Friday, April 29, 2011
Thursday, April 28, 2011
Restoran Mohd Chan - Kedai makan Cina Islam
Wednesday, April 27, 2011
Kelantan Tewaskan Selangor 1-0 ...!!!
KUALA LUMPUR - Terengganu merapatkan jurang satu mata dengan Selangor dalam carta bola sepak Liga Super selepas pendahulu liga itu kecundang 1-0 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam.
Kegagalan Merah Kuning menembusi kubu Wira Merah, turut membantu Si Penyu yang diterajui Irfan Bakti Abu Salim kekal mengekori di tangga kedua dengan 31 mata setelah menumpaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Jaringan tunggal hasil tandukan penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha seawal minit kelima, sudah memadai untuk menghampakan anak buah K. Devan tetapi masih mengekalkan Kelantan di tangga ketiga dengan 30 mata.
Pemain Terbaik Liga-M 2010 itu menanduk menewaskan penjaga gol Saiful Amar Sudar, selepas menyambung tandukan awal ketua pasukan, Badri Radzi di dalam kotak penalti yang berpunca daripada lontaran ke dalam.
Menambah tiga mata dengan menewaskan Kuala Lumpur 5-3 di Stadium Perak, Ipoh, Perak pula melonjak ke tangga keempat liga sambil memintas Kedah, yang kini diterajui bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan.
Gol Seladang dihasilkan oleh Razali Umar Kandasamy, gol sendiri Ahmad Dasila Tajuddin, Fazrul Hazli, Shafiq Jamal dan Nor Hazrul Mustafa manakala pelawat membalas menerusi See Kok Luen, Ahmad Hazwan Bakri dan Khairul Anuar Shafie.
Indra Putra Mahayuddin, Shamsul Kamal Mohamad dan Zairo Anuar Zailani menghampakan Wan Jamak dan Si Kenari 3-1 dengan gol buat T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Sayap kanan, Baddrol Bakhtiar menyumbat gol tunggal Kedah sejurus sebelum tamat babak pertama tetapi belum cukup untuk mengelak kekalahan itu dan kejatuhan Kedah ke tangga kelima liga.
p/s: Faktor peningkatan prestasi skuad :
"Presiden KAFA:TRW dibayar BONUS RM23,500 petang ini bagi kemenangan atas PERLIS dan FELDA FC sebelum ini. Alhamdulillah 4-0 mengatasi PERLIS....Trw perlu rehat yg cukup sementara menanti KUNJUNGAN SNGOR ke Kota bharu selasa ini...SEMUA PEMAIN PD TAHAP FITNESS YG BAIK TP PERLU FOCUS DAN BERBISA BILA BERTEMU PASUKAN SPT SELANGOR...must beat them if TRW WANT TO BE THE SUPERLEAGUE CHAMPION! " - tengah2 musim pun bayar bonus...bagus2 pengurusan TRW...
Monday, April 25, 2011
Kelate & Liverpool menang Besar
Ulasan Ringkas: Kemenangan besar 4-0 Kelantan ke atas Perlis malam tadi satu permulaan yang positif bagi Kelantan menempuh pusingan kedua Liga Super 2011. Tekad dan azam Tan Sri Annuar Musa ingin meletakkan Kelantan mengutip sekurang-kurangnya 30 mata lagi dalam pusingan ini dan merangkul kejuaraan Liga Super buat julung kali.
Beberapa aspek positif timbul ketika Kelantan menewaskan Perlis dalam pertemuan di Kota Bharu ini apabila dua pemain muda Izuan Solahuddin dan Nizad Ayub tersenarai antara penjaring pada malam tadi selain Piya dan Norshahrul terus menggegar jaring untuk menambah koleksi penjaring terbanyak Liga Super.
"Presiden KAFA:TRW dibayar BONUS RM23,500 petang ini bagi kemenangan atas PERLIS dan FELDA FC sebelum ini. Alhamdulillah 4-0 mengatasi PERLIS....Trw perlu rehat yg cukup sementara menanti KUNJUNGAN SNGOR ke Kota bharu selasa ini...SEMUA PEMAIN PD TAHAP FITNESS YG BAIK TP PERLU FOCUS DAN BERBISA BILA BERTEMU PASUKAN SPT SELANGOR...must beat them if TRW WANT TO BE THE SUPERLEAGUE CHAMPION! "
Pada separuh masa pertama pada minit 40 Khairul Izuan Solahuddin berjaya menjaringkan gol awal Kelantan 5 minit sebelum tamat perlawanan. Dari awal perlawanan lagi Kelantan banyak menyerang ke kubu Perlis namun hanya satu gol pengubat hati separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua pada minit ke 50 Norshahrul Idlan mudah menewaskan penjaga gol Perlis untuk membolehkan Kelantan mendahului 2-0. b_250_200_16777215_0_https___lh6.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TaLEnEW38aI_AAAAAAAAH7o_ieEHa9KMJHc_s512_24.jpgPada minit ke 70 Piya yang mendapat hantaran cantik Daudsu tidak mensia-siakan peluang gol apabila berjaya meledak jaring gol. Nizad Ayub yang dimasukkan menggantikan Solehin Kanasian tidak mengambil masa lama untuk membolehkan dirinya tersenarai antara penjaring gol pada minit 74. Khalid Jamlus juga dimasukkan menggantikan Norshahrul Idlan Talaha.
