.
Kijang membara
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
PENDAHULU Liga Super, Kelantan mempunyai alasan kukuh untuk menyingkirkan T-Team pada perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam ini.
Pasukan The Red Warriors itu pastinya ingin ‘membalas dendam’ selepas tiga tonggak utamanya musim lalu, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose memutuskan untuk menyarung jersi pasukan berstatus kelab itu selain mahu memburu tiket beraksi di Piala AFC, tahun depan.
Namun, bagi kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi insiden yang berlaku itu adalah antara pemain dengan pengurusan dan mereka tetap memberi fokus sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan malam ini kerana ia dilangsungkan secara kalah mati.
“Kami perlu memberikan persembahan lebih mantap kerana T-Team mempunyai barisan pemain berpengalaman luas jika dibandingkan dengan pemain Kelantan yang masih dalam proses untuk belajar serta dibarisi pemain muda,” katanya.
Tambahnya lagi, salah satu kelebihan T-Team yang kini dibimbing jurulatih Yunus Alif adalah kehadiran beberapa pemain yang sudah terbukti mampu mengambil sepakan percuma dan penjuru seperti Indra Putra dan Zairo Anuar Zailani.
“Kami tidak boleh terlalu yakin walaupun mendahului Liga Super dan perlu berhati-hati dengan mengikut arahan jurulatih serta sentiasa berdisiplin ketika menyerang mahupun bertahan,” katanya.
Mohd Badri turut melaungkan keyakinan gandingan penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Tahala dan Mohd Ramzul Zahini Adenan akan memberikan masalah besar kepada T-Team jika dikekalkan jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu.
Kedua-dua pemain itu mempamerkan kerjasama baik apabila berjaya menjaringkan gol ketika menewaskan Kuala Lumpur, 2-0, Selasa lalu walaupun pertama kali digandingkan bersama pada musim ini.
Kelantan yang bergelar juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim lalu tersingkir di pusingan kedua Piala FA manakala T-Team kalah kepada Terengganu di suku akhir.
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment