Pages

Wednesday, August 8, 2012

Kad 1Malaysia Privilege Card - Pokjik Dh Giler Ke???

dB : Betul2 dh risau ngan pembangkang nih...abis nya kasi kt pengundi.....kt Pejawat awam mana nyeeee???

Kad diskaun ringan beban
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Seramai 241,000 pegawai serta anggota tentera dan polis di seluruh negara berpeluang menikmati diskaun harga melalui kad 1Malaysia Privilege Card yang diagihkan berperingkat mulai semalam, sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan harian dan bulanan mereka.

Melalui penggunaan kad itu mereka boleh mendapatkan harga istimewa bagi pembelian barangan keperluan harian, mahupun alatan sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan di rangkaian premis membabitkan 20 syarikat seperti Mydin, KFC, Jakel Trading, Al-Ikhsan dan BHPetrol.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bagi pihak kerajaan berbangga kerana dapat melancarkan kad berkenaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu dua golongan yang memberi jasa sangat besar kepada negara.

“Kami tidak mahu ini sebagai retorik saja, tapi kamimahu terjemahkan dalam bentuk pertolongan, bantuan seperti kami lancar ini. Saya mengucapkan terima kasih, 20 syarikat dalam program ini memberi diskaun atau pun potongan harga daripada lima hingga 25 peratus.


“Kemungkinan kami tambah lagi senarai ini pada masa akan datang supaya kad ini benar-benar dapat digunakan untuk pelbagai perkhidmatan dan barangan yang dapat membantu meringankan beban kos hidup kita. Itulah hasrat kami...inilah caranya kerajaan memberi penghargaan kepada pasukan keselamatan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kad dan portal 1Malaysia Privilege Card di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.


Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

1Malaysia Privilege Card adalah satu usaha kerajaan memperluaskan konsep 1Malaysia untuk meringankan perbelanjaan rakyat amnya serta warga ATM dan PDRM khasnya yang banyak berjasa dan berbakti menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kad itu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) yang memperlihatkan usaha sama antara tiga kementerian, membabitkan Kementerian Kewangan sebagai peneraju, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.


Melalui inisiatif itu, kad berkenaan disediakan kerajaan dalam tiga fasa, dimulakan dengan pegawai dan anggota beruniform tentera dan polis masih berkhidmat, diikuti pesara tentera dan polis.

2 comments:

Unknown said...

Najib2..apa la naseb kami yg kerja swasta ni

Dunia Baru said...

heheh...bro khairul xyah la...sbb bro dh kaya...hehehhe....event ada stiap minggu..hehhehe...

IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)