Pages

Friday, April 29, 2011

Buku Upin Dan iPiN

buku Upin & Ipin- Ralik dania membaca....membaca buku mewarna..hehe...tgk gambar jah tu...
- Suka betul dia ngan buku....jgn ganggu dia time baca mcm ni...sure kena marah nye ni..
- bui buku gak..tak caro ko gapo doh....siap belunjur kaki...bersilang kaki lagi...

Zaman Mudo2.....

Kt mano ni aa?- ni F1 kt sepang ko kt mana ni aa?
- ko Drift kt Litar Go-kat Shah Alam...

Thursday, April 28, 2011

Account FAM kena Suspended or kena Hack?

apa kes?
-ni FAM tk bayar bill domain ke apo ni?...siap kena suspended lak nih...

Restoran Mohd Chan - Kedai makan Cina Islam

Try mkn kt sini...- Jika tak tau nk makan kt mana, leh try makan kat sini...
- Kedai makan restoren cina islam...masakan dia leh tahan gak...sedap...harga pun ok..berpatutan (mahal sikit, tp nasi or makanan dia banyak...leh share 2 org...)
- Kitaorg try mkn kueh-tiew kantonis ke apo nih...dgn Yee Mee daging ItiK goreng & utk dania Fun Fries...
- Lokasi Kedai Makan ni kt Shah Alam...seksyen 15 rasanye ni....sape yg teringin mkn masakan cina tu boleh la ke sini.... (xde apo2 komisyen ni..heheh)

Wednesday, April 27, 2011

Kenny Rogers Roasters - World's Greatest Chicken

tu dia..- ni ibu Dania la ni..teringin nk mkn muffin kenni rogers..

- Dania wat muko tak bersaloh...
- Ibu Dania balun 2 set hidangan KRR.....abissss
- Ni Dania nye set...

Senarai Penjaring TRW

Senarai penjaraing TRW sehingga 25 April 2011
- lepas game mlm td Idlan dh mencetak 12 gol....mencetak la pulok...ayat safee sali...


Sumber dr TRW

Kelantan Tewaskan Selangor 1-0 ...!!!

Terengganu, Kelantan himpit Selangor
Penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (kiri) mengelak asakan pemain pertahanan Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu semalam. - UTUSAN/ Aizzul A.Majid

KUALA LUMPUR - Terengganu merapatkan jurang satu mata dengan Selangor dalam carta bola sepak Liga Super selepas pendahulu liga itu kecundang 1-0 kepada Kelantan di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu, semalam.

Kegagalan Merah Kuning menembusi kubu Wira Merah, turut membantu Si Penyu yang diterajui Irfan Bakti Abu Salim kekal mengekori di tangga kedua dengan 31 mata setelah menumpaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Jaringan tunggal hasil tandukan penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha seawal minit kelima, sudah memadai untuk menghampakan anak buah K. Devan tetapi masih mengekalkan Kelantan di tangga ketiga dengan 30 mata.

Pemain Terbaik Liga-M 2010 itu menanduk menewaskan penjaga gol Saiful Amar Sudar, selepas menyambung tandukan awal ketua pasukan, Badri Radzi di dalam kotak penalti yang berpunca daripada lontaran ke dalam.

Menambah tiga mata dengan menewaskan Kuala Lumpur 5-3 di Stadium Perak, Ipoh, Perak pula melonjak ke tangga keempat liga sambil memintas Kedah, yang kini diterajui bekas jurulatih Negeri Sembilan, Wan Jamak Wan Hassan.

Gol Seladang dihasilkan oleh Razali Umar Kandasamy, gol sendiri Ahmad Dasila Tajuddin, Fazrul Hazli, Shafiq Jamal dan Nor Hazrul Mustafa manakala pelawat membalas menerusi See Kok Luen, Ahmad Hazwan Bakri dan Khairul Anuar Shafie.

Indra Putra Mahayuddin, Shamsul Kamal Mohamad dan Zairo Anuar Zailani menghampakan Wan Jamak dan Si Kenari 3-1 dengan gol buat T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Sayap kanan, Baddrol Bakhtiar menyumbat gol tunggal Kedah sejurus sebelum tamat babak pertama tetapi belum cukup untuk mengelak kekalahan itu dan kejatuhan Kedah ke tangga kelima liga.

p/s: Faktor peningkatan prestasi skuad :

"Presiden KAFA:TRW dibayar BONUS RM23,500 petang ini bagi kemenangan atas PERLIS dan FELDA FC sebelum ini. Alhamdulillah 4-0 mengatasi PERLIS....Trw perlu rehat yg cukup sementara menanti KUNJUNGAN SNGOR ke Kota bharu selasa ini...SEMUA PEMAIN PD TAHAP FITNESS YG BAIK TP PERLU FOCUS DAN BERBISA BILA BERTEMU PASUKAN SPT SELANGOR...must beat them if TRW WANT TO BE THE SUPERLEAGUE CHAMPION! " - tengah2 musim pun bayar bonus...bagus2 pengurusan TRW...

Monday, April 25, 2011

Kelate & Liverpool menang Besar

The Red Warriors Mengamuk Lagi




Ulasan Ringkas: Kemenangan besar 4-0 Kelantan ke atas Perlis malam tadi satu permulaan yang positif bagi Kelantan menempuh pusingan kedua Liga Super 2011. Tekad dan azam Tan Sri Annuar Musa ingin meletakkan Kelantan mengutip sekurang-kurangnya 30 mata lagi dalam pusingan ini dan merangkul kejuaraan Liga Super buat julung kali.

Beberapa aspek positif timbul ketika Kelantan menewaskan Perlis dalam pertemuan di Kota Bharu ini apabila dua pemain muda Izuan Solahuddin dan Nizad Ayub tersenarai antara penjaring pada malam tadi selain Piya dan Norshahrul terus menggegar jaring untuk menambah koleksi penjaring terbanyak Liga Super.

"Presiden KAFA:TRW dibayar BONUS RM23,500 petang ini bagi kemenangan atas PERLIS dan FELDA FC sebelum ini. Alhamdulillah 4-0 mengatasi PERLIS....Trw perlu rehat yg cukup sementara menanti KUNJUNGAN SNGOR ke Kota bharu selasa ini...SEMUA PEMAIN PD TAHAP FITNESS YG BAIK TP PERLU FOCUS DAN BERBISA BILA BERTEMU PASUKAN SPT SELANGOR...must beat them if TRW WANT TO BE THE SUPERLEAGUE CHAMPION! "

Pada separuh masa pertama pada minit 40 Khairul Izuan Solahuddin berjaya menjaringkan gol awal Kelantan 5 minit sebelum tamat perlawanan. Dari awal perlawanan lagi Kelantan banyak menyerang ke kubu Perlis namun hanya satu gol pengubat hati separuh masa pertama.

Pada separuh masa kedua pada minit ke 50 Norshahrul Idlan mudah menewaskan penjaga gol Perlis untuk membolehkan Kelantan mendahului 2-0. b_250_200_16777215_0_https___lh6.googleusercontent.com__30mtgnIVHAE_TaLEnEW38aI_AAAAAAAAH7o_ieEHa9KMJHc_s512_24.jpgPada minit ke 70 Piya yang mendapat hantaran cantik Daudsu tidak mensia-siakan peluang gol apabila berjaya meledak jaring gol. Nizad Ayub yang dimasukkan menggantikan Solehin Kanasian tidak mengambil masa lama untuk membolehkan dirinya tersenarai antara penjaring gol pada minit 74. Khalid Jamlus juga dimasukkan menggantikan Norshahrul Idlan Talaha.

Tahniah kepada semua penyokong Kelantan yang terus memberi sokongan kepada pasukan. Perlawanan menentang Selangor sabtu ini diharap mampu mencipta sesuatu yang membanggakan sekaligus memudarkan parut lama pusingan pertama dulu, perlawanan juga sebagai menguji kesediaan kesebelasan utama Selangor pada saingan yang lebih berprestij separuh akhir pertama Piala FA yang dijangkakan berlaku perubahan jadual lagi.

Mungkin kemenangan kepada Perlis tidaklah menggerunkan pasukan lawan yang sentiasa memandang sinis keupayaan Kelantan setelah pasukan mereka berjaya menewaskan Kelantan tetapi mereka perlu ingat prestasi Kelantan sukar di ramal. Kini penyokong tidak sabar menanti kunjungan pasukan seperti Perak, T-Team dan Pahang. Gomo Kelate Gomo......Jika demo hebat tempat demo.....kito acu pulok di tempat ambo.....terus bergomo bersama The Red Warriors.
Sokong Bia Bijok, Napok Bijok, Betindok Bijok, Main Bijok, Bijok Sokmo.....Gomo Kelate Gomo

dr TRW

Saturday, April 23, 2011

Jom Kira Zakat Pendapatan


Kira Zakat AnDa...

- Boleh kira Zakat Pendapatan kt SINI ....siap ada calculator kira zakat...masukkan jek nilainya.... (asik tangguh jek nih...adus bila la nk wat....huhuu....)
- moga pendapatan kita lebih Berkat...

Nota Tambahan : Caruman Ke Organisasi yg Membayar Zakat ialah :

Senarai agensi yang dibenarkan untuk tolakan di dalam pengiraan zakat pendapatan

  1. Angkatan Koperasi Kebangsasan ( M ) Berhad
  2. Lembaga Tabung Haji
  3. Gabungan Koperasi Universiti Berhad
  4. Koperasi Anggota Keselamatan Dan Pegawai-Pegawai Rendah UM Berhad
  5. Koperasi Anggota Risda Malaysia Berhad
  6. Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad
  7. Koperasi Bumira Berhad
  8. Koperasi Dewan Bahasa Dan Pustaka Berhad
  9. Koperasi Felda Trading Berhad
  10. Koperasi FRIM Berhad
  11. Koperasi Gabungan Kolej Komuniti Malaysia Berhad
  12. Koperasi Hannan Berhad
  13. Koperasi Harris Advanced Technology Sdn Bhd
  14. Koperasi Island & Peninsular Berhad
  15. Koperasi Jabatan Kastam Malaysia Berhad
  16. Koperasi Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia Berhad
  17. Koperasi Jaya Murni Wanita Berhad
  18. Koperasi Kakitangan Bank Rakyat Berhad
  19. Koperasi Kakitangan FELCRA (M) Berhad
  20. Koperasi Kakitangan FELDA Berhad
  21. Koperasi Kakitangan ITM Berhad
  22. Koperasi Kakitangan LPJ Berhad
  23. Koperasi Kakitangan Majuikan Berhad
  24. Koperasi Kakitangan Petronas Berhad
  25. Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya Berhad
  26. Koperasi KOBARU Berhad
  27. Koperasi KOGUMA Berhad
  28. Koperasi KOSPETA Semenanjung Malaysia
  29. Koperasi KOSWIP Malaysia Berhad
  30. Koperasi Ladang Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia Berhad
  31. Koperasi Mercu Warisan (M) Berhad
  32. Koperasi Muslimin Malaysia Berhad
  33. Koperasi Niaga Pegawai-Pegawai LPP Berhad
  34. Koperasi NSTP Berhad
  35. Koperasi Pasaraya Malaysia Berhad
  36. Koperasi Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad
  37. Koperasi Pegawai Melayu Berhad
  38. Koperasi Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
  39. Koperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad
  40. Koperasi Pekerja Bomba Dan Penyelamat ( M ) Berhad
  41. Koperasi Pekerja-Pekerja JPM (M) Berhad
  42. Koperasi Pelaburan Nelayan Malaysia Berhad
  43. Koperasi Pendidikan Islam (M) Berhad
  44. Koperasi Pengaman (M) Berhad
  45. Koperasi Pengangkutan Putrajaya & Cyberjaya Berhad
  46. Koperasi Percetakan Nasional Berhad
  47. Koperasi Permodalan FELDA Berhad
  48. Koperasi Perumahan Angkatan Tentera Berhad
  49. Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Berhad
  50. Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad
  51. Koperasi POS Nasional Berhad
  52. Koperasi Pusat Islam Berhad
  53. Koperasi Pusat Perubatan Universiti Malaysia Berhad
  54. Koeprasi Runkas KTMB
  55. Koperasi Security Agensi Sdn Bhd
  56. Koperasi SAGEMAL Berhad
  57. Koperasi Sejati Berhad
  58. Koeprasi Sek Men Teknik Setapak KL Berhad
  59. Koperasi Sek Men Dengkil Sepang Berhad
  60. Koperasi Sek Men Keb. Seri Gombak Berhad
  61. Koperasi Sek Men Padang Tembak
  62. Koperasi Sek. Men. Puteri Titiwangsa Berhad
  63. Koperasi Sek Men Vokasional Setapak
  64. Koperasi Serbaguna Daaerah Jempol Berhad
  65. Koperasi Serbaguna Iman (M) Berhad
  66. Koperasi PEGEMAS Berhad
  67. Koperasi Serbaguna Guru Melayu S'gor Berhad
  68. Koperasi Serbaguna Pekerja FELDA Berhad
  69. Koperasi Serbaguna Selangor Berhad
  70. Koperasi Serbaguna Sri Permata Berhad
  71. Koperasi Setiawan Berhad
  72. Koperasi Shamelin Berhad
  73. Koperasi Staf CIDB Berhad
  74. Koperasi Tabung Haji Berhad
  75. Koperasi Telekom Malaysia Berhad
  76. Koperasi Telekom Sel & WP Berhad
  77. Koperasi Tenaga Nasional Berhad
  78. Koperasi Usaha Bersama Berhad (KOSAMA)
  79. Koperasi Usaha Bersatu Malaysia Berhad

Friday, April 22, 2011

Perlawanan Liga Super April 2011

.- Jadual Terbaru utk Siaran Langsung Sepanjang April...Liga Super 2011 special dr Astro Arena

Undian Astro Arena - Pencabar Utama Liga Super 2011

Biso sek2 ganu...

- Tegganu cabar kelate ko?....

Jadual Piala FA & Liga Super 2011 - Update 22-04-2011

Nah....standby....



- arap2 menang besar pulok kt KB.....tp semua gol2 time menang 5-1 kt perlis ari tu mcm hampeh jek semua....tak dok gol lawa.....semua gol mcm sbb kecuaian bek perlis..kelam kabut dpn pintu gol...xdok gol yg betul2 berkualiti..hmm...

- Piala FA semi-final, Lawe selangor..main kt shah alam dulu......samo2 kita layannnnnnnnzzzz...

Thursday, April 21, 2011

Kapasiti Stadium Di Malaysia & Dunia

.

Tahu Kah Anda ??? (hehe...poya sungguh tajuk.,.hehe)
-tgk list kapasiti penonton yg muat dlm setiap stadium kt malaysia
- KB nye stadium 30K org....tapi kenapa nampak cam kecik jek...asik penuh jek..harap anuar musa dpt bajet utk wat stadium baru or naik taraf stadium sedia ada...

- Fulamak malaysia nye stadium...ranking no 4 tu dr segi KapasiTi...
- ni sumber ambik kt SiNi
- Detail psl Stadium Bukit Jalil dr W gak

- Hehehe...Stadium KB pun ada gak ujung List nih...heheheh


p/s: boring tgk bola kt screen luar stadium..heran tgk stadium negeri lain kosong, igt depa besar giler2 nye stadium....tu selongkar WikiPidia tu..nk cari kapasiti all stadium...rupanye ampehh..penyokong yg tk ramai, tu nampak tk penuh..bukan sbb kapasiti besar...

Lagi Menu Steamboat

Kali ni mkn kt dapur pulak...- kenduri stimbot....
- nyum...nyumm..nnyummm,,,,...msk sendiri puas ati...mcm biasa time mkn tak caro nk ambik gambar..

p/s: Utk Kak Long yg dok mindef,tulung bwk abg long n adik2 ke shah alam kalu nk mkn stimbot...col for booking date..nnti kitaorg sediakan menu stimbot special utk rombongan dr KL..(RM150 sekepala..buffet,...heheh)

Wednesday, April 20, 2011

Hati-Hati, Panadol Tiruan Di Pasaran

Lebih 142,102 Panadol tiruan dirampas, sidiket ditumpas

KOTA BHARU 5 April - Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kelantan menumpaskan sindiket pengedaran ubat Panadol tiruan setelah merampas 142,102 biji ubat tersebut bernilai lebih RM20,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Tanjung Chat, di sini hari ini.

Pengarahnya, Abdul Ghani Harun berkata, sepasukan anggota bersama wakil syarikat pengeluar sah yang membuat serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari hari ini menahan pemiliknya yang berusia 50-an untuk siasatan.

Katanya, bagaimanapun, pihak berkuasa gagal menemui peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses ubat Panadol kerana maklumat awal yang diterima mengatakan rumah tersebut turut dijadikan pusat memproses.

``Berdasarkan maklumat yang diterima, sindiket ini dipercayai menjalankan kegiatan pengedaran ubat Panadol ke kedai-kedai di seluruh negeri sejak beberapa bulan lepas,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau memberitahu, kesemua hasil rampasan akan dihantar ke Jabatan Kimia dan syarikat pengeluar Smith Kline and Beecham yang beribu pejabat di Kuala Lumpur untuk dianalisis.

Abdul Ghani berkata, siasatan mendapati pemilik rumah berkenaan tidak mempunyai permit yang sah untuk membekalkan ubat Panadol di negeri ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak membeli ubat Panadol yang ditawarkan pada harga rendah kerana dikhuatiri ia produk tiruan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mendedahkan penipuan oleh penganjur ``Jualan Mega Cheap Sale'' di bandar ini kerana didakwa dilakukan tanpa mendapat kelulusan.

Ekoran itu, Timbalan Pengarahnya, Halijah Sandiman mengadakan operasi pada pukul 11 pagi ini dan merampas sejumlah 26,451 barang pelbagai jenis seperti pakaian, jam tangan, barangan perhiasan dan video cakera padat daripada penganjur jualan murah itu.

Tegasnya, siasatan juga mendapati pihak penganjur turut mencampurkan barangan asli dan tiruan dalam jualannya dipercayai untuk memperdayakan pembeli.

``Peniaga terbabit akan didakwa mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM200,000 bagi syarikat dan RM100,000 untuk peniaga atau tiga tahun penjara,'' katanya.

Oleh: NORLIZA ABD. RAHMAN

sumber Utusan Online

Datuk Salim Parlan dituduh berkhalwat

Sanggup jamin suami
Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my


GEORGETOWN: Kehadiran isteri Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan, 51, yang dituduh berkhalwat bersama pembantunya, Nur Diayana Norslan, 29, di sebuah hotel di Batu Feringgi pada Sabtu lalu, menarik perhatian orang ramai yang berada di pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Timur Laut, semalam.

Wanita yang berjubah hitam dan berkaca mata gelap dilihat mesra, malah berpimpin tangan bersama suaminya ketika menuju ke mahkamah kira-kira jam 8 pagi.

Sebelum itu, Salim berkemeja biru lengan panjang menaiki kenderaan bersama isterinya dan kira-kira sejam kemudian, Nur Diayana, yang memakai baju kurung putih bercorak bunga dan bertudung merah jambu ditemani seorang wanita dipercayai saudaranya memasuki mahkamah.

Kedua-dua tertuduh tenang masuk ke mahkamah dan ketika dibicarakan mereka memahami pertuduhan dibacakan sebelum mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Syarie, Nik Bukhari Hashimy Nik Yahaya sejurus pertuduhan dibacakan secara berasingan.


Salim dituduh berkhalwat dengan Nur Diayana yang bukan isteri atau mahramnya di bilik bernombor 224 di sebuah hotel di Batu Feringgi, jam 5 pagi, Sabtu lalu.
(sekadar gambar hiasan)

Result Terkini & Jadual Liga Super 2011

Result & Jadual....sumber dari sini

Kelate & Perlis Main Futsal Pulok...



Kelantan belasah Perlis



KUALA LUMPUR - Jaringan tunggal Azidan Sarudin menyelamatkan Selangor untuk terus kukuh menerajui carta bola sepak Liga Super 2011 setelah mereka menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Shah Alam, semalam.

Gol dan tiga mata idaman Gergasi Merah itu terhasil daripada rembatan rendah sepakan percumanya minit ke-72 yang gagal ditangkap kemas penjaga gol pelawat, Syed Adney Syed Hussein.

Kemenangan tipis ini menjarakkan anak buah K. Devan di tangga teratas dengan mengumpul 29 mata setelah pencabar terdekat, Terengganu mengikat Perak 1-1 di Stadium Perak, Ipoh tetapi masih kekurangan empat mata.

Kegembiraan Seladang yang mendapat gol pendahuluan Safiq Jamal pada minit kelapan dilenyapkan langsung dengan jaringan penalti Abdul Hadi Yahya, minit ke-59.

Lebih parah ialah apabila kegagalan meraih tiga mata itu membolehkan Kelantan pula memintasnya di tangga ketiga setelah Wira Merah membelasah Perlis 5-1 di Stadium Utama, Kangar. Jaringan hatrik ketua pasukan, Badri Radzi pada minit ke-46, 66 dan 78 serta dua gol Norshahrul Idlan Talaha (6 dan 43) melonjakkan skuad M. Karathu dengan 24 mata sambil mengekori Terengganu.

Kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pula membawa Felda United ke tempat keenam liga sambil memintas Harimau Muda A hasil dua jaringan Azrul Ahmad pada minit keenam dan 12.

