BERCAKAP tentang Projek Perumahan Rakyat (PPR) terutama di ibu negara, pasti ramai yang tahu tujuan asalnya ialah membantu golongan miskin bandar tinggal dalam rumah lebih selesa.
Ia juga bertujuan untuk menghapuskan perumahan setinggan yang memberi pemandangan ‘menyakitkan mata’.
Memang tujuan asalnya baik, apatah lagi ia tampak selari dengan usaha berterusan kerajaan untuk meringankan beban rakyat bagi berhadapan dengan kos sara hidup yang tinggi di kota.
Namun, timbul persoalan sebaik sahaja menjejakkan kaki ke kawasan perumahan tersebut. Ini kerana, tidak sukar untuk sesiapa pun melihat kenderaan besar dan mewah sehingga ada yang mencecah ratusan ribu ringgit di kawasan PPR.
Adakah individu-individu berkereta besar itu juga boleh dikategorikan sebagai miskin? Bagaimana pula dengan dakwaan ada individu memperoleh sehingga dua atau tiga unit rumah PPR atau menyewakannya kepada orang lain untuk mengaut untung?
WUJUDNYA begitu banyak kenderaan mewah seperti yang terdapat di PPR
sekitar Pantai Dalam, Kuala Lumpur menunjukkan penghuninya berpendapatan
tinggi.
Kredit to Utusan Online
0 comments:
Post a Comment