...




- Mengikut info yang diberikan dia nye silibus gabung skali dengan smart Reader..ye la kot...Dania pun baru 4 tahun...kira bagi pendedahan awal untuk bercampur dengan budak2 sebaya dia dulu..




- So untuk tahun 2013 ni try dulu macam mana "Pendidikan Awal Kanak-Kanak" di sini...insya-Allah ok rasanye...








- Ni la Tadika tu...Rumah Teres 2 Tingkat....Tingkat bawah untuk budak2 tahun 3-4thn...Tingkat atas untuk budak2 5-6tahun...










- Jemput Masuk tengok2 Tadika Si Dania untuk Tahun 2013 ( 4 Tahun)











- Tenaga Pengajar kat sini ada 4 orang rasanya...









- Macam2 sudut untuk budak2 disediakan...














- Diantara nya sudut Kraf untuk pelajar curat bakat kreatif la kot...








- utk 4/5 tahun nye sudut....




- Ni kelas ke tempat makan ni, sebab dok sebelah dapur memasak..




- Lagi gambar keadaan dalam Tadika...





- Lagi gambar keadaan dalam Tadika...

- Lagi gambar keadaan dalam Tadika...(Seperti di atas...heheheh)



dB : so Pendaftaran terus dibuat pada hari tu jugak...(otw balik kampung time ni...)...next post Dania masuk kelas-3 Jan 2013...cepat masa berlalu....anak ayah & ibu dh masuk sekolah dah...





IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)