ATM sambar Sathia
ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) memulakan misi menjuarai Liga Perdana buat kali pertama musim depan dengan menyambar bekas jurulatih Kelantan, B Sathianathan untuk membimbing pasukan berbelanja besar itu.
Dengan bajet luar biasa kali ini, ATM yang akan beraksi buat musim ketiga selepas menduduki tangga keempat pada 2010 dan ketujuh pada 2011 mahu membuat persiapan awal menerusi pengumuman rasmi barisan kejurulatihan baru mereka.
Selain Sathianathan yang pernah membimbing skuad kebangsaan dan Bawah 23 Tahun sebelum ini, ATM turut menawarkan kontrak setahun kepada penolong jurulatih, Kamarudin Mohd Nor, Abdul Hamid Ramli dan Shahrin Majid.
Bagi Sathianathan, keputusan menolak lamaran Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menyambung kontraknya serta tawaran kelab Myanmar serta satu kelab Liga Super untuk menyertai pasukan berstatus Liga Perdana bukan atas faktor ganjaran lumayan.
“Bukan sebab tawaran lumayan, kalau nak diikutkan gaji saya sama saja, yang penting sebenarnya misi dan visi ATM. Saya menyertai ATM kerana mahu menyahut cabaran baru dan saya amat yakin untuk melaksanakan tanggungjawab ini,” katanya yang ditemui selepas majlis menandatangani kontrak bersama ATM semalam.
Turut hadir pada majlis itu adalah, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkefli Mohd Zin yang juga merangkap Presiden Persatuan Bola Sepak ATM.
Menurut Sathianathan, beliau kini mengintai membawa masuk dua pemain import.
p/s: Info kata Abe Ya akan bwk Zahasmi ismail (ketua Jurulatih PialaPresiden Kelate) ke ATM..jolo Ko???..Tahniah...
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment