Pembentangan Bajet 2012 7 Okt ini
PUTRAJAYA — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Bajet 2012, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Okt, 2011, adalah inklusif, bertumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.
Ia akan menjadi satu lagi kejayaan ke arah merealisasikan Malaysia sebagai ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020, katanya.
"Marilah kita bekerja bersama-sama dalam memastikan usaha itu menjadi kenyataan,” kata Perdana Menteri pada ucapan pembukaannya pada Perundingan Bajet 2012 di sini hari ini.
Najib berkata, usaha merangka Bajet 2012 sangat mencabar.
"Kita perlu bangkit dan meyediakan pendekatan dan penyelesaian yang inovatif,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Beliau berkata tumpuan adalah untuk melaksanakan usaha transformasi ke arah meningkatkan momentum pertumbuhan dan mengekalkan kesejahteraan rakyat.
Tahun lepas kerajaan memperuntukkan RM212 bilion untuk Bajet 2011, iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding Bajet 2010. Daripada jumlah itu, RM162.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi dan RM49.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan. — Bernama
Sumber : KosmoOnline
4 comments:
blh dpt ka naik gaji boh? ker gula2 bg naik satu tangga gaji jah? hehe
entah la boh..nk naik guana kalau duit abis wat beli cincin ko isteri tercintoooo....kakaka...
p/s: pastu lak, kawe tak pk sgt psl naik2 gaji ni boh...yg ada ni pun tak abis nk make..wkakaka...
harap2 kali ni pekerja swasta cam aku ni..ada lah sikit imbuhan
hahahah...bro lain...duit jadi juri utk autoshow keta dh tak abis makan dh bro..hehehe...
Post a Comment