Tahniah kepada semua penyokong Kelantan yang terus memberi sokongan kepada pasukan. Perlawanan menentang Selangor sabtu ini diharap mampu mencipta sesuatu yang membanggakan sekaligus memudarkan parut lama pusingan pertama dulu, perlawanan juga sebagai menguji kesediaan kesebelasan utama Selangor pada saingan yang lebih berprestij separuh akhir pertama Piala FA yang dijangkakan berlaku perubahan jadual lagi.
Mungkin kemenangan kepada Perlis tidaklah menggerunkan pasukan lawan yang sentiasa memandang sinis keupayaan Kelantan setelah pasukan mereka berjaya menewaskan Kelantan tetapi mereka perlu ingat prestasi Kelantan sukar di ramal. Kini penyokong tidak sabar menanti kunjungan pasukan seperti Perak, T-Team dan Pahang. Gomo Kelate Gomo......Jika demo hebat tempat demo.....kito acu pulok di tempat ambo.....terus bergomo bersama The Red Warriors.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
dr TRW
Saturday, April 23, 2011
Jom Kira Zakat Pendapatan
- moga pendapatan kita lebih Berkat...
Senarai agensi yang dibenarkan untuk tolakan di dalam pengiraan zakat pendapatan
- Angkatan Koperasi Kebangsasan ( M ) Berhad
- Lembaga Tabung Haji
- Gabungan Koperasi Universiti Berhad
- Koperasi Anggota Keselamatan Dan Pegawai-Pegawai Rendah UM Berhad
- Koperasi Anggota Risda Malaysia Berhad
- Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
- Koperasi Bumira Berhad
- Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Berhad
- Koperasi Felda Trading Berhad
- Koperasi FRIM Berhad
- Koperasi Gabungan Kolej Komuniti Malaysia Berhad
- Koperasi Hannan Berhad
- Koperasi Harris Advanced Technology Sdn Bhd
- Koperasi Island & Peninsular Berhad
- Koperasi Jabatan Kastam Malaysia Berhad
- Koperasi Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Berhad
- Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad
- Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad
- Koperasi Kakitangan FELCRA (M) Berhad
- Koperasi Kakitangan FELDA Berhad
- Koperasi Kakitangan ITM Berhad
- Koperasi Kakitangan LPJ Berhad
- Koperasi Kakitangan Majuikan Berhad
- Koperasi Kakitangan Petronas Berhad
- Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
- Koperasi KOBARU Berhad
- Koperasi KOGUMA Berhad
- Koperasi KOSPETA Semenanjung Malaysia
- Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad
- Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad
- Koperasi Mercu Warisan (M) Berhad
- Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
- Koperasi Niaga Pegawai-Pegawai LPP Berhad
- Koperasi NSTP Berhad
- Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad
- Koperasi Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad
- Koperasi Pegawai Melayu Berhad
- Koperasi Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
- Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad
- Koperasi Pekerja Bomba Dan Penyelamat ( M ) Berhad
- Koperasi Pekerja-Pekerja JPM (M) Berhad
- Koperasi Pelaburan Nelayan Malaysia Berhad
- Koperasi Pendidikan Islam (M) Berhad
- Koperasi Pengaman (M) Berhad
- Koperasi Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya Berhad
- Koperasi Percetakan Nasional Berhad
- Koperasi Permodalan FELDA Berhad
- Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad
- Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad
- Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
- Koperasi POS Nasional Berhad
- Koperasi Pusat Islam Berhad
- Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaysia Berhad
- Koeprasi Runkas KTMB
- Koperasi Security Agensi Sdn Bhd
- Koperasi SAGEMAL Berhad
- Koperasi Sejati Berhad
- Koeprasi Sek Men Teknik Setapak KL Berhad
- Koperasi Sek Men Dengkil Sepang Berhad
- Koperasi Sek Men Keb. Seri Gombak Berhad
- Koperasi Sek Men Padang Tembak
- Koperasi Sek. Men. Puteri Titiwangsa Berhad
- Koperasi Sek Men Vokasional Setapak
- Koperasi Serbaguna Daaerah Jempol Berhad
- Koperasi Serbaguna Iman (M) Berhad
- Koperasi PEGEMAS Berhad
- Koperasi Serbaguna Guru Melayu S'gor Berhad
- Koperasi Serbaguna Pekerja FELDA Berhad
- Koperasi Serbaguna Selangor Berhad
- Koperasi Serbaguna Sri Permata Berhad
- Koperasi Setiawan Berhad
- Koperasi Shamelin Berhad
- Koperasi Staf CIDB Berhad
- Koperasi Tabung Haji Berhad
- Koperasi Telekom Malaysia Berhad
- Koperasi Telekom Sel & WP Berhad
- Koperasi Tenaga Nasional Berhad
- Koperasi Usaha Bersama Berhad (KOSAMA)
- Koperasi Usaha Bersatu Malaysia Berhad
Friday, April 22, 2011
Perlawanan Liga Super April 2011
Jadual Piala FA & Liga Super 2011 - Update 22-04-2011
Thursday, April 21, 2011
Kapasiti Stadium Di Malaysia & Dunia
- KB nye stadium 30K org....tapi kenapa nampak cam kecik jek...asik penuh jek..harap anuar musa dpt bajet utk wat stadium baru or naik taraf stadium sedia ada...
- Fulamak malaysia nye stadium...ranking no 4 tu dr segi KapasiTi...
- ni sumber ambik kt SiNi
- Detail psl Stadium Bukit Jalil dr W gak
p/s: boring tgk bola kt screen luar stadium..heran tgk stadium negeri lain kosong, igt depa besar giler2 nye stadium....tu selongkar WikiPidia tu..nk cari kapasiti all stadium...rupanye ampehh..penyokong yg tk ramai, tu nampak tk penuh..bukan sbb kapasiti besar...
Lagi Menu Steamboat
Wednesday, April 20, 2011
Hati-Hati, Panadol Tiruan Di Pasaran
Lebih 142,102 Panadol tiruan dirampas, sidiket ditumpas
KOTA BHARU 5 April - Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan menumpaskan sindiket pengedaran ubat Panadol tiruan setelah merampas 142,102 biji ubat tersebut bernilai lebih RM20,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Chat, di sini hari ini.
Pengarahnya, Abdul Ghani Harun berkata, sepasukan anggota bersama wakil syarikat pengeluar sah yang membuat serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari hari ini menahan pemiliknya yang berusia 50-an untuk siasatan.
Katanya, bagaimanapun, pihak berkuasa gagal menemui peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses ubat Panadol kerana maklumat awal yang diterima mengatakan rumah tersebut turut dijadikan pusat memproses.
``Berdasarkan maklumat yang diterima, sindiket ini dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran ubat Panadol ke kedai-kedai di seluruh negeri sejak beberapa bulan lepas,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau memberitahu, kesemua hasil rampasan akan dihantar ke Jabatan Kimia dan syarikat pengeluar Smith Kline and Beecham yang beribu pejabat di Kuala Lumpur untuk dianalisis.
Abdul Ghani berkata, siasatan mendapati pemilik rumah berkenaan tidak mempunyai permit yang sah untuk membekalkan ubat Panadol di negeri ini.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membeli ubat Panadol yang ditawarkan pada harga rendah kerana dikhuatiri ia produk tiruan.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mendedahkan penipuan oleh penganjur ``Jualan Mega Cheap Sale'' di bandar ini kerana didakwa dilakukan tanpa mendapat kelulusan.
Ekoran itu, Timbalan Pengarahnya, Halijah Sandiman mengadakan operasi pada pukul 11 pagi ini dan merampas sejumlah 26,451 barang pelbagai jenis seperti pakaian, jam tangan, barangan perhiasan dan video cakera padat daripada penganjur jualan murah itu.
Tegasnya, siasatan juga mendapati pihak penganjur turut mencampurkan barangan asli dan tiruan dalam jualannya dipercayai untuk memperdayakan pembeli.
``Peniaga terbabit akan didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM200,000 bagi syarikat dan RM100,000 untuk peniaga atau tiga tahun penjara,'' katanya.
Oleh: NORLIZA ABD. RAHMAN
sumber Utusan Online
Datuk Salim Parlan dituduh berkhalwat
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
GEORGETOWN: Kehadiran isteri Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, yang dituduh berkhalwat bersama pembantunya, Nur Diayana Norslan, 29, di sebuah hotel di Batu Feringgi pada Sabtu lalu, menarik perhatian orang ramai yang berada di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut, semalam.
Wanita yang berjubah hitam dan berkaca mata gelap dilihat mesra, malah berpimpin tangan bersama suaminya ketika menuju ke mahkamah kira-kira jam 8 pagi.
Sebelum itu, Salim berkemeja biru lengan panjang menaiki kenderaan bersama isterinya dan kira-kira sejam kemudian, Nur Diayana, yang memakai baju kurung putih bercorak bunga dan bertudung merah jambu ditemani seorang wanita dipercayai saudaranya memasuki mahkamah.
Kedua-dua tertuduh tenang masuk ke mahkamah dan ketika dibicarakan mereka memahami pertuduhan dibacakan sebelum mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan.
Salim dituduh berkhalwat dengan Nur Diayana yang bukan isteri atau mahramnya di bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Feringgi, jam 5 pagi, Sabtu lalu.
Kelate & Perlis Main Futsal Pulok...
Kelantan belasah Perlis
KUALA LUMPUR - Jaringan tunggal Azidan Sarudin menyelamatkan Selangor untuk terus kukuh menerajui carta bola sepak Liga Super 2011 setelah mereka menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Shah Alam, semalam.
Gol dan tiga mata idaman Gergasi Merah itu terhasil daripada rembatan rendah sepakan percumanya minit ke-72 yang gagal ditangkap kemas penjaga gol pelawat, Syed Adney Syed Hussein.
Kemenangan tipis ini menjarakkan anak buah K. Devan di tangga teratas dengan mengumpul 29 mata setelah pencabar terdekat, Terengganu mengikat Perak 1-1 di Stadium Perak, Ipoh tetapi masih kekurangan empat mata.
Kegembiraan Seladang yang mendapat gol pendahuluan Safiq Jamal pada minit kelapan dilenyapkan langsung dengan jaringan penalti Abdul Hadi Yahya, minit ke-59.
Lebih parah ialah apabila kegagalan meraih tiga mata itu membolehkan Kelantan pula memintasnya di tangga ketiga setelah Wira Merah membelasah Perlis 5-1 di Stadium Utama, Kangar. Jaringan hatrik ketua pasukan, Badri Radzi pada minit ke-46, 66 dan 78 serta dua gol Norshahrul Idlan Talaha (6 dan 43) melonjakkan skuad M. Karathu dengan 24 mata sambil mengekori Terengganu.
Kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pula membawa Felda United ke tempat keenam liga sambil memintas Harimau Muda A hasil dua jaringan Azrul Ahmad pada minit keenam dan 12.
Hasrat Azraai Khor Abdullah melihat kemenangan sulung Negeri Sembilan di bawah bimbingannya hasil jaringan Idris Karim pada minit ke-10, tidak kesampaian kerana diikat 1-1 oleh pemain Pahang, Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-79.
Si Rusa terpaksa bermain dengan 10 orang dalam sebahagian besar perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu angkara kehilangan Hairuddin Omar pada minit ke-27 yang dikenakan kad merah.
Pertembungan T-Team dengan Johor FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu berkesudahan seri 1-1 masing-masing menerusi jaringan Mohd. Shahrul Ezrain (10) dan Shahrizal Saad (48).
gambar sumbangan Mr Google.Kom
Futsal @ Kulai,Johor
Tuesday, April 19, 2011
Mat Dahe Eksiden Muto
Makin Susah Nak Jual Kereta Telah DiubahSuai
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Denda RM25,000 atau penjara tiga tahun akan dikenakan kepada mereka yang gagal mendapatkan sijil pengesahan keselamatan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) sebelum menjual kenderaan kepada pembeli lain, manakala pengusaha syarikat kereta terpakai yang degil berdepan denda RM100,000.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bertujuan melindungi hak pengguna supaya kenderaan terpakai yang dibeli bukan kenderaan potong, curi atau rosak teruk.
Katanya, kementerian menetapkan 1 Jun ini sebagai tarikh kuat kuasa dan pihak yang tidak mematuhinya bakal berdepan tindakan tegas.
“Tiada alasan untuk tidak melakukan pemeriksaan kerana tempohnya hanya sejam.
“Puspakom juga bersetuju memberikan khidmat terbaik bagi memudahkan urusan itu supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak dan sijil dikeluarkan pada hari sama,” katanya.
Menurutnya, bayaran untuk pemeriksaan itu juga tidak ditetapkan kepada penjual sebaliknya melalui perbincangan antara penjual dan pembeli.
Click Here
“Kami juga akan pastikan bayaran dikenakan tidak membebankan penjual atau pembeli dan langkah itu hanya untuk melindungi pengguna supaya tidak berhadapan dengan masalah pada masa akan datang,” katanya selepas Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2010 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini, semalam.
Gambar Ehsan dr Mr GooGle.Kom