.
AirAsia beri amaran pada penyebar fitnah
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
KUALA LUMPUR: AirAsia hari ini menasihati orang ramai supaya tidak mempedulikan pesanan khianat yang tersebar melalui Twitter, Facebook atau SMS dengan dakwaan palsu bahawa penerbangan AK5154 atau AK5145 terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching atau KLIA pada Ahad.
"Kami telah melaporkan penyebaran pesanan pada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kerana ia telah menimbulkan perasaan cemas di kalangan orang ramai serta gangguan kepada operasi kami," katanya.
AirAsia dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang dan memulakan tindakan sivil atau jenayah terhadap individu atau kumpulan yang menyebar pesanan salah dan berhasad dengki berkaitan syarikat itu khususnya berkaitan keselamatan. "Bagi mengelak diheret ke mahkamah, kami menasihati pihak berkenaan supaya tidak menyebarkan, mengulangi, dan/atau mengedar maklumat yang disedari salah atau memfitnah AirAsia," katanya. Syarikat penerbangan murah itu menasihatkan orang ramai supaya merujuk rangkaian komunikasi rasmi AirAsia jika mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan operasinya melalui facebook.com/airasia, twitter.com/airasia, airasia.com/ask atau pusat penggilannya di 600 85 9999 (talian premium).
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
2 comments:
album dah siap susun...hehehehe
tgk kat link nie
http://www.flickr.com/photos/fadhelhakim/
nate..laju giler..ko tk leh tido ko? awek maroh ko? hehehhe
Post a Comment