Kasi Hentam Balaci-balaci FAM...
‘Ini perang menteri-FAM’
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy bidas Jamal usah masuk campur; lebih baik diam Kuala Lumpur: Orang luar tidak harus campur tangan urusan menteri dengan persatuan sukan kebangsaan!
Itu kesimpulan terbaik boleh dirumuskan andai berpandu kepada
kenyataan tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
berhubung polemik membabitkan dirinya dengan Persatuan Bola Sepak
Malaysia (FAM) ketika ini.
Reaksi berkenaan hadir berikutan kenyataan dibuat bekas kapten
skuad kebangsaan, Datuk Jamal Nasir yang menafikan beliau adalah ‘budak
suruhan’ FAM susulan kritikan yang dilemparkan kepada Khairy sebelum
ini.
“Jika beliau bukan ‘budak suruhan’ FAM, bukan pemimpin FAM,
jadi jangan masuk campur. Ini antara menteri dengan FAM dan kalau tiada
apa-apa jangan masuk campur,” kata Khairy ketika sidang media selepas
melakukan lawatan rasmi ke Majlis Olimpik Malaysia (MOM), semalam.
Budak suruhanBH
Sukan semalam melaporkan Jamal menafikan sekeras-kerasnya beliau bukan
‘budak suruhan’ FAM seperti didakwa Khairy, sebaliknya menegaskan yang
tindakannya hanya mahu meluahkan rasa kecewa terhadap Khairy yang
berterusan mengkritik FAM.
Sebelum itu, Khairy menafikan
kritikan berterusan yang dilemparkan kepada FAM disebabkan dendam ke
atas individu tertentu dalam badan induk itu seperti mana yang
dibangkitkan Jamal.
Sebaliknya, ia adalah keprihatinan beliau selaku menteri
untuk melihat penambahbaikkan dilakukan FAM berdasarkan luahan yang
disuarakan rakyat namun Jamal merasakan lebih elok Khairy duduk semeja
dengan badan induk itu bagi menyelesaikan segala isu berbangkit
berbanding mengkritik secara terbuka di media.
- Balaci FAM?