peminat kelate mmg gilo....meh2 game final nih nya buat nye.....
Kaunter Tiket Diserbu Peminat 'Gila Bola'
Perlawanan Kelantan menentang Negeri Sembilan sememangnya perlawanan ini dinanti-nantikan dan di kategorikan "Match Of The Year" oleh seluruh peminat bolasepak Kelantan. Sebelum kaunter tiket dibuka jam 11.00 pagi tadi, sudah ramai yang beratur untuk mendapatkan tiket. Setakat pukul 12.00 tengahari ini penjualan tiket untuk kawasan terbuka masih ada.
Namun rungutan masih kedengaran dari kalangan peminat yang ingin mendapatkan tiket astaka apabila sebaik sahaja kaunter tiket dibuka jam 11.00 pagi, dalam tempoh lima minit kemudian kesemua tiket yang dijual habis dan yang paling mengecewakan mereka 'ulat tiket' begitu bebas dan tenang menjual tiket di depan kaunter tiket astaka tanpa segan silu mereka menawarkan tiket dengan kadar harga RM40. Saudara Nadzim dari Pengkalan Chepa, seorang peminat yang menghubungi pihak TRWC meminta permantauan diperketatkan semasa penjualan tiket kerana 'ulat tiket' ini disahkan menjual tiket yang sah bukannya tiket tiruan seperti yang digembar-gemburkan, mungkin ada pihak dalaman yang terlibat dalam kes menyusahkan penyokong bolasepak Kelantan ini.
Kemeriahan perlawanan ini mula dirasai di Kota Bharu, bagi penyokong di luar Kota Bharu TRWFM dengan kerjasama Red Channel, Red Vison dan Gegar akan cuba menyiarkan siaran langsung ini melalui laman portal ini dan laman web dari pengendali yang terlibat. Terima kasih kepada semua krew yang terlibat dalam menjayakan siaran langsung ini.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
p/s: kredit to web sep2 kito -copy paste
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment