Beginilah wajah bola sepak Malaysia yang sejak dulu lagi mengamalkan konsep ketidakadilan dalam membuat keputusan.Selepas satu-satu isu timbul untuk menghancur dan melumatkan Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan FA.
Tidak cukup dengan penggantungan 6 bulan Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan timbul pula isu kelantan tidak dibenarkan beraksi pada perlawanan Piala Sumbangsih 29hb Januari ini gara gara ketiadaan Jurulatih berlesen A.
Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Kelantan perlu segera mencari pengendali sementara yang memiliki Lesen A dalam tempoh empat hari lagi bagi membolehkan mereka memenuhi syarat untuk turun beraksi Sabtu ini.Walaupun dengan kehadiran Hashim Mustapha selaku penolong jurulatih, Hashim masih lagi tidak layak untuk membantu Kelantan kerana beliau tidak mempunyai Lesen Jurulatih berkelas A.
Dalam facebook TAN SRI ANNUAR MUSA ada mengatakan apakah ini kebetulan atau takdir ?
Siapakah dalang di sebalik perkara ini ? Siapakah yang ingin menjatuhkan era kegemilangan pasukan Kelantan FA ? Tidak sedarkah mereka bahawa Kelantan adalah penyumbang terbesar dalam kutipan tiket liga malaysia.Jika isu seperti ini berlaku sudah tentu kehadiran penyokong ke stadium berkurangan dan duit poket orang orang FAM juga sudah tentu terjejas.
Benar kata Tan Sri Annuar Musa, FAM hanya suka mendenda pasukan Kelantan sahaja sedangkan banyak lagi penyokong pasukan lain yang buat hal seperti balingan batu bata oleh penyokong perlis di Stadium Kangar pada perlawanan piala malaysia tempohari yang hampir mengenai kepala penjaga garisan juga pesta mercun di Stadium Paroi yang menyaksikan Negeri Sembilan tewas 0-1 pada Johor FC pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2010.Adakah “mereka-mereka” ini didenda atau dihebohkan oleh pihak media ? SUDAH TENTUNYA TIDAK
Ini kerana FAM hanya nampak kesalahan KELANTAN sahaja.Usah bersikap prejudis yang boleh menyebabkan bola sepak Malaysia terus mundur.Baru menang Piala Sizuka umpama sudah menjuarai world cup.FAM BANGGA dan mungkin berkata “inilah hasil kerja kami selama ini, kami menjalankan tugas dengan baik dan kami mensasarkan Juara World Cup 2014 di brazil pula”.
Bangkitlah dari mimpi, Adillah dalam membuat keputusan wahai FAM yang sudah tidak relevan.
p/s: Nate berok sungguh FAM.
0 comments:
Post a Comment