Hasrat Azraai Khor Abdullah melihat kemenangan sulung Negeri Sembilan di bawah bimbingannya hasil jaringan Idris Karim pada minit ke-10, tidak kesampaian kerana diikat 1-1 oleh pemain Pahang, Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-79.

Si Rusa terpaksa bermain dengan 10 orang dalam sebahagian besar perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu angkara kehilangan Hairuddin Omar pada minit ke-27 yang dikenakan kad merah.

Pertembungan T-Team dengan Johor FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu berkesudahan seri 1-1 masing-masing menerusi jaringan Mohd. Shahrul Ezrain (10) dan Shahrizal Saad (48).

gambar sumbangan Mr Google.Kom

Futsal @ Kulai,Johor

Antara xtVt kt Johor (Time majlis Pertunangan Ezi - Dady Ngoh si Dania)- wpun di tempat org tapi diorg pakat2 cari lokasi leh beriadah....Last2 jupe gak ngan futsal nye court.....
- Layanz futsal kt johor..
- KC Futsal,Johor....
- xtvt mengeratkan silaturahim sesama sanok saudara...
- bergambar kenang-kenangan dpn KC Futsal....
- Yehooooooooooo!!! misi BerJaya.....

Tuesday, April 19, 2011

Mat Dahe Eksiden Muto

Eksiden moto dpn UiTM, Mache...
- moto dahe...otw g Politeknik Kota Bharu, tiba2 ada muto budak sekoloh,tino pulok melintas jale besar (h/way) tiba2....apo lagi, terappp ats jale....tgk kerosakkan moto & "kerosakkan diri" boleh tahe gak..tgh laju la kot.....tak dam nk ngelok...sbb kecuaian org, kita kena tido spital...
- Muto budak tu..xde rosak gapo....tapi polis tarik ke balai gak...utk proses seterusnye...report apo semua...ada org bwk dua2 g spital mache....disebabkn maT dAHe mutah daroh & lom tau cedera dalaman kepala serius tak, pihak spital terus bwk ke Hospital Kubang Kerian,KB....
- Bekok muka belah kiri....3 tempat yg teruk....patah tulang kening belah dlm..kena masuk klip besi....so after bengkak surut kena operate masuk klip besi tu...kepala dgn dlm mulut buat apa tah.....
- make bubur sambil di temani mek,mesuu ngan mat yie...
- leh la rest sebulan dua......tak payoh masuk kelahhhh

Mancing Kolam Ikan Seksyen 24,Shah Alam

Layanz abg Long Mancing..
- kol 10 mlm bersantai kt tepi kolam ikan seksyen 24 shah alam....
- Mok long,mok Dania ngan dania pakat dok nunggu dapat ikan...sampai ke pagi ikan tok sir make umpan abg long....hehe

Makin Susah Nak Jual Kereta Telah DiubahSuai

Denda RM25,000
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
am@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Denda RM25,000 atau penjara tiga tahun akan dikenakan kepada mereka yang gagal mendapatkan sijil pengesahan keselamatan Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) sebelum menjual kenderaan kepada pembeli lain, manakala pengusaha syarikat kereta terpakai yang degil berdepan denda RM100,000.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini bertujuan melindungi hak pengguna supaya kenderaan terpakai yang dibeli bukan kenderaan potong, curi atau rosak teruk.


Katanya, kementerian menetapkan 1 Jun ini sebagai tarikh kuat kuasa dan pihak yang tidak mematuhinya bakal berdepan tindakan tegas.

“Tiada alasan untuk tidak melakukan pemeriksaan kerana tempohnya hanya sejam.


“Puspakom juga bersetuju memberikan khidmat terbaik bagi memudahkan urusan itu supaya tidak menyusahkan mana-mana pihak dan sijil dikeluarkan pada hari sama,” katanya.


Menurutnya, bayaran untuk pemeriksaan itu juga tidak ditetapkan kepada penjual sebaliknya melalui perbincangan antara penjual dan pembeli.

Click Here

“Kami juga akan pastikan bayaran dikenakan tidak membebankan penjual atau pembeli dan langkah itu hanya untuk melindungi pengguna supaya tidak berhadapan dengan masalah pada masa akan datang,” katanya selepas Majlis Perasmian dan Penyampaian Anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2010 Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini, semalam.
Gambar Ehsan dr Mr GooGle.Kom
IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)