Pages

Friday, December 30, 2011

Bapak Celaka...!!!





Rantai 2 anak di tandas
Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my


KEJAM...dua beradik dirantai di dalam tandas rumah mereka.

DIREMAN...bapa dua beradik terbabit yang direman empat hari.

BUTTERWORTH: Hanya kerana dua anaknya dikatakan nakal dan tiada orang menjaga mereka, seorang bapa bertindak kejam apabila mengurung kedua-dua kanak-kanak itu di dalam tandas dalam keadaan kaki mereka dirantai di sebuah rumah di Taman Mawar, Raja Uda dekat sini, kelmarin.

Mujur penderitaan dua beradik, lelaki berusia dua tahun dan perempuan enam tahun, tidak lama apabila jeritan meminta tolong mereka disedari jiran sebelum kedua-duanya diselamatkan pada jam 8 malam selepas kira-kira lima jam dikurung.

Difahamkan, bapa mereka yang berusia 40-an, keluar bekerja pada jam 3 petang, namun sebelum meninggalkan rumah dia mengurung dua beradik itu di dalam tandas rumah mereka yang kotor serta busuk, malah kaki kanak-kanak itu turut diikat menggunakan rantai besi.

Disebabkan lapar, kesakitan serta tidak tahan dengan persekitaran yang kurang selesa selepas lima jam dikurung, dua beradik itu menjerit meminta tolong dan bernasib baik apabila jeritan mereka didengari jiran.


Jiran kemudian memanjat tangga dan mengintai melalui tingkap belakang rumah kedai dua tingkat itu sebelum ternampak dua beradik terbabit dalam keadaan lemah di dalam tandas rumah mereka yang terletak di tingkat atas.

Wednesday, December 28, 2011

Apek kat Muka Depan Majalah Glam la pulok

Tuesday, December 27, 2011

Pemegang Unit ASB Dapat Dividen 7.65 Sen Seunit




KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen sebanyak 7.65 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2011 berbanding 7.50 sen tahun lepas.

Seramai 7.3 juta pemegang saham, yang kini memegang lebih 95.9 bilion unit ASB, akan juga menerima bonus sebanyak 1.15 sen.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata pengagihan pendapatan ini melibatkan pembayaran sejumlah RM7.04 bilion dan bonus sebanyak RM628.29 juta.

Hingga Khamis lalu, kata beliau, skim itu mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM7.19 bilion.

"Pendapatan dividen daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang sebanyak RM4.09 bilion, atau 56.9 peratus daripada pendapatan kasar, manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM2.25 bilion atau 31.3 peratus," katanya pada satu taklimat media di sini Isnin.

Beliau berkata baki sebanyak 11.8 peratus, atau RM0.85 bilion diraih daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan-pelaburan lain.

Ahmad Sarji berkata pembayaran pengagihan pendapatan dan bonus ini akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun pemegang unit, dan pemegang unit boleh mengemaskini buku pelabur ASB masing-masing mulai 3 Januari tahun depan.

Semua urus niaga bagi ASB akan ditangguhkan mulai 21 Dis, 2011 hingga 2 Januari, 2012, untuk mempermudah pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus, katanya.

Beliau berkata prestasi ASB dalam tahun 2011 memuaskan meskipun pada suku terakhir tahun ini, pasaran saham telah didagangkan dalam suasana tidak menentu kerana dipengaruhi oleh ketidaktentuan ekonomi AS dan krisis hutang di Eropah.

Sementara itu, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB akan memastikan ia bukan sahaja terus membayar dividen saban tahun malah juga menjana pertumbuhan bagi masa depan.

Mengenai pengambilalihan SP Setia Bhd, beliau berkata, PNB masih menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC).

"Kami telahpun mengemukakannya kepada SC dan kami sekarang menunggu kelulusannya," jelas beliau.

Bagaimanapun, beliau enggan menyatakan lebih lanjut.

Mengenai perkembangan projek Menara Warisan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2011 tahun lepas, beliau berkata: "PNB telah mengemukakan arahan reka bentuk kepada 'pihak bandaraya' dan kami harap bila kami dapat kelulusannya, kami akan umumkannya."

Sumber : BERNAMA Online

dB : Fushhh.....syukur..naik sikit ...dapat cover kenaikkan BLR...

Friday, December 23, 2011

Kejohanan Badan Cantik - Mr.Kelantan 2011

- Cayer la weh..hehehehe..sakit...sakit...

Tuesday, December 20, 2011

Dividen & Bonus ASB 2011 : 8.8% ???

2005: Dividen: 7.25% Bonus: 1.75%
2006: Dividen: Bonus: 7.3% Bonus 1.25%
2007: Dividen: 8% Bonus: 1%
2008: Dividen:7% Bonus: 1.75%
2009: Dividen: 7.3% Bonus: 1.25%
2010: Dividen: 7.5% Bonus: 1.25%

*2011 : Dividen: 7.65% Bonus: 1.15% ???

