--> Tahniah to kHalid Jerlus yg telah bangkit....mmg kaki dia masih berbisa...& spt biasa kelate akan menggilap balik bakat player2 yg telah pudar...tahun dpn ramai lak akan beli khalid nih.
Juara Piala FA Pula Tersungkur
Ulasan Ringkas
Selepas berjaya menewaskan Selangor selaku juara Liga Super pada perlawanan pembukaan lalu, pada malam tadi Kelantan mengekalkan penguasaannya di carta liga apabila mudah menumbangkan juara Piala FA pula dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Perlawanan tumpuan ini mencatat kehadiran penonton melebihi 20,000 orang.
Pada separuh masa pertama perlawanan agak seimbang meskipun banyak percubaan kedua-dua pasukan gagal disempurnakan dengan baik oleh barisan peledak mereka. Keputusan 0-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada separuh masa kedua, Kelantan yang kini mula terkenal dengan jolokan pasukan separuh masa kedua erana sejak 6 perlawanan lalu Kelantan menunjukkan kebangkitan pada separuh masa kedua. Kelantan tidak menunggu lama untuk gol pertama apabila pada minit ke 51 S Chanturu berjaya menjaringkan gol pertama Kelantan melalui tandukan cantik hantaran dari Rizal Fahmi. Selepas 13 minit kemudian Datuk M. Karathu melakukan pertukaran pertama dengan membawa keluar S Chanturu dan membawa masuk K. Soley. Pada minit ke 66 Ramzul yang cedera di bahagian paha terpaksa dibawa keluar dan digantikan dengan Khalid Jamlus.
Nuffnang Ads
Pada minit ke 79 Norshahrul Idlan Talaha berjaya memperdayakan penjaga gol Negeri Sembilan apabila dengan mudah melakukan sepakan ke gawang yang sudah di tinggalkan penjaga gol. Ternyata keputusan ketua jurulatih membawa masuk Khalid Jamlus berbaloi, Khalid Jamlus berjaya membuktikan dirinya masih berbisa melakukan serangan dan hantaran cantik ke kubu lawan. Pada minit ke 82 gandingan Khalid dan Norshahrul tampak menjadi apabila bola hantaran lambung daripada Khalid Jamlus berjaya di sambar Norshahrul dengan gaya lipat gunting menerjah ke gawang gol menewaskan Farizal. Jaringan ini membolehkan Norshahrul mendahului pemain lain sebagai penjaring terbanyak Liga Super 2011 dengan jumlah jaringan 6 gol.
Pada minit-minit akhir perlawanan Kelantan melakukan pertukaran terakhir dengan membawa keluar Nurul Azwan Roya dan digantikan Danial Fadhly. Perlawanan separuh masa kedua nampak memihak kepada Kelantan, serangan bertali arus Kelantan berjaya mengucar-kacir benteng pertahanan lNegeri Sembilan yang sudah kehilangan arah. Keputusan Kelantan 3-0 Negeri Sembilan kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Tahniah kepada Tan Sri Annuar Musa, ketua jurulatih Datuk M. Karathu, barisan pengurusan dan semua penyokong Kelantan yang sentiasa bertungkus lumus memastikan kejayaan demi kejayaan di kecapi Kelantan. Sementara itu penyokong Kelantan di alam siber dinasihatkan tidak mengutuk atau memprovokasi pasukan lain kerana anggaplah kejayaan ini bukan untuk dimegah-megahkan, perlawanan liga masih panjang.
Kita sama-sama panjatkan kesyukuran kita kepada Illahi supaya pasukan kita terus peroleh kejayaan dan barisan pemain diberikan kesihatan yang baik. Gomo Kelate Gomo.
Jaringan Gol:
S Chanturu minit 51 - 1
Norshahrul Minit 79 - 2
Norshahrul Minit 82 - 3
Pertukaran:
S Chanturu >>> K Soley
Ramzul >>> Khalid Jamlus
Nurul Azwan Roya >>> Danial Fadhly
KELANTAN:
Penjaga Gol: Khairul Fahmi Pertahanan: Daudsu, Rizal Fahmi, Farisham, S. Subramaniam Tengah: S Chanturu, , Mohd Badhri, Shakir, Nurul Azwan Roya Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Ramzul Zahini
Simpanan:
Khairan Eroza, K. Soley, Aziz Ismail, Wan Rohaimi, Khalid Jamlus, Wan Zaman, Danial Fadly, Nizad Ayub, Khairan Ezuan, Zul Yusri, Shahrizan,Zairul Fitree
Pemain tumpuan:
Kelantan : Norshahrul Idlan Talaha Negeri Sembilan: Aidil Zafuan
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo
p/s: sedut dr web sep2 Kito
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment