Kelantan, MP-Muar tentukan juara Piala Presiden
Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my
KOTA BHARU - Skuad Piala Presiden Kelantan bersedia mengikuti jejak cemerlang skuad senior, Red Warriors apabila menentang MPMuar pada perlawanan akhir Piala Presiden 2011 di Stadium Sultan Muhammed IV, hari ini.
Walaupun dilabel sebagai pasukan pilihan untuk menjulang kejuaraan musim ini, jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail tetap menghormati pasukan lawan.
"Pada perlawanan akhir nanti, saya akan mengambil sikap berhati-hati dan menghormati keupayaan pasukan lawan yang berjaya mencipta kejutan mara ke perlawanan akhir.
"Kedua-dua pasukan yang layak ke perlawanan akhir layak digelar pasukan terbaik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Tambah Zahasmi, kedua-dua pasukan mempunyai peluang yang seimbang untuk muncul juara, cuma pasukan yang kurang melakukan kesilapan dan memanfaatkan setiap peluang bakal dinobat juara.
Zahasmi, yang merupakan bekas tonggak pertahanan skuad negara era 1990-an berkata, dia tidak mengetahui kekuatan MP Muar yang dibimbing bekas pemain Negeri Sembilan, Rosli Omar.
Menurutnya, dia tidak mahu mencari kelemahan pasukan berstatus kelab dari selatan tanah air itu.
"Kami menghormati MP Muar. Apabila mereka layak ke perlawanan akhir, ini bermakna mereka bukan calang-calang pasukan. Soal kekuatan atau kelemahan mereka kami ketepikan.
"Sebaliknya, kami hanya memberi fokus terhadap persiapan sendiri dan saya berjanji akan buat yang terbaik.
"Ini peluang terbaik buat Kelantan untuk melakar satu lagi kejayaan dalam bola sepak selepas menjuarai Liga Super, Sumbangsih musim ini serta Piala Malaysia (tahun lalu)," ujarnya.
Sementara itu, penyerang skuad Piala Presiden Kelantan, Mohd. Aris Zaidi bertekad mempamerkan aksi terbaik bagi membantu pasukannya menjulang kejuaraan buat kali kedua selepas 2005.
"Saya sudah bersedia sepenuhnya untuk perlawanan akhir. Misi saya pada perlawanan esok adalah untuk menjaringkan seberapa banyak gol bagi membantu Kelantan muncul juara," katanya.
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment