![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj_zqaXUAHxbF9amYcFeMiS2DF5HLx2-ttevWo5zHjA-_N_8aEUPYonGjoHie2CGwfnSgci9VBbjng-0UyoEgICH4b_zT96sTsRUcn33l9S68g6phRDREWArn1NaE6OO6KiQ1sL58xpUJI/s400/Cuti-Cuti-1Malaysia.png)
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan berkata, pengisytiharan hari kelepasan am itu dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369) bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Bagi Sabah dan Sarawak, tindakan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2vB_dBfmZZLWoZYcPplK4I0efXI8BaVsIM-B21hdoE5euQQzf6RZ3NUeuqlax1VawDzLu_UN5u9bCNo-8ZNmO03V6EX-Dg_DqUpTQxWQ2dKdJatkHYyA3auXbbTQb372oyMoVcqOJURA/s400/cuti-2012.jpg)
Sidek berkata dua acara utama akan diadakan sempena pertabalan Seri Paduka iaitu Istiadat Pertabalan pada sebelah pagi dan Majlis Santapan Diraja pada sebelah malam, kedua-duanya di Istana Negara.
Tuanku Abdul Halim dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 13 Disember lepas, menggantikan Sultan Mizan Zainal Abidin yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 November 2011. — Bernama
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhpjm_xy1BXqD_LfhvrVk2o8Tj4_by8Wu_XdoEpnpQzFKSEjYEWR87ILqlzF1Xf_hKNgYBsbD0YGZbubLtsbQEI9ZpYTzySd2oWu1js4mEsdleYpR9qmtKWxLsVdRVbZP96NkalEtO1_f4/s400/cuti.jpg)
0 comments:
Post a Comment