Pages

Tuesday, August 31, 2010

Salam MERDEKA Ke- 53

- Salam merdeka kt semua pengunjung.........
- Selamattt.................

Monday, August 30, 2010

AkuriuM

- Macam2 ado...aRowaNa,Ketam,ikan Naga, uDanG, ikaN ubI/anTu
- SaLah satU hobi......

Thursday, August 12, 2010

Hari-hari yang diharamkan berpuasa




Soalan

Apakah hari-hari yang diharamkan berpuasa dan kenapa?


Jawapan :

Hari-hari yang diharamkan berpuasa adalah:

  1. Hari Syak iaitu hari yang apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
    " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
  2. Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
    " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
  3. Hari-hari tasyrik iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
    " Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
  4. Hari Haid dan Nifas.
  5. Ulama' Mazhab Syafii berpendapat adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan hadith yang bermaksud :

    " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)

    Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.

    Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
  6. Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.
Rujukan : http://soaljawab.jais.gov.my

TM Piala Malaysia 2010

KUMPULAN A

  • Kelantan
  • Negeri Sembilan
  • KL Plus
  • Selangor PKNS

KUMPULAN B

  • Terengganu
  • Pahang
  • Kuala Lumpur
  • Sabah

KUMPULAN C

  • Johor FC
  • Kedah
  • Perak
  • ATM

KUMPULAN D

  • Selangor
  • T-Team
  • Perlis
  • Felda United

Jadual :

14 September 2010

No. Time Home
Away Venue
1 8:45:PM Kelantan vs N Sembilan Stadium SMIV, Kota Bharu
2 8:45:PM KL PLUS FC vs PKNS Stadium MBPJ, Kelana Jaya
3 8:45:PM Terengganu vs Pahang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
4 8:45:PM Kuala Lumpur vs Sabah Stadium Bolasepak Cheras, KL
5 8:45:PM Johor FC vs Kedah Stadium JCORP, Pasir Gudang, JB
6 8:45:PM Perak vs ATM Stadium Perak, Ipoh, Perak
7 8:45:PM Selangor vs T-Team Stadium Shah Alam, Selangor
8 8:45:PM Perlis vs Felda United Stadium Utama Negeri, Kangar

17 September 2010

No. Time Home
Away Venue
9 8:45:PM N Sembilan vs KL PLUS FC Stadium Tuanku Abdul Rahman
10 8:45:PM PKNS vs Kelantan Stadium MBPJ, Kelana Jaya
11 8:45:PM Pahang vs Kuala Lumpur Stadium Darul Makmur, Kuantan
12 8:15:PM Sabah vs Terengganu Stadium Likas, Negeri Sabah
13 8:45:PM Kedah vs Perak Stadium Darul Aman, Alor Setar
14 8:45:PM ATM vs Johor FC Stadium MP Selayang, Selangor
15 8:45:PM T-Team vs Perlis Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
16 8:45:PM Felda United vs Selangor Stadium Bolasepak Cheras, KL

20 September 2010

No. Time Home
Away Venue
17 8:45:PM PKNS vs N Sembilan Stadium MBPJ, Kelana Jaya
18 8:45:PM Kelantan vs KL PLUS FC Stadium SMIV, Kota Bharu
19 8:15:PM Sabah vs Pahang Stadium Likas, Negeri Sabah
20 8:45:PM Terengganu vs Kuala Lumpur Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
21 8:45:PM ATM vs Kedah Stadium MP Selayang, Selangor
22 8:45:PM Johor FC vs Perak Stadium JCORP, Pasir Gudang, JB
23 8:45:PM Felda United vs T-Team Stadium Bolasepak Cheras, KL
24 8:45:PM Selangor vs Perlis Stadium Shah Alam, Selangor

3 October 2010

No. Time Home
Away Venue
25 8:45:PM N Sembilan vs Kelantan Stadium Tuanku Abdul Rahman
26 8:45:PM PKNS vs KL PLUS FC Stadium MBPJ, Kelana Jaya
27 8:45:PM Pahang vs Terengganu Stadium Darul Makmur, Kuantan
28 8:15:PM Sabah vs Kuala Lumpur Stadium Likas, Negeri Sabah
29 8:45:PM Kedah vs Johor FC Stadium Darul Aman, Alor Setar
30 8:45:PM ATM vs Perak Stadium MP Selayang, Selangor
31 8:45:PM T-Team vs Selangor Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
32 8:45:PM Felda United vs Perlis Stadium Bolasepak Cheras, KL

6 October 2010

No. Time Home
Away Venue
33 8:45:PM KL PLUS FC vs N Sembilan Stadium MBPJ, Kelana Jaya
34 8:45:PM Kelantan vs PKNS Stadium SMIV, Kota Bharu
35 8:45:PM Kuala Lumpur vs Pahang Stadium Bolasepak Cheras, KL
36 8:45:PM Terengganu vs Sabah Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
37 8:45:PM Perak vs Kedah Stadium Perak, Ipoh, Perak
38 8:45:PM Johor FC vs ATM Stadium JCORP, Pasir Gudang, JB
39 8:45:PM Perlis vs T-Team Stadium Utama Negeri, Kangar
40 8:45:PM Selangor vs Felda United Stadium Shah Alam, Selangor

9 October 2010

No. Time Home
Away Venue
41 8:45:PM N Sembilan vs PKNS Stadium Tuanku Abdul Rahman
42 8:45:PM KL PLUS FC vs Kelantan Stadium MBPJ, Kelana Jaya
43 8:45:PM Pahang vs Sabah Stadium Darul Makmur, Kuantan
44 8:45:PM Kuala Lumpur vs Terengganu Stadium Bolasepak Cheras, KL
45 8:45:PM Kedah vs ATM Stadium Darul Aman, Alor Setar
46 8:45:PM Perak vs Johor FC Stadium Perak, Ipoh, Perak
47 8:45:PM T-Team vs Felda United Stadium Sultan Ismail Nasiruddin
48 8:45:PM Perlis vs Selangor Stadium Utama Negeri, Kangar


Jadual Suku Akhir (12 dan 16 Oktober 2010):

  • Match 1: Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan D
  • Match 2: Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan C
  • Match 3: Juara Kumpulan C vs Naib Juara Kumpulan B
  • Match 4: Juara Kumpulan D vs Naib Juara Kumpulan A

Jadual Separuh Akhir (20 dan 23 Oktober 2010):

  • Pemenangan Match 1 vs Pemenang Match 3
  • Pemenangan Match 2 vs Pemenang Match 4

Jadual Perlawanan Akhir: 30 Oktober 2010:

  • Pemenangan Match 2 @ 4 vs Pemenang Match 1 @ 3

sumber : Kelate.net

Persoalan Mengenai Puasa

1
MENINGGALKAN PUASA YANG WAJIB DAN MENGGANTIKANNYA PADA HARI LAIN TETAPI ATAS SEBAB, SAYA TIDAK DAPAT MENERUSKANNYA PADA HARI ITU. ADAKAH SAYA HARUS QADHA PUASA DENGAN GANDAAN (IAITU MENJADIKAN 2 HARI UNTUK 1 HARI YANG DITINGGALKAN ITU).
Puasa yang ditinggalkan dan tidak diqadha pada tahun hijriyah yang sama, maka dikenakan fidyah. Sekiranya melangkaui tahun, maka fidyah akan berganda, manakala qadha puasa tetap sama ( tidak berganda).
2
SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN DENGAN PUASA QADHA' DI BULAN SYAABAN.ADAKAH SELEPAS NISFU SYAABAN SESEORANG ITU TIDAK BOLEH MENGGANTIKAN PUASA YANG DITINGGALKAN.SEBALIKNYA DIA KENA MENGGANTIKANNYA DI TAHUN DEPAN DAN BAYAR DENDA.
Puasa qada' boleh dilakukan selepas 1 Syawal dan sebelum berakhir bulan Sya'ban atau sebelum tiba awal Ramadhan pada tahun tersebut, kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa. Sekiranya telah melepasi tarikh tersebut, maka puasa hendaklah diqadha' dan dikenakan fidyah sebanyak secupak sehari bagi puasa yang ditinggalkan.
3
SAYA NAK TANYA BERKENAAN DENGAN PUASA 6. SAYA SERING MENDENGAR ORANG MENYATAKAN PUASA 6 HARUS DILAKUKAN SECARA BERTURUT-TURUT.ADAKAH KENYATAAN INI BENAR?
Puasa enam sebaik-baiknya adalah dilaksanakan secara berturut-turut, tetapi boleh juga dilakukan dengan berselang dan tidak menjadi kesalahan dari sudut hukum.
4
APAKAH HUKUMNYA SEORANG ISTERI YG TERPAKSA MEMBATALKAN PUASA QADHA'NYA KRN PERMINTAAN SUAMI PD SIANG HARI UTK. "BERSAMA"?PERLUKAH PUASA QADHA'MEMINTA IZIN SUAMI?
Isteri harus membatalkan puasa qadhanya untuk melayani kehendak suaminya. Puasa qadha tidak perlu meminta izin suami tetapi sebaik-baiknya memberitahu suami sebelum berpuasa atau mengajak suami sama-sama berpuasa.

Berkenaan dengan puasa qadha yang tidak dapat disempurnakan itu, hendaklah ditunaikan pada hari yang lain.
5
APAKAH SYARAT SYARAT PUASA SUNAT .ADAKAH IA BOLEH DIKERJAKAN PADA BILA BILA MASA SAHAJA.
Syarat puasa sunat ialah berniat di waktu malam atau waktu pagi dengan syarat belum makan dan minum sepanjang pagi tersebut.

Puasa sunat boleh dikerjakan selain daripada hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu pada 2 hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dan hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
6
APAKAH PUASA PUASA SUNAT YANG SANGAT SANGAT DIGALAKKAN DALAM ISLAM.
Hari-hari yang disunatkan berpuasa ialah :

1) Puasa 6 hari di bulan Syawal.
2) Puasa Rejab dan Sya'ban
3) 9 hari awal pada bulan Zulhijjah
4) 10 Muharram
5) Puasa hari Isnin dan Khamis
6) Puasa pada awal, tengah dan akhir setiap bulan.
7
UNTUK MEMBAYAR KIFARAH PUASA YANG DILAKSANAKAN PERLU DIHABISKAN TERUS ATAU BOLEH DISELANG SELIKAN
Bagi mengqadha puasa yang ditinggalkan dalam bulan Ramadhan, boleh diselang selikan asalkan cukup bilangannya. Adapun puasa bagi membayar kifarah disebabkan melakukan persetubuhan di siang hari bulan Ramadhan, tidak boleh diselang selikan. Ianya hendaklah ditunaikan berturut-turut.
8
BERAPAKAH JENIS PUASA SUNAT YANG TERDAPAT DALAM ISLAM DAN BAGAIMANA NIAT NIATNYA.
Puasa sunat terbahagi kepada:

1- Puasa sunat Isnin dan Khamis
2- Puasa sunat di awal, tengah dan akhir setiap bulan.
3- Puasa 1 - 9 Zulhijjah.
4- Puasa pada 10 Muharram.
5- Puasa sunat di bulan Rejab dan sya'ban.
6- Mana-mana puasa sunat yang ingin dilakukan selain daripada 5 hari yang diharamkan iaitu 2 hari raya dan 3 hari Tasyrik (11, 12, 13 zulhijjah)
9
ASSALAMUALAIKUM USTAZ/USTAZAH.. SAYA ADA SATU KEMUSYKILAN..SAYA ADA TINGGAL PUASA BEBERAPA TAHUN YG LEPAS..MASALAH SAYA, SETIAP TAHUN SAYA AKAN MENGQADAKKANNYA TAPI SAYA TIDAK MELAKUKAN FIDYAH KERANA TIDAK TAHU DIMANA HENDAK MELAKUKANNYA..DAN BERAPA? SAYA ANGGARKAN TEMPOH 4 TAHUN.. JAWAPAN TUAN SAYA DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
1. Setiap puasa yang ditinggalkan wajib diganti dengan kaedah berikut.

a. Bagi puasa yang ditinggal kan dan belum melangkau tahun hendaklah digantikan puasa sahaja.

b. Bagi puasa yang ditinggalkan dan belum diganti sehingga melangkau tahun hendaklah segera menggantikan puasa dan membayar fidyah (secupak beras) mengikut jumlah hari yang ditinggalkan x jumlah tahun yang berlalu.

c.Fidyah boleh dibayar melalui jabatan agama yang berdekatan atau memberi kepada fakir miskin.

2. Pastikan bilangan puasa yang ditinggalkan dan bilangan yang belum diganti.
10
ADAKAH BATAL PUASA HISAP ROKOK.
Perbuatan merokok di siang hari pada bulan puasa akan membatalkan puasa.

:: MAKLUMAN :: Jawapan yang disediakan di ruangan ini adalah sedutan dari
Ruangan Kemusykilan Agama JAKIM(Kategori Puasa)

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

kesilapan muslim di Ramadhan?


KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).

Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah.
.
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.

Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.

Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.


sumber : http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Persoalan Mengenai Puasa

31
A) BERAPAKAH HARGA DLM RM SECUPAK BERAS ?
B) BOLEHKAH BERPUASA SEHARI SEBELUM BULAN RAMADHAN
a)Secupak/600 gam/1kati beras sederhana mutu bersamaan RM 1.50 pada masa sekarang.
b) Haram berpuasa pada hari syak kecuali bagi yang mengamalkan berpuasa berturut-turut dalam bulan sya'ban dari awal bulan..
32
BOLEHKAH ORANG YANG BERPUASA MENONTON TV?.
Menonton TV tidak membatalkan puasa tetapi boleh mengurangkan pahala jika menonton perkara-perkara yang melalai dan mengasyikkan..
33
BIASANYA SAYA AKAN BERNIAT PUASA SETIAP MALAM SEBELUM MELAKUKAN PUASA PADA ESOK HARINYA. PADA HARI KELIMA PUASA, SAYA TIDAK PASTI SAMA ADA SAYA SUDAH NIAT PUASA ATAU TIDAK PADA MALAMNYA. SAYA TETAP PUASA PADA HARI KEENAM. PADA MALAM PUASA KEENAM, SAYA TERUS BERNIAT UNTUK BERPUASA SEBULAN. ADAKAH SAH PUASA SAYA PADA HARI KEENAM DAN SETERUSNYA? APAKAH YANG DIERTIKAN DENGAN NIAT BERPUASA ITU SENDIRI? TERIMA KASIH.
Mengikut mazhab Syafi'e niat puasa Ramadhan hendaklah dilafazkan setiap malam. Walau bagaimanapun, niat puasa untuk sebulan boleh diniatkan diawal Ramadhan iaitu bertaqlid kepada mazhab Maliki..
34
KALAU KITA PUASA DALAM BULAN RAMADHAN KITA DIBOLEHKAN NIAT SEBULAN,TAPI BAGAIMANA KALAU SEORG PEREMPUAN YANG DTG HAID DALAM BULAN TERSEBUT. PERLUKAKAH DIA NIAT SEMULA HARI DEMI HARI ? ATAU DI TERUSKAN SAHAJA DENGAN NIAT SEBULAN ITU?(TAK PERLU NIAT LAGI)
Niat puasa boleh dilakukan sekali untuk sebulan pada awal Ramadhan walaupun bagi perempuan yang diselangi oleh uzur syar'ie (datang haid). Sebaik-baiknya diniatkan pada setiap malam walaupun sudah diniatkan pada hari pertama Ramadhan..
35
ADAKAH BATAL PUASA SAYA JIKA SAYA TERKELUAR CECAIR DARI KEMALUAN SAYA KETIKA SEDANG BERCAKAP DENGAN TUNANG SAYA.
Dalam hal ini, saudara hendaklah memastikan terlebih dahulu sama ada cecair tersebut adalah mani atau mazi. Sekiranya ia mani maka batal puasa dan wajib diqadha.
36
SEMASA MENCUCI GIGI DENGAN BENANG, DIA TERTIDUR (LEPAS BERSAHUR) DAN APABILA BANGUN DARI TIDUR DIA MENDAPATI SEBAHAGIAN BENANG TERDAPAT DIDALAM MULUT DAN SEBAHAGIAN LAGI BERADA DILUAR MULUT. PERSOALANNYA IALAH - BAGAIMANA HUKUM PADA PUASA DAN BAGAIMANA UNTUK MENJAGA PUASA, SEKIRANYA DITARIK KELUAR ATAU DITELAN IA AKAN MEMBATALKAN PUASA.
Sekiranya benang tersebut termasuk di dalam kerongkong tanpa disengajakan, maka tidak batal puasa dan saudara boleh menarik keluar benang tersebut.
37
APABILA SEORANG ITU TELAH MENINGGAL DUNIA PERLUKAH WARIS SIMATI MEMBAYAR FIDYAH UNTUK MENGGANTIKAN PUASA YANG TELAH DITINGGALKAN OLEH SIMATI.JIKA TIDAK DIBAYAR ATAU DILENGAH-LENGAHKAN APAKAH HUKUMNYA ATAU APA YANG TERJADI PADA SIMATI.MANAKAH YANG LEBIH PENTING JIKA HARTA YANG DITINGGALKAN OLEH SIMATI DIGUNAKAN UNTUK MEMBAYAR FIDYAH PUASA ATAUPUN UNTUK MEMBUAT KENDURI ARWAH.JIKA PERLU BAGAIMANAKAH CARANYA DAN KEPADA SIAPA PERLU DIBERI FIDYAH.BERAPAKAH SUKATANNYA JIKA SIMATI BERUMUR 67TAHUN SEMASA MENINGGAL DUNIA.SEMASA HIDUPNYA ANGGARAN 3/4 HARI SIMATI TIDAK BERPUASA.
Sekiranya si mati meninggal dunia dengan penyakit yang tidak ada harapan sembuh, maka tidak wajib bagi warisnya membayar fidyah. Sekiranya si mati meninggal dengan keadaan penyakit yang ada harapan sembuh, maka waris itu harus membayar fidyah untuknya dan boleh dibayar kepada fakir miskin atau Baitul Mal dengan kadar 1 cupak (675 gram) beras yang bernilai lebih kurang RM 1.50 untuk sehari yang ditinggalkan..
38
SAYA TELAH MENERIMA SATU E-MAIL YANG MENGATAKAN TIDAK BATAL PUASA SESEORANG ITU APABILA DIA MENGAMBIL UBAT LELAH (INHALER)-UBAT SEPERTI GAS? BOLEHKAN BERIKAN PENJELASAN? PENGGUNAAN INHALER BAGI PESAKIT ATHMA BAGI PESAKIT ATHMA ATAU LELAH. AMALAN PENGGUNAAN INHALER TIDAK MEMBATALKAN PUASA KERANA YANG DISEDUT ITU IALAH GAS DAN UNTUK TUJUAN PERUBATAN. INI ADALAH FATWA SYAIKH BEN BAZ DALAM KOLEKSI FATWANYA (FATAAWA ADDA'AWAH SYAIKH ABDUL AZIZ BEN BAZ, GRAND MUFTI OF SAUDI ARABIA, FATWA NO 979) KEHARUSAN PENGGUNAAN INHALER BAGI PESAKIT ATHMA JUGA BERDASARKAN FATWA UMUM DALAM MASALAH INI OLEH SYAIKHUL ISLAM IBN TAYMIYAH (MAJMU' FATAWA IBN TAYMIYAH, JLD 25, MS 248) KEHARUSAN INI MELIPUTI TEKNIK PERUBATAN YANG TIDAK MENGGUNAKAN MAKANAN ATAU MINUMAN. JIKA DARI JENIS DEBU MAKA IA DIHARUSKAN IMAM IBN HAZM AL ANDALUSI (AL MUHALLA, JLD 6, MS 203) TIDAK BATAL PUASA DALAM URUSAN PERUBATAN TERMASUK SUNTIKAN ATAU MENGHIRUP SERBUK. KITA TERPAKSA MENGGUNAKAN DALIL FATWA DALAM MASALAH INI KERANA INI ADALAH MASALAH BARU YANG TIDAK UJUD SEMASA IMAM-IMAM BESAR FIQH DAHULU.
Merujuk kepada e-mail yang saudari terima itu adalah benar iaitu tidak batal puasa bagi pesakit yang mengambil inhaler.
39
BAGAIMANAKAH CARANYA UTK MENGGANTIKAN PUASA BAGI TAHUN2 YG SUDAH?TERIMA KASIH.
Puasa yang ditinggal wajib di qada dan jika melangkau tahun hendaklah ditambah dengan fidyah mengikut hari dan gandaan tahun yang melangkau. Tetapi bilangan puasa yang diqadhakan tidak berganda kecuali fidyahnya sahaja yang digandakan..
40
BOLEHKAH KITA BERSAHUR PADA BULAN PUASA SEHINGGA AZAN SOLAT SUBUH?
Bersahur adalah amalan yang amat dituntut. Bersahur boleh dilakukan sehingga sebelum habis waktu imsak (lebih kurang 10 minit sebelum subuh)


Rujukan : http://www.islam.gov.my/ramadan

Wednesday, August 11, 2010

"Selamat Menyambut Ramadhan 2010 / 1431H"

"Selamat Menyambut Ramadhan. Moga ibadat kita semua mendapat keberkatan Allah s.w.t."


Daripada : Khairul Azuar / NurulHamimie / Dania Khairina

Friday, August 6, 2010

Bekwoh Derian Amal PERSADA

- sumber dr http://persada.net

Wednesday, August 4, 2010

FutSal Time - JTmK

- 5 Team yg bjaya masuk ke Grand Final fuTsal jtMK 2010....kui..kui..kui...sPt d jangka, team putih turun sebagai team pebret.......kakakaka....
- buat lambang Good konon....kakakakka.....mmg best die dok dlm team yg byk konflik dalaman nih dok? hehehehe
- meh2 gaya Khairul Pahmi nih...
- Apo2 pun.....layanZzzzz...
- Team meRah,cuba lagi tahun depan.....................!!!!

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)