Pages

Friday, April 27, 2012

Gomo BERSIH Gomo.....!!!

- Sebijik la wehhh...Pandai Pinjam, Pandai Bayar wehhh......Simple Rule...semua nk makan tanggung, Dok Dalam Hutan la wehhh.....

Biar Betol Astro Nih...Mimpi Ka Apa???


- Ni boss astro mimpi nk bangkrap ke apa? bagi channels free ni...

Sumber : Website astro + Blog X-awek Apex

Teka-Ria : Perempuan or Tak?

- Gilo betul dunia sekarang.......Lelaki & Perempuan dh tak boleh nk beza dh....

Akal Lembu

Rogol: Pemuda dijel 25 tahun

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my

KHAIRUL IVAN ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang Jaya, Ampang atas tuduhan merogol seorang gadis pada Mei 2011.

AMPANG JAYA – Seorang pemuda terpaksa merengkok di dalam penjara sehingga 25 tahun dan dihukum tujuh kali sebatan selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam menyabitkan bekas jurujual itu bersalah merogol seorang pelajar berusia 15 tahun di dalam kenderaan Toyota Alphard pada tahun lalu.

Hakim Roszianayati Ahmad memutuskan hukuman itu terhadap Khairul Ivan Iqmal Khairul Azizan Saw, 23, selepas berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah.

“Kesalahan dilakukan adalah kejam, kamu tunggu, tangkap dan rogol. Gadis-gadis muda perlu dilindungi daripada kamu. Oleh itu kamu perlu diasingkan daripada masyarakat untuk satu tempoh yang lama sebagai pengajaran,” katanya.

Malang berganda apabila mahkamah turut menolak permohonan peguam Rosnan Hassan yang mewakili Khairul Ivan supaya hukuman penjara ditangguhkan sehingga rayuan selesai di Mahkamah Tinggi.

Sejurus selesai prosiding, ibu tertuduh menitiskan air mata sambil memeluk anaknya yang tidak menunjukkan reaksi sebaliknya hanya berdiam diri di dalam kandang pesalah dengan mulut berkumat-kamit membaca sesuatu.

Wednesday, April 25, 2012

Penjaring Terbanyak AFC Cup 2012

- Top scorers AFC Cup 2012 - 25 April 2012

dB : Terbaik laaaaa Mohamad Ghaddar...Penjaring ke-2 terbanyak buat masa ni dalam saingan AFC Cup 2012 ....

Sumber : Soccerway

Kedudukan Terkini AFC Cup - 25 April 2012

- Tahniah Wakil Malaysia...


Sumber : AFC Website

Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Astro Arena 2012



Keputusan Rasmi Pemenang Anugerah Astro Arena 2012:

1 ) ATLIT LELAKI PILIHAN BERPASUKAN:
Khairul Fahmi Che Mat (Bola Sepak)-Pemenang (Tahniah wakil TRW)
Bryan Nickson Lomas (Terjun)
Adrian Ang (Bowling)
Cheng Chu Sian (Memanah)
Mazli Ikmar Mohd Nor (Hoki)

2 ) ATLIT WANITA PILIHAN BERPASUKAN:

Pandelela Rinong (Terjun)
Png Hui Chuen (Renang Berirama)
Jacqueline Sijore (Bowling)
Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)-Pemenang
Katrina Ann Abdul Hadi (Renang Berirama)

3 ) ATLIT MUDA PILIHAN:

Zulfadli Zulkifli (Badminton)
Adiq Husaini Othman (Berbasikal)
Aaliyah Yoong (Ski Air)
Jupha Somnet (Berbasikal)
Muhammad Nazmi Faiz Mansor (Bola Sepak)-pemenang

4 ) KEBANGKITAN PILIHAN:
Sam Chong (Snuker)
Lee Hup Wei (Olahraga)-Pemenang

5 ) JURULATIH PILIHAN:
Yang Zhuliang (Terjun)
Ong Kim Swee (Bola Sepak)-Pemenang
Holloway Cheah (Bowling)
John Beasley (Berbasikal)
Lee Jae Hyung (Memanah)

6 ) BLOG SUKAN PILIHAN:
Haresh Deo(Foul)
S S Dhaliwal ( Malaysian Sports)
Christopher Raj (Jaiho Malaysia)
Mohd Aiman (SuaraSukan1Mas)-Pemenang ( Tahniah, Blog ore kelate)

7 ) PERLAWANAN PILIHAN:
Indonesia lwn Malaysia (Final Bola Sepak Sukan Sea 2011)-Pemenang
Lin Dan lwn Lee Chong Wei (Final Kejohanan Badminton Seluruh England 2011)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (Piala Malaysia 2011)
Malaysia lwn Singapura (Kelayakan Piala Dunia 2014)
Malaysia lwn Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor 2012).

8 ) LAGENDA SUKAN NEGARA:
Dato M Rajamani
Datuk Ghani Minhad
Adnan Saidin
Sylvia Ng

9 ) ANUGERAH KHAS ARENA:

Salam Sidik

10 ) JASAMU DIKENANG:
Razali Alias
Khoo Beng Khai

Thursday, April 19, 2012

Piala FA 2012 : Kelantan vs Kedah

- Saksikan siaran Langsung dr RTM & Arena

Sumber : TRW website

Wednesday, April 18, 2012

Boikot Astro

Mengapa slot Masa Tambahan Astro Arena tak siar sedutan perlawanan Kelantan?

Tertarik dengan komen rakan-rakan penyokong bolasepak The Red Warriors mengenai Slot Masa Tambahan Bolasepak yang disiarkan oleh pihak Astro yang tidak menyiarkan sedutan perlawanan yang melibatkan pasukan Kelantan menentang T.Team.

Rancangan tersebut disiarkan secara langsung disaluran Astro Arena 801 pada jam 1.30 tengahari semalam.Kecewa kerana ingin melihat sedutan perlawanan serta gol menarik yang dijaringkan oleh Nurul Azwan tidak disiarkan oleh pihak Astro walaupun sudah menontonnya melalui berita nasional RTM1 pada 12.30 pagi ahad lalu.


Apa yang dapat dilihat seolah-olah pihak Astro sedang menafikan hak penyokong-penyokong Kelantan yang membayar langganan bulanan sekurang-kurangnya RM 37.95 sebulan tidak termasuk cukai yang dikenakan oleh kerajaan.

Pengulas serta bekas pemain kebangsaan Azlan Johar yang sekarang berkhidmat dengan Astro juga dilihat 'serba salah' ketika mengendalikan rancangan tersebut ekoran tindakan pihak Astro yang tidak menyiarkan sedutan perlawanan Kelantan yang mungkin boleh dianggap satu dikriminasi terbaru kepada Kelantan.

Andai ini berterusan penyokong-penyokong Kelantan boleh mengambil keputusan untuk memboikot Astro dengan melancarkan kempen boikot secara besar-besaran atau apa sahaja yang boleh mengugat Astro.

Desas-desus terbaru juga mengatakan Kelantan bakal dipotong lima mata serta denda atas sebab-sebab yang tidak diketahui.Mungkin pihak FAM sedang mengkaji kesemua perlawanan liga super yang melibatkan Kelantan musim ini dan sedang mencari kesalahan-kesalahan yang dilakukan bagi menghukum Kelantan serta menafikan Kelantan dari bergelar juara.

Tan Sri Annuar Musa dalam kenyataannya melalui facebook berharap penyokong tidak percaya pada khabar angin tersebut dan perlu mengikut undang-undang yang betul bagi menangani apa jua isu yang melibatkan pasukan Kelantan.

Sumber : Web Sek Kelate

Tuesday, April 10, 2012

Pemain Import Pilihan Peminat TRW

- Pemain import pilihan peminat TRW diambil dari website TRW

FAM hanya Denda KAFA Sahaja???

Dua beradik dicekup
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

GANAS...aksi suspek membelasah anggota polis.

PAPAH...anggota polis dicederakan dibantu rakan.

KUCHING: Dua beradik yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota polis dibelasah ketika perlawanan Liga Super antara Sarawak menentang Kelantan di Stadium Negeri, Sabtu lalu, ditangkap di rumah mereka di Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, suspek berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan di rumah mereka pada jam 5 petang, selepas usaha mengesan mereka sebaik tamat perlawanan tidak berhasil.


Katanya, suspek dipercayai mabuk ketika kejadian dan bertindak ganas dengan memukul Lans Koperal Amzari Othman, 33, dari Balai Polis Sungai Maong, selepas diminta polis bersurai dari stadium.

“Suspek ditahan reman sehingga siasatan selesai dan baju yang dipakai ketika kejadian turut disimpan untuk dijadikan bahan bukti.


“Saya meminta penyokong Sarawak atau pelawat datang ke stadium menyaksikan perlawanan supaya tidak terlalu emosi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak diingini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Kota Sentosa, di sini, semalam.


Beliau berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 353, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap penjawat awam yang bertugas.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Dalam kejadian Sabtu lalu, dua anggota Polis Anti Rusuhan (Poru) yang cuba meleraikan kekecohan antara penyokong Sarawak dan Kelantan itu diserang dua penyokong yang bertindak ganas dengan menumbuk seorang daripada anggota polis terbabit sehingga pengsan.

Kekecohan bermula apabila sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu, saling mencemuh sebelum pergaduhan tercetus.


Mangsa dikejarkan dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut, sebelum dibenarkan pulang.

dB : Undang-undang dalam FAM hanya digunakan untuk menghukum TRW / KAFA sahaja..kalau pasukan lain dilepaskan begitu sahaja. Dah banyak pasukan main mercun dlm stadium now, mana ada denda??? Mana Presiden & Setiausaha Agong FAM???

