# Persiapan utk yg nk balik Raya di kampung...
Laman web maklumat banjir
MELAKA: Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPSM), semalam, melancarkan laman web terkini dikenali ‘Public InfoBanjir’, yang direka khusus memberi maklumat awal berkaitan banjir secara sistematik dan bersepadu kepada rakyat di seluruh negara sekali gus membolehkan orang ramai membuat persiapan dan tindakan awal menanganinya.
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, pelancaran laman web berkenaan adalah tepat pada masanya kerana negara bakal menghadapi musim monsun tidak lama lagi dan ia akan memudahkan rakyat mengakses maklumat awal banjir di mana saja dan pada bila-bila masa.
Beliau berkata, tujuan laman web berkenaan dibangunkan adalah untuk memberitahu kepada orang ramai sama ada sesuatu kawasan itu berisiko banjir di samping maklumat mengenai paras air sungai beberapa hari sebelum kejadian.
“Selain itu, laman web ini mempunyai pautan dengan laman web sosial Twitter dan Facebook yang meluas penggunaannya oleh semua lapisan masyarakat," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian Seminar Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) dalam Pengurusan Sumber Air Bersepadu (IWRM) JPS Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di sebuah hotel di sini.
Pada majlis itu beliau yang mewakili Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas turut melancarkan Laman Sesawang IWRM dan Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) Edisi Ke-2.
Sementara itu, menurut Ahmad Husaini, antara tujuan utama laman web itu dilancarkan memberi pengumuman mutakhir seperti laporan banjir, maklumat penempatan banjir dan bilik gerakan banjir yang disampaikan terus pegawai operasi banjir yang bertugas.
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment