Pages

Wednesday, August 29, 2012

Rumah Flat Untuk Disewa - Seksyen 19, Shah Alam

* Sori...Dah Ada Penyewa
Mau cari rumah sewa Area Shah Alam?

link : Web Ibilik
@  Website Mudoh


Sila Rujuk details kt atas...

Bayaran :
Sewa bulanan RM 580 (Nego..Leh Runding)
Deposit sewa 1+1 = RM 1160
Deposit api + air = RM200


































Lokasi Strategik : Depan Shah Alam Specialist Hospital (SALAM), berhadapan Hotel De-Palma, Shell..berdekatan dengan sekolah seksyen 19, Komuter Shah Alam, CiAST, Kedai Runcit dan Lain2.

3 bilik.......2 bilik air(mandi n tandas).............
Kemasukkan : SEGERA

p/s: penyewa asal kena MASUK dalam da...hehehhe


* Sori...Dah Ada Penyewa

Wednesday, August 15, 2012

Sean Gan Giannelli Ke Kelab Itali, Atletico Arezzo


Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli, akan menyertai kelab Itali, Atletico Arrezo untuk pasukan bawah 17 tahunnya di Tuscany pada 20 Ogos ini, selepas berjaya menawan hati jurulatih dan kakitangan teknikal kelab baru-baru ini.

Sean yang berdarah campuran Itali-Malaysia, merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berlatih serta bermain dengan pasukan Bukit Jalil bawah 17 tahun, iaitu skuad pelapis pasukan kebangsaan. 

Bapanya, Massimo memberitahu Bernama dari Milan, beliau berbangga dengan pencapaian anak lelakinya memandangkan remaja itu menjadi rakyat Malaysia pertama mewakili kelab bola sepak remaja Itali selepas menjalani percubaan pada Jun.

"Dia anak muda yang bercita-cita tinggi dan matlamat hidupnya ialah bermain bola sepak secara profesional pada tahap tertinggi di Eropah dan daripada apa yang dia capai setakat ini, tidak ada apa yang tidak boleh dilakukannya," katanya menambah yang beliau sedang melakukan persiapan untuk Sean di Itali.

Katanya kepantasan dan teknik yang dipamer Sean sebagai pemain penyerang, memikat hati ketua jurulatih kelab Serie D itu Abel Balbo, yang juga bekas pemain pasukan Argentina dan bermain bersama legenda bola sepak Maradona.

Balbo menyumbat 150 gol ketika bermain dalam Serie A dan pernah bermain untuk kelab AS Roma, Udinese, Fiorentina, Parma dan Boca Juniors.

Tuesday, August 14, 2012

Rekod Pertemuan Kelantan & Terengganu (Penyu dan Kijang)

 Rekod Pertemuan dari Tahun 2006 - 2012

Tue        26/06/12    SUL     Kelantan        2 - 2    Terengganu
Wed       23/05/12    AFC    Kelantan       3 - 2    Terengganu
Sat         11/02/12    SUL    Kelantan       2 - 1    Terengganu
Mon      10/10/11    MAC   Kelantan      1 - 3    Terengganu
Tue        01/02/11    SUL     Kelantan       1 - 1    Terengganu   
Sat        15/05/10    SUL     Kelantan        3 - 0    Terengganu   
Sat        09/01/10    SUL     Kelantan        0 - 0    Terengganu
Tue       30/06/09    SUL     Terengganu     2 - 0    Kelantan   
Sat        14/02/09    SUL     Kelantan        3 - 2    Terengganu   
Sat        12/07/08    MAC   Kelantan       0 - 1    Terengganu       
Fri         27/06/08    MAC   Terengganu   1 - 2    Kelantan       
Sat        05/05/07    MAC   Terengganu   1 - 2    Kelantan       
Sat        03/03/07    MAC   Kelantan       0 - 2    Terengganu       
Tue       09/05/06    PRL      Terengganu      2 - 2    Kelantan   


Merah : Kelate Menang
Hitam : Tegganu Menang
Biru : Seri











 




dB : Sumber gambar gooGle.Com




Friday, August 10, 2012

BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) - Iklan Raya Paling Sedih 2012


dB : Fizi Jadi 'Mulut' Untuk Ahmad, Manakala Ahmad Pula Jadi "Mata" untuk Fizi.




Two special children build a beautiful relationship based on genuine care and understanding. On the eve of Hari Raya, these orphans, Ahmad and Fizi embark on a journey and encounter many challenges along the way. Through their perseverance and determination, they overcome all odds to fulfill their obligation of unconditional love.

Agency: Affinity Worldwide
Film Director: Hafiz Ibrahim





Sumber : WwW.YouTube.CoM







Wednesday, August 8, 2012

Kad 1Malaysia Privilege Card - Pokjik Dh Giler Ke???

dB : Betul2 dh risau ngan pembangkang nih...abis nya kasi kt pengundi.....kt Pejawat awam mana nyeeee???

Kad diskaun ringan beban
Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Seramai 241,000 pegawai serta anggota tentera dan polis di seluruh negara berpeluang menikmati diskaun harga melalui kad 1Malaysia Privilege Card yang diagihkan berperingkat mulai semalam, sekali gus mengurangkan kos perbelanjaan harian dan bulanan mereka.

Melalui penggunaan kad itu mereka boleh mendapatkan harga istimewa bagi pembelian barangan keperluan harian, mahupun alatan sukan, alat ganti kenderaan, perhotelan dan barangan kesihatan di rangkaian premis membabitkan 20 syarikat seperti Mydin, KFC, Jakel Trading, Al-Ikhsan dan BHPetrol.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bagi pihak kerajaan berbangga kerana dapat melancarkan kad berkenaan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu dua golongan yang memberi jasa sangat besar kepada negara.

“Kami tidak mahu ini sebagai retorik saja, tapi kamimahu terjemahkan dalam bentuk pertolongan, bantuan seperti kami lancar ini. Saya mengucapkan terima kasih, 20 syarikat dalam program ini memberi diskaun atau pun potongan harga daripada lima hingga 25 peratus.


“Kemungkinan kami tambah lagi senarai ini pada masa akan datang supaya kad ini benar-benar dapat digunakan untuk pelbagai perkhidmatan dan barangan yang dapat membantu meringankan beban kos hidup kita. Itulah hasrat kami...inilah caranya kerajaan memberi penghargaan kepada pasukan keselamatan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran kad dan portal 1Malaysia Privilege Card di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam.


Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

1Malaysia Privilege Card adalah satu usaha kerajaan memperluaskan konsep 1Malaysia untuk meringankan perbelanjaan rakyat amnya serta warga ATM dan PDRM khasnya yang banyak berjasa dan berbakti menjaga keamanan dan keselamatan negara. Kad itu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) yang memperlihatkan usaha sama antara tiga kementerian, membabitkan Kementerian Kewangan sebagai peneraju, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.


Melalui inisiatif itu, kad berkenaan disediakan kerajaan dalam tiga fasa, dimulakan dengan pegawai dan anggota beruniform tentera dan polis masih berkhidmat, diikuti pesara tentera dan polis.

Thursday, August 2, 2012

Piala Malaysia 2012 : Undian Kumpulan :UPDATE

Siaran Langsung Majlis Undian Piala Malaysia 2012 pada hari ini (2 Ogos 2012) akan disiarkan di Astro Arena Saluran 801 pada jam 5.45PM



Nota :  Pasukan yang berada dalam Balang yang sama tidak akan diundi dalam satu kumpulan

BALANG A
Kelantan FA
Lions XII
Selangor FA
Perak FA

BALANG B
Terengganu FA
Negeri Sembilan FA
PKNS FC
PBDKT T-Team FC

BALANG C
Johor FC
Felda United FC
Sarawak FA
Kedah FA

BALANG D
ATM FA
Pahang FA
Sime Darby FC
Johor FA


p/s : Lagi 30minit....



Keputusan Undian Piala Malaysia 2012


Kumpulan A
Singapura Lions XII
PKNS FC
Johor FC
Johor

Kumpulan B (Kumpulan Maut tahun ni?)
Kelantan
Terengganu
Kedah
ATM

Kumpulan C
Perak
Negeri Sembilan
Felda United FC
Sime Darby FC

Kumpulan D
Selangor
T-Team
Sarawak
Pahang

p/s : Kumpulan A vs Kumpulan D    &     Kumpulan B vs Kumpulan C


Wednesday, August 1, 2012

Senang Nyaaa...Hina & Minta Maaf...!!! cis...



LIM LEE YEE (kiri) dan Chong Yong tampil meminta maaf kepada umat Islam sambil diperhatikan oleh Mohd. Noor di Johor Bahru semalam.
Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak, Muar yang menimbulkan kontroversi apabila memaparkan karikatur menghina para sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas yang diedarkan kepada pelajar baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka semalam.
Ku Chong Yoong, 22, yang merupakan guru dan individu yang bertanggungjawab menyediakan bahan tersebut serta pengusaha pusat tuisyen Indah Permai Jaya, Lim Lee Yee, 26, mengaku tidak berniat untuk menyentuh sensiviti umat Islam apatah lagi menghina sahabat Nabi.

“Saya kesal perkara ini berlaku. Niat saya hanya ingin membantu pelajar agar lebih mudah faham dan saya tidak berniat untuk menyentuh isu sensitif orang Islam.

“Di sini, saya dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Tangkak serta di seluruh dunia. Saya mengaku, tindakan saya ini kurang matang dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” kata Chong Yoong yang sudah dua tahun mengajar di pusat tuisyen terbabit.

Sementara itu, Lee Yee pula mengaku tidak tahu mengenai bahan yang disediakan tenaga pengajarnya sehinggalah isu terbabit disiarkan di akhbar.

“Selepas ini, saya janji akan lebih berhati-hati dan memantau bahan-bahan yang digunakan oleh guru tuisyen untuk mengajar. Kami juga telah meminta balik semua nota tersebut daripada pelajar dan telah menerangkan hal sebenar kepada mereka,” katanya.

TOLONG TUTUP PUSAT TUISYEN INI
IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)