p/s:Berita yg akan membuat kedai2 half-cut & kaki2 Runner barang keta goyang sikit...so sila lah stendetkan balik keta2 anda utk tak kecut perot bila lalu dpn polis & JPJ...JoM.
Pantau kereta, alat ganti dari Jepun
PUTRAJAYA 28 Mac – Satu pasukan khas ditubuhkan untuk memantau dan mengelakkan kemasukan kereta dan alat ganti dari Jepun yang rosak akibat bencana tsunami.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pasukan khas tersebut yang dianggotai beberapa agensi berkaitan telah mengadakan mesyuarat pertama minggu lalu.
‘‘Antara agensi terlibat termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS),” katanya.
‘‘Kami turut bekerjasama dengan pihak pengimport untuk memastikan tiada peralatan kereta yang rosak dibawa masuk ke negara ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Cabaran Usahawan Muda 1Malaysia di Menara Usahawan di sini hari ini.
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment