Pages

Thursday, February 24, 2011

oiL SumP PuloK LeakinG

Proses-Proses...- Kena Wat gak, kalau tk abis lantai rumah kotoR ngan minyak iTam..menitik2...
- cHeck2, OiL sump yg leaking....kena tukar gaskEt la nih...
- PatuT leH wat Sndiri Jah ni kot....cuma kaLu bengkel senang check n psg bila keta Leh naik ats mcm tu....
- Kalu kt bengkel gak, kita leh dok sebelah n snap pic jek.....
- Rm80.00 rega kos kerugian skali psg ,upoh apo semua....Settel...
- Snap skeping dua pic keta pomeng...bila2 masa ready utk turung spang...
- apo hal air-cond pulok, asik kena top-up gas jah nih....sure ade leaking gak ni..
- Lok dulu stahun dua baru check nnti...

Pelawat-Pelawat Dunia Baru

Skodeng?
Lokasi pelawat2 "Dunia Baru" minggu ni...macam2 ado...

- Ari ni punyer olang...

- pelawat sepanjang musim....max 10 negaro

Wednesday, February 23, 2011

Malaysia vS pakistan



Sokongan moraL....Harap2 Malaysia nye team akan menewaskan Pakistan mlm ni.....tgk kt tb jek la mlm ni...

Khairul Fahmi Kapten Team Malaysia

Cari bekalan selesa

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

PEMAIN-pemain negara menjalani latihan terakhir menjelang aksi kelayakan Olimpik 2012 menentang Pakistan di Stadium Shah Alam, semalam. - UTUSAN/HAFIZH KHOSMAT

PETALING JAYA - Bukan kemenangan semata-mata yang mahu dicari Malaysia apabila menentang Pakistan malam ini, tetapi keputusan selesa untuk dibawa ke Lahore pada pertemuan kedua pusingan pertama kelayakan Olimpik 2012.

Itu sasaran utama jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee (gambar) menjelang pertemuan skuad Olimpik Malaysia dan Pakistan di Stadium Shah Alam, dan beliau yakin anak-anak buahnya mampu menggempur lawan habis-habisan.

Menegaskan moral dan tahap kecergasan pemain di tahap terbaik, Kim Swee percaya tiada sebab mereka tidak boleh mencatat kemenangan jika semua pemain mempamerkan permainan cemerlang.

''Jika saya perlu meletakkan tujuh atau lapan penyerang sekali pun, saya akan buat asalkan kita menang dengan selesa pada perlawanan hari esok (hari ini).

''Kita mesti mendapatkan seberapa banyak gol di sini dan saya harap semua pemain buat yang terbaik walaupun saya tidak dinafikan Pakistan adalah lawan yang baik daripada apa yang saya lihat semasa mereka mengadakan perlawanan persahabatan di Thailand baru-baru ini," katanya di Wisma FAM.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat pengurus pasukan di sini, semalam.

Turut hadir Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelly Sathiraj dan ketua jurulatih Pakistan, Tariq Lutfi.

Skuad Olimpik Malaysia malam ini akan diperkuatkan dengan kehadiran empat pemain luar dari pasukan Harimau Muda A iaitu Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani, Ahmad Shakir Ali dan Mohd. Faizal Abu Bakar.

Ditanya mengenai pemilihan Khairul Fahmi Che Mat atau Apek sebagai kapten pasukan, Kim Swee menjelaskan Apek merupakan salah seorang pemain contoh dan layak memikul tugas berkenaan.

''Semua orang tahu kualiti yang ada pada Khairul Fahmi dan dia kini dianggap role model kepada bola sepak negara.

''Dia mempunyai kualiti sebagai ketua dan mampu membimbing rakan-rakan yang lain di atas padang semasa perlawanan, " katanya.

Dalam masa sama, dia yakin jentera serangan negara mampu menyengat walaupun belum teruji sepenuhnya kerana kehadiran dua pemain luar Harimau Muda A, Ahmad Fakri Saarani dan Ahmad Shakir Ali.

''Jentera serangan yang ditunjangi Shakir dan Fakri boleh diharapkan, sambil Wan Zaharulnizam Zakaria, Wan Zack Haikal dan Mohd. Ferris Danial tiada masalah untuk diturunkan pada bila-bila masa.

''Fakri juga dilihat cepat menyesuaikan diri dengan pasukan ini dan dia tiada masalah besar untuk beraksi dengan baik pada malam esok, " katanya.

Dua penyerang negara, Izzaq Faris Ramlan dan Syahrul Izwari Ibrahim digugurkan pada perlawanan dengan Pakistan ekoran kecederaan.

Perlawanan kedua menentang Pakistan akan berlangsung pada 9 Mac ini.

Sunday, February 20, 2011

Malaysia vS Pakistan

Tiket mahal la pulokkk...

game best nih....

Tiket dijual mulai pagi Selasa

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PEMINAT bola sepak tempatan boleh mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Pakistan, mulai Selasa ini.

Penolong Pegawai Media Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Amir Basha Abdul Halim berkata, harga tiket bagi perlawanan itu yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Rabu ini, berharga RM20 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.


“Kami akan menjual tiket sehari sebelum hari pertandingan di Wisma FAM, Kelana Jaya dari jam 9 pagi hingga 5 petang. Tiket yang belum terjual akan dijual di Pintu A Stadium Shah Alam mulai 4 petang hari pertandingan,” katanya.

Perlawanan bermula jam 8.45 malam.

Friday, February 18, 2011

indra,Farhan & Azizi Mat rose kena potong Gaji?

T-Team kena potong gaji jika kalah
Oleh Malik Muhamad
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

“MENANG perlawanan Piala FA malam ini atau kena potong gaji,” itulah ingatan keras pengurus skuad T-Team, Rozi Mamat yang nampak hilang sabar dengan barisan skuad kendalian Yunus Alif yang sehingga kini gagal mencipta kemenangan dalam pentas Liga M.

Lebih mendukacitakan, dalam empat perlawanan terdahulu, skuad T-Team nampak longlai dan hanya berupaya menjaringkan dua gol ketika tunduk 1-3 kepada skuad Harimau Muda A dan Negeri Sembilan juga dengan jaringan sama.


Menurut Rozi, pengurusan terpaksa bertindak tegas demi kemajuan pasukan dan jika pemain gagal bangkit dengan aksi kemenangan, pengurusan T-Team tidak teragak-agak memotong gaji pemain yang gagal menggalas tugas seperti diharapkan.

“Ingatan potongan gaji ini bukan omong kosong, pemain sudah dimaklumkan sejak dari awal lagi iaitu sebelum bermula Liga MPemain tidak boleh menyalahkan pengurusan jika ia berlaku walaupun tidak disukai pemain,” katanya.


Sebelum ini, skuad T-Team yang membariskan ramai pemain dilabel berstatus bintang, termasuk tiga pemain kontroversi, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Nor Farhan Muhamad dan Azizi Matt Rose serta bekas perancang Terengganu Zairol Anuar Zailani dan penyerang Mohd Haris Safwan, gagal menyinar selepas mengalami tiga kekalahan berturut-turut termasuk terbaru dengan Pahang 0-1, Selasa lalu.


Prestasi merudum pasukan berstatus kelab dari Terengganu itu dipandang serius kerajaan negeri yang mengikuti perkembangan pasukan selain memanggil pemain dan jurulatih selepas pertemuan dengan juara Piala Malaysia tahun lalu.

Menurut Rozi, sebelum ini dia sudah memanggil pemain dan jurulatih bagi mendengar sendiri pandangan mereka selain berbincang mengenai prestasi pasukan yang semakin tercalar walaupun dibarisi ramai pemain berpengalaman.

Kijang Melompat Garang!!!

.


Kijang membara
Oleh Azlan Muhammad Zain
azlanmz@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PENDAHULU Liga Super, Kelantan mempunyai alasan kukuh untuk menyingkirkan T-Team pada perlawanan pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu, malam ini.

Pasukan The Red Warriors itu pastinya ingin ‘membalas dendam’ selepas tiga tonggak utamanya musim lalu, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Azizi Matt Rose memutuskan untuk menyarung jersi pasukan berstatus kelab itu selain mahu memburu tiket beraksi di Piala AFC, tahun depan.


Namun, bagi kapten Kelantan, Mohd Badri Radzi insiden yang berlaku itu adalah antara pemain dengan pengurusan dan mereka tetap memberi fokus sepenuhnya bagi menghadapi perlawanan malam ini kerana ia dilangsungkan secara kalah mati.

“Kami perlu memberikan persembahan lebih mantap kerana T-Team mempunyai barisan pemain berpengalaman luas jika dibandingkan dengan pemain Kelantan yang masih dalam proses untuk belajar serta dibarisi pemain muda,” katanya.


Tambahnya lagi, salah satu kelebihan T-Team yang kini dibimbing jurulatih Yunus Alif adalah kehadiran beberapa pemain yang sudah terbukti mampu mengambil sepakan percuma dan penjuru seperti Indra Putra dan Zairo Anuar Zailani.


“Kami tidak boleh terlalu yakin walaupun mendahului Liga Super dan perlu berhati-hati dengan mengikut arahan jurulatih serta sentiasa berdisiplin ketika menyerang mahupun bertahan,” katanya.

Mohd Badri turut melaungkan keyakinan gandingan penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Tahala dan Mohd Ramzul Zahini Adenan akan memberikan masalah besar kepada T-Team jika dikekalkan jurulatih Kelantan, Datuk M Karathu.


Kedua-dua pemain itu mempamerkan kerjasama baik apabila berjaya menjaringkan gol ketika menewaskan Kuala Lumpur, 2-0, Selasa lalu walaupun pertama kali digandingkan bersama pada musim ini.

Kelantan yang bergelar juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim lalu tersingkir di pusingan kedua Piala FA manakala T-Team kalah kepada Terengganu di suku akhir.

Wednesday, February 16, 2011

Jom Makan Ais-Krim

.- 1malaysiaaaaaaaaaaaa
- nyumm..nyummm..nyummmmm

Kelantan vS FAM

Beginilah wajah bola sepak Malaysia yang sejak dulu lagi mengamalkan konsep ketidakadilan dalam membuat keputusan.Selepas satu-satu isu timbul untuk menghancur dan melumatkan Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan FA.

Tidak cukup dengan penggantungan 6 bulan Jurulatih Kelantan, B.Sathianathan timbul pula isu kelantan tidak dibenarkan beraksi pada perlawanan Piala Sumbangsih 29hb Januari ini gara gara ketiadaan Jurulatih berlesen A.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, Kelantan perlu segera mencari pengendali sementara yang memiliki Lesen A dalam tempoh empat hari lagi bagi membolehkan mereka memenuhi syarat untuk turun beraksi Sabtu ini.Walaupun dengan kehadiran Hashim Mustapha selaku penolong jurulatih, Hashim masih lagi tidak layak untuk membantu Kelantan kerana beliau tidak mempunyai Lesen Jurulatih berkelas A.

Dalam facebook TAN SRI ANNUAR MUSA ada mengatakan apakah ini kebetulan atau takdir ?

Facebook Annuar Musa

Siapakah dalang di sebalik perkara ini ? Siapakah yang ingin menjatuhkan era kegemilangan pasukan Kelantan FA ? Tidak sedarkah mereka bahawa Kelantan adalah penyumbang terbesar dalam kutipan tiket liga malaysia.Jika isu seperti ini berlaku sudah tentu kehadiran penyokong ke stadium berkurangan dan duit poket orang orang FAM juga sudah tentu terjejas.

Benar kata Tan Sri Annuar Musa, FAM hanya suka mendenda pasukan Kelantan sahaja sedangkan banyak lagi penyokong pasukan lain yang buat hal seperti balingan batu bata oleh penyokong perlis di Stadium Kangar pada perlawanan piala malaysia tempohari yang hampir mengenai kepala penjaga garisan juga pesta mercun di Stadium Paroi yang menyaksikan Negeri Sembilan tewas 0-1 pada Johor FC pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2010.Adakah “mereka-mereka” ini didenda atau dihebohkan oleh pihak media ? SUDAH TENTUNYA TIDAK

Ini kerana FAM hanya nampak kesalahan KELANTAN sahaja.Usah bersikap prejudis yang boleh menyebabkan bola sepak Malaysia terus mundur.Baru menang Piala Sizuka umpama sudah menjuarai world cup.FAM BANGGA dan mungkin berkata “inilah hasil kerja kami selama ini, kami menjalankan tugas dengan baik dan kami mensasarkan Juara World Cup 2014 di brazil pula”.

Bangkitlah dari mimpi, Adillah dalam membuat keputusan wahai FAM yang sudah tidak relevan.


p/s: Nate berok sungguh FAM.

Tuesday, February 15, 2011

CNY Trip : Ho Chi Minh City,Vietnam #Day 2

- B/fast dulu kt hotel....isi perot dulu, kt sana sure tak jupe makanan halal sbb mengikut tukang cerita, org islam kt vietnam ni cuma 1% jek kot, so agak susah nk cari makanan halal....

- lepak2 tunggu bas dtg...rombongan kali ni 17 org (termasuk 1org kanak2 & 1 org baby),semuanye sedara mara terdekat.

- ready utk grk dr hotel....



- Memulakan perjalanan ke Cu Chi, dlm sejam setengah or 2 jam dr hotel

- xtvt pertanian kt sini tanam padi n noreh getah


sikit info tentang lokasi yg kami g : Cu Chi : where human knowledge has been enriched by experiencing an web-like tunnels system of more than 200km in length which used to be the shelters of guerrillas during the war against American troops


Bersambung Lagi...

sleeping beauty ???

- buke beauty doh ni, ni dh kiro tido mati doh ni si Dania, selepas 1 day bjalan2 kt bandar Ho Chi Minh, balkik hotel, terus tido....

Monday, February 14, 2011

CNY Trip : Ho Chi Minh City,Vietnam #Day 1

Check tiket & pasport...b4 b'tolak.

- Dania wat aksi dpn camera..

- sampai di LCCT, paking kt zone C

- tunggu time nk check-in

- kaki2 yg akan sampai ke Ho Chi Minh City sekejap masa lagi nih..

- sebaik sahaja sampai ni airport apo nama tah kt vietnam...
- Airport di sini beza sikit dr kita, airport dia dok tepi bandar jek...10 minit jek kot ngan bandar..
- beza KL dgn Ho Chi Minh dlm 1 jam....so kalau KL dah kol 10mlm, sampai sini br kol 9mlm...

- mengikut tukang citer, vietnam ni lain sikt dr tempat lain...ats jln 80% kot bwk moto, baki nye bwk keta n naik pengangkutan awam....selepas jln sikit br iyakan citer ni...mmg ats jln bersepah moto...laki,perempuan semua naik moto...cilok sana, cilok sini....

- yg best, kt sini moto leh naik sampai 4 org...3org naik sutir motor biasa, sbb leh maksimum sampai 4 org...adusss....
- sampai pun dh lewat, so cari kdai mkn dulu...mkn kt "Kedai Shamsudin - HALAL FooD"

- Lapar betul duo beranok nih....

- menjamu selera tgh malam

- aksi2 mkn mlm dania...

- kitaorg stay kt KINGSTON hotel...katanye 3star nye hotel..

- tapi hotel ni selesa betul...meh2 4star hotel doh ni...
- xtvt ari ni xdo apo..tidooooo jah bilo sampai ke bilik masing2....

Bersambung : NexT Day

Thursday, February 10, 2011

Dania Jalan2 kt Care4

.- dania jalan2 kt care4 seksyen 23 shah alam...cari barang2 nk g Holiday..

Malaysia Lawan Hong Kong - Friendly MatcH

9 Feb 2011 : Harimau Malaya Mengamuk...

- Game malaysia vs Hong Kong berpihak kpd anak2 buah Raja KING...
- Tapi tiket game persahabatan kenapa mahal sgt....ni just game persahabatan, kata nk soh peminat makin ramai ke stadium, kalau rm10 leh la lagi, ni rm20...sakit FAM, pk nak kaut untung jek....tapi komen2 pun, pegi gak ni weh...!!!
- sokongan yg diberikan geng2 ULTRAS MAlaya mmg terBAIK......menari, menyanyi, kibar bendera dr mula sepak mula sampai ke akhir tk penah reda....terbaik weh....
-Gomo Malaysia GOmo...heheheh
- Dania bui sokongan ke team malaysia...
- Yeeeeeeeee.....Goooooooooooooollllll...!!! - dialog dania.
- Anok kelate & m'sia (ehhh...anok selangor nih...ic selangorrr)
- sokongan tak berbeloh bagi dr kelab penyokong....bagus2..
- RM20 sorg.......so kira dpt 2-0 mlm tu...kira rm10 utk setiap gol la tiket dia....boleh laaaaaaaa
- game, kira menghiburkan la......kira dh terbaik, semua bahagian idop....mantop...
- apo2 pun satuuuuuuuuuuuu malayaaaaaaaaaaaaaaaa....
- Tahniah malaysia menang 2-0 (gol dr shafiq & Amirulhadi...)
Kesimpulang : ada 3-4 player yg terbaikkk permainan mlm ni....antara nye :
# sure Khairul Pahmi(jersi 22) -kurang dpt bola,byk rileks
# KunanlanSubramaniam (jersi 16) - terbaikkk weh, laju + pandai curi bola d kaki pihak lawan...kira panje kaki.
# Aidil (no7) - mantop, antara pertahanan yg terbaik d malaysia sekarang
# Shafiq (no 8) - menjadi lak main mlm ni, slalu kurang minat mana mamat ni, mlm ni ok lak..mantap..leh jd kapten.
# pakai jersi no 4, sapo? Asraruddin putra ke? mantap gak mamat ni bganding ngan aidil...susah mau lepas dia, leh jd pertahanan terbaik.
# last skali, sure Safee Sali...mmg berusaha keras utk last game dia kt msia sebelum ke pelita Jaya,indonesia...tapi tak de rezeki nk score mlm ni...
#Amirulhadi pun kira ok la......

- Last skali nk bui ucapan : Nate sungguh polih saman la pulok dlm stadium...paking dlm stadium pun kena samang ko? gilo apo la..cari duit lebih nk masuk tabung pilihanraya nnti ko apo? bengong sungguh.......!!!
Nate Berok Mat Yeh...!!!

Wednesday, February 9, 2011

Tayangan PERCUMA Di FINAS

FINAS SHOW


Tayangan PERCUMA Di FINAS


11 feb 2011 jumaat
Khurafat 9.30


12 Feb 2011 (Sabtu)
Siapa Gaduh(Pendek)
Tempat: Pawagam Mini P.Ramlee
Jam: 10.00 pagi

Tun Razak : Our Founding Fathers(Dokumentari)
Tempat: Pawagam Mini P.Ramlee
Jam: 10.30 pagi


The Untold Truth About Supermokh (Dokumentari)
Tempat: Studio Digital Mix Stage
Jam: 1.30 petang

The Crayon(Cereka)
Tempat: Pawagam Mini P.Ramlee
Jam: 2.30 petang

Anak(Pendek)
Tempat: Studio Digital Mix Stage
Jam: 5.00 petang

Sudirman(Dokumentari)
Tempat: Studio Digital Mix Stage
Jam: 5.15 petang

Hantu Kak Limah (Cereka)
Tempat: Dataran Karyawan
Jam: 8.00 malam

13 Feb 2011 (Ahad)
Treasure Hunt (Pendek)
Tempat: Pawagam Mini P.Ramlee
Jam: 10.00 pagi

Fight Masters : Silat (Dokumentari)
Tempat: Pawagam Mini P.Ramlee
Jam: 10.30 pagi

Estet (Cereka)
Tempat: Studio Digital Mix Stage
Jam: 1.30 petang

Adiwira (Pendek)
Tempat: Studio Digital Mix Stage
Jam: 2.30 petang

P.Ramlee (Dokumentari)
Tempat: Studio Digital Mix Stage
Jam: 5.00 petang

Ngangkung (Cereka)
Tempat: Pawagam Mini P.Ramlee
Jam: 5.15 petang

Janin (Cereka)
Tempat: Pawagam Mini P.Ramlee
Jam: 8.00 malam



info : Ajis J Finas.
IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)