Kita Tengok Apa Tindakan FAM....

Penyokong Sarawak serang Polis FRU


SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota FRU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan namun berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong itu bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan.

Salah seorang penyerang dengan gaya rambut Mohawk bagaimanapun turut sama campur tangan dengan cuba menghalang seorang anggota FRU lain dalam memberi bantuan kepada rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Kekecohan mula berlaku apabila sekumpulan penyokong kedua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu saling mencemuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan mula tercetus.

Kira-kira 30 anggota dikejarkan ke kawasan tempat duduk penonton dalam cubaan meleraikan pergaduhan yang mungkin akan berakhir lebih teruk.

Bagaimanapun dua orang penyerang itu berjaya melepaskan diri dan dipercayai berjaya ditangkap kira-kira 15 minit kemudian pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, kelekaan benteng pada lewat permainan menyebabkan kemenangan yang berada hampir dalam genggaman terlepas apabila Sarawak terpaksa berkongsi mata selepas seri 1-1 menentang Kelantan, malam tadi.
Beraksi di depan 20,000 penyokong, skuad Bujang Senang sudah mendahului seawal minit ke-12 apabila sepakan percuma ketua pasukan, Guy Bwele melencong masuk menerjah pintu gol pelawat yang dikawal Mohd Shahrizan Ismail.

Bagaimanapun, Kelantan yang beraksi longlai separuh masa pertama bangkit menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan tetapi usaha mereka gagal sehinggalah pada minit ke-85 apabila Norfarhan Mohamad melepaskan rembatan padu untuk gol penyamaan.

Tuan rumah sepatutnya meraikan kemenangan pada minit ke-90, tetapi pemain import baru mereka yang pernah beraksi bersama kelab German, VfL Bochum dan Liga Greek, Panathinaikos, Joel Epalle gagal menampan bola ke dalam gawang.

Kedudukan itu bagaimanapun menyaksikan Kelantan kekal di tempat kedua, manakala Bujang Senang kekal di pertengahan liga.

Sumber : BeritaHarian Online

Thursday, April 5, 2012

Maruah Malaysia - AFC Cup....!!!

Rujukan : AFC Website

- Untuk Group F, Terengganu bawak cabaran Malaysia...

- Senarai player terengganu untuk AFC Cup 2012

- Skuad TRW akan bawa cabaran malaysia dalam Group H

- Senarai Player Kelantan FC untuk saingan dalam AFC Cup 2012

- Ni Level next, jika mampu layak peringkat kumpulan...

Wednesday, April 4, 2012

Himpunan Merah 404 - FAM







Tuesday, April 3, 2012

Nama Sebenar Aaron = Mat Haron

dB : Benda macam ni pun nak kecoh...ok apa nama Mat Haron tu..kakkakaka

‘Nama saya Aaron bukan Mat Haron’

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Nama saya Aaron Aziz Mustafa, bukan Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa.

“Saya kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab mereka-reka nama baru itu sebelum menyebarkannya di Internet,” kata pelakon, Aaron Aziz, 36 yang berang dengan ‘permainan’ individu yang menyiarkan keratan kad pengenalan ‘buatan sendiri’ didakwa miliknya di sebuah forum hiburan, semalam.


Kata Aaron, sejurus membuka laman hiburan itu, dia terkejut selepas mendapati tuduhan mengatakan nama sebenarnya ‘Mat Haron Mustapha Mat Aziz Mustafa’ dan dia difitnah menipu peminat dengan nama sebenarnya.

Wartawan Harian Metro yang turut melayari forum terbabit dan melihat kad pengenalan itu mendapati Aaron dikritik hebat di rangkaian laman sesawang terbabit sebelum namanya itu dipermainkan.


Menurut Aaron, perbuatan individu itu sangat dikesali kerana memperlekehkannya dan dia menegaskan nama sebenarnya Aaron Aziz Mustafa bukan seperti didakwa.


Aaron berkata, kad pengenalan tiruan itu turut disebarkan di beberapa laman sosial lain seperti facebook dan twitter sehingga mendapat perhatian ramai.

Monday, April 2, 2012

Semakan gaji baru dalam laman web JPA

Link : Semakan Gaji SSM baru

KUALA LUMPUR 1 April - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan mengenai jadual gaji baru penjawat awam, selaras keputusan kerajaan untuk melaksanakan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus berdasarkan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Pekeliling yang telah dimuat naik di laman web JPA www.jpa.gov.my, pada 30 Mac lalu, membolehkan penjawat awam menyemak jadual serta mengira secara automatik kadar gaji baru bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan.

Gaji baru itu berkuatkuasa mulai 1 Januari 2012.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, Pekeliling Perkhidmatan itu bertujuan melaksanakan keputusan kerajaan mengenai kenaikan gaji sebanyak 13 peratus berdasarkan SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) antara RM80 hingga RM320 kepada pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)