Pages

Tuesday, July 5, 2011

Pinjaman Rumah sehingga 105% - Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)




Pinjaman sehingga 105%
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Golongan berpendapatan sederhana di kawasan bandar dan pinggir bandar kini berpeluang membeli kediaman mampu milik pada harga di antara RM150,000 dan RM300,000 seunit melalui Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA).

Dilancarkan Datuk Seri Najib Razak semalam, PR1MA menawarkan beberapa keistimewaan seperti pengecualian duti setem dan pinjaman sehingga 105 peratus dengan tempoh bayaran balik sehingga 30 tahun.


Perdana Menteri berkata, PR1MA ditujukan khusus kepada warganegara Malaysia berpendapatan sederhana tidak lebih RM6,000 sebulan tanpa mengira mereka bekerja dengan kerajaan, swasta ataupun bekerja sendiri.

Menurutnya, program itu menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap kesulitan dihadapi golongan berpendapatan sederhana yang tidak mampu membeli rumah berharga tinggi, tetapi pada masa sama tidak layak dipertimbangkan dalam program perumahan awam kos rendah.


“Seperti saya selalu katakan, tiada kumpulan dipinggirkan dan kerajaan akan memastikan rakyat sentiasa mendapat manfaat daripada dasar dan inisitif yang dilaksanakan,” katanya, sempena majlis pelancaran itu, di Kompleks Kejiranan Presint 11, di sini.


Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop serta Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Pelaksanaan PR1MA membabitkan kawasan bandar dan pinggir bandar di seluruh negara dengan 20 lokasi di Lembah Klang dikenal pasti bagi fasa pertama yang membabitkan pembi 42,000 unit.


Antaranya di sekitar Putrajaya, Cheras, Subang Jaya, Damansara, Klang, Shah Alam, Sungai Buloh, Rawang, Sungai Besi dan Seremban, membabitkan beberapa pemaju seperti Putrajaya Holdings, SP Setia dan Tradewinds, Cyberview, Sime Darby dan MRCB.

Setiap unit berkeluasan di antara 800 kaki (74.3 meter) hingga 1,400 kaki (130 meter) persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air.


Najib berkata, lapan projek daripada 20 tapak strategik yang dikenal pasti itu dijangka dimulakan pada tahun ini dan tahun depan dengan projek di Presint 11, Putrajaya dipilih menjadi tapak pertama skim PR1MA. Menurutnya, projek pertama itu mengandungi 560 unit pangsapuri di kawasan seluas tiga hektar, dengan unit rumah berkeluasan 1,006 kaki (93.5 meter) dan 815 kaki (75.7 meter) persegi, lengkap dengan dewan serbaguna, taska dan tadika, surau serta lot kedai dan perniagaan.

2 comments:

Ayah Khalish Khalisha said...

hehe...brp bln2 plk..klau nk beli umah yg 300k tuh boh..haha.
nasib baik demo ada sediakan kalkulator percuma. ekeke

Dunia Baru said...

hahahha...demo kira la pakai calculator tu boh..murah jah la...ekekk...buat la 40tahun...demo kan muda LAGI....hehehe

IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)