Bandri Radzi ibarat Kembar Cristiano Ronaldo ???

BADHRI RADZI “PIYA” SEHEBAT RONALDO ?


Badhri Radzi Piya



Kapten Pasukan Kelantan, Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya dikalangan penyokong tegar bola sepak Kelantan dipuji oleh Jurulatih pasukan Persebaya Indonesia dengan menganggap permainan Kapten berusia 29 tahun itu mirip Bintang Real Madrid iaitu Cristiano Ronaldo.

Jurulatih Persebaya itu berkata demikian di dalam laman web berita Surabaya iaitu beritajatim.com.Kelantan FA memiliki seorang pemain tengah yang gaya permainannya mirip bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo, Ujar Divaldo Alves yang berasal dari Portugal.

Divaldo Alves menegaskan selain Badhri Radzi, pemain yang harus di beri perhatian oleh pertahanan pasukan Persebaya ialah tidak lain tidak bukan penyerang terbaik Malaysia 2011 iaitu Norshahrul Idlan Talaha dan seorang lagi yang harus diwaspada oleh pasukan Persebaya Indonesia ialah penjaga gol nombor satu negara ketika ini iaitu Khairul Fahmi Che Mat.

Kelantan FA dan Persebaya akan berentap merebut Piala Permai di Stadium Sultan Muhammad Ke IV pada 23 Disember 2011 manakala aksi timbal balik pula akan berlangsung di Surabaya pada 28 Disember 2011.
Kredit : pic ambik from google...

Sumber : KelateFA

Wednesday, December 14, 2011

Gaji Kakitangan Awam Naik 7 Hingga 13 Peratus Tahun Depan



Oleh LIM WEV WEN

PUTRAJAYA: Kakitangan awam akan menikmati kenaikan sebanyak 7 hingga 13 peratus di bawah Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) berkuat-kuasa 1 Januari depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah berkata, kenaikan bagi kakitangan kerajaan itu dibuat berdasarkan empat prinsip iaitu hierarki, bakat dan pengalaman, jawatan dan bidang kepakaran serta prestasi.

Katanya, sekiranya terdapat beberapa pegawai kerajaan tidak menepati prestasi dikehendaki, mereka tidak akan mendapat sebarang kenaikan.

Prestasi kerja di kalangan pegawai kerajaan akan dinilai menerusi Petunjuk Prestasi Utama (KPI).

"Sebagai contoh, seorang doktor dengan gaji di antara RM4,431 dan RM6,439 kini layak mendapat gaji di antara RM4,520 dan RM8,840.

"Namun, gaji doktor tersebut tidak akan diubah serta-merta kepada gaji maksimum yang baru sekiranya dia memperoleh pendapatan sebanyak RM6,439 buat masa ini," katanya.

Jelasnya, doktor tersebut akan memperoleh gaji sama dan terus mendapat kenaikan sehingga RM8,840 (37 peratus lebih tinggi berbanding gaji terdahulu) walaupun sebelum dia dinaikkan ke gred seterusnya.

Sementara itu, bagi pekerja am, beliau berkata, jika seorang pemandu memperoleh gaji di antara RM1,222.51 dan RM1,882 di bawah skim sedia ada, pendapatannya akan meningkat kepada RM1,245 dan RM2,965.

Sumber : star

Friday, December 9, 2011

Senarai pemain import Liga Malaysia 2012

Senarai pemain import Liga Malaysia 2012

Kelantan FA
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghana)
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)

Terengganu FA
1. Jusio Nunis (Brazil)
2. Sibi Gwar (Nigeria)

Selangor FA
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (Congo)

Kedah FA
1. Daniel Baroni (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
2. Bruno Martelotto (Argentina)

Perak FA
1. Lazar Popovic (Serbia)
2. Michal Kubala (Slovakia)

Negeri Sembilan
1. Marquem Goncalves (Brazil)
2. Emmanuel Owona (Cameroon)

T-Team FC
1. Zacharia Simukonda (Zambia)
2. Bojan Petrit (Bosnia)

Sabah FA
1. Brendan Gan (Australia)
2. Michael Baird (Australia)

Sarawak FA
1. Kalle Sone (Cameroon)
2. Guy Bwelle (Cameroon)

PKNS FC
1. Dawood Nicoise (Perancis)

Perlis FA
1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)
2. Lewis Henry (Sierra Leone)

Sumber : SinarHarian

Thursday, December 8, 2011

Pengiraan Dividen & Bonus ASB 2011

- Jadual Penangguhan Urus-Niaga ASB/ASN utk tujuan pengiraan & pengagihan pendapatan bagi tahun kewangan berakhir 31Disember 2011.

IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)