Pages

Tuesday, April 30, 2013

AFC Peringkat Kumpulan 2013 : Misi TRW a.k.a Kelantan FA




 * Menang atau Kalah...kelantan tetap akan mara ke peringkat seterusnya...Misi now untuk jadi Juara kumpulan G......!!! Gomo Kelate Gomo...

* Misi Mustahil tapi masih ada peluang untuk selangor...Selangor kena Menang & Sai Gon Perlu Kalah untuk selangor layak ke peringkat seterusnya.,....Harap ada 2 wakil Club dari malaysia...

Wednesday, April 10, 2013

Penamaan calon 20 April, undi 5 Mei - Tarikh Pilihanraya 2013 PRU13


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.

Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April.

Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.

Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.

Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.

Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun.


Sinar Harian

Mainan Sandiwara Golongan Kerabat..Hancur Bolasepak Malaysia

Ramai sokong keputusan diambil Tunku Ismail


Oleh Aziman Rosdi

Kuala Lumpur: Keputusan Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk kembali menerajui Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) selepas mengumumkan keputusan meletak jawatan minggu lalu mendapat sambutan baik ramai pihak.

Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Tunku Ismail membuat keputusan tepat dengan mengubah pendirian demi kebaikan bolasepak tanah air.


“Saya setuju dengan keputusan Tunku Ismail untuk terus memainkan peranan dalam PBNJ ini kerana kita dapat lihat dengan kehadirannya pasukan Johor Darul Takzim (DT) mempamerkan peningkatan drastik musim ini.

“Jika sebelum ini suasana bolasepak di Johor agak sepi namun perancangan diatur Tunku Ismail kembali mengubah senario itu. Saya berpendapat pengalaman yang beliau lalui ini akan mematangkan dirinya untuk memacu Johor ke peringkat lebih tinggi,” katanya.


Keputusan Tunku Ismail untuk menarik semula keputusan meletak jawatan selaku Presiden PBNJ minggu lalu itu diumum Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah selepas mengadakan pertemuan di Istana Pahang semalam.


Tunku Ismail yang digantung enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib kerana melanggar Artikel 88 Statut FAM melepaskan jawatan presiden kerana berasa sukar untuk dirinya sebagai Tunku Mahkota Johor terikat dengan undang-undang FAM.

Justeru beliau memilih untuk hanya menjadi penaung PBNJ manakala jawatan Presiden PBNJ disandang Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Obet Tawil.


Sementara itu bagi bekas pemain kebangsaan Khalid Ali, tenaga muda seperti Tunku Ismail amat diperlukan bukan saja bagi pembangunan bola sepak di Johor malah di peringkat kebangsaan.

“Tunku Ismail seorang yang bertanggungjawab, kerana itulah beliau menyuarakan pandangan hingga dikenakan tindakan menerusi Artikel 88. Banyak perubahan beliau lakukan terhadap pasukan Johor, beliau memberi peluang kepada anak muda negeri itu berkecimpung dalam bola sepak.


“Kita memang perlukan individu yang seperti Tunku Ismail dalam persatuan sukan. Saya yakin beliau bukan saja boleh menyumbang di peringkat PBNJ namun mungkin boleh berada dalam FAM satu hari nanti,” katanya.

Friday, April 5, 2013

FAM cuba BUNUH bolasepak Malaysia...!!!


Kaji semula keputusan: Shahidan


Kuala Lumpur: Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta mengkaji semula keputusan melepaskan jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) bagi memastikan sukan itu tidak ketandusan pemimpin berkaliber.
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PAFA) Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, sokongan peminat bakal berkurangan jika Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terus bertindak menjatuhkan hukuman kepada pemimpin sukan berkebolehan seperti baginda.

“TMJ seorang pemimpin yang begitu komited dan berbakat bagi meneruskan kelangsungan usaha mengembalikan kegemilangan sukan bolasepak baik di peringkat negeri Johor mahupun negara,” katanya.
Kelmarin Tunku Ismail dalam satu kenyataan media melepaskan jawatan itu berkuatkuasa serta-merta selepas mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim. Beliau digantung enam bulan daripada sebarang aktiviti bolasepak serta didenda RM18,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati bersalah mengkritik mutu pengadilan bola sepak tempatan sekali gus melanggar Artikel 88 FAM.

Turut senada dengan Shahidan ialah Penaung Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa yang menyifatkan keputusan TMJ itu boleh merugikan kemajuan bolasepak tanah air.

“TMJ seorang yang gigih, baginda berjaya membawa perubahan besar kepada pasukannya apabila berjaya membawa kembali minat dan kepercayaan peminat bolasepak memenuhi stadium setiap kali berlangsungnya perlawanan membabitkan pasukannya,” katanya.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata, terdapat banyak peraturan yang tidak wajar digunakan dalam sukan bolasepak terutamanya oleh FAM, hingga ada sesetengah individu membuat tafsiran masing-masing mengenai peraturan itu. - BERNAMA

Piya, Nwakaeme pamer keserasian - Terbaik Lah Piya

Oleh Mohd Nor Asri Yaacob

Kota Bharu: K apten Kelantan Mohd Badhri Radzi mengaku serasi beraksi bersama penyerang import, Dickson Nwakaeme dan mahu pemain dari Nigeria itu beraksi dalam saingan Liga Super selepas pendaftaran pemain baru dibuka 8 April ini.

Aksi memukau pemain penyerang import bertubuh sasa itu ketika membenam SHB Da Nang dari Vietnam, 5-0 pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Selasa lalu menambah keyakinan Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya untuk terus beraksi bersama.


Mohd Badri selaku perancang utama The Red Warriors (TRW) berkata, dia memerlukan penyerang yang serasi dan dapat membaca hantaran dilakukannya dan optimis Nwakaeme adalah pilihan terbaik setakat ini berbanding bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos.

Katanya, Nwakaeme bukan saja dapat membaca hantarannya malah mempunyai kemahiran mengawal bola lebih baik daripada penyerang import, Keita Mandjou yang kini beraksi untuk Liga Super.


“Saya lebih gemar bergandingan bersama Nwakaeme ketika saingan AFC malah berharap kami dapat terus bekerjasama andai dia didaftarkan untuk Liga Super apabila sesi pendaftaran pemain dibuka.


“Bagi saya Nwakaeme bagus dan saya serasi dengannya. Bagaimanapun, keputusan terletak di tangan jurulatih dan saya tetap menghormati apa jua yang diputuskan pengurusan,” katanya.

Menurut Mohd Badhri, Kelantan memerlukan penyerang yang mampu melakukan penyudah selain boleh memecah benteng lawan andai mahu bangkit menguasai pusingan kedua Liga Super.


“Sudah pasti kita mahu mempertahankan kejuaraan Liga Super dan ia bukan satu tugas mudah apatah lagi kita ketinggalan jauh dengan pendahulu pada pusingan pertama. “Kita perlu pemain bagus untuk membantu pasukan bangkit pada pusingan kedua.” Hingga kini, ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak belum memutuskan siapa yang bakal mengisi dua slot pemain import selepas mempamer aksi cemerlang.

Apakah nasib Mandjou sekiranya Nwakaeme terpilih dan bagaimana pula dengan Petratos yang dilihat terus kempunan untuk beraksi di Liga Super.

Thursday, April 4, 2013

Penjawat Awam Di Kuala Lumpur Nak Gak Insentif


Penjawat awam dapat RM500
Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my






IPOH 3 April - Kerajaan Negeri Perak mengumumkan pemberian insentif khas sebanyak RM500 seorang kepada semua kakitangan awam yang berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Pejabat Tanah dan Galian serta majlis perbandaran dan daerah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengumumkan berita baik itu selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri yang terakhir bagi penggal ini di sini hari ini.

Beliau berkata, pemberian insentif itu melibatkan peruntukan sebanyak RM7.5 juta dan akan dimasukkan dalam gaji bulan ini.

"Kutipan hasil kerajaan negeri meningkat kepada RM905 juta pada tahun lalu berbanding jangkaan kutipan sebanyak RM865 juta.

"Ini merupakan satu pencapaian yang baik dan membolehkan kerajaan negeri memberikan insentif khas sebanyak RM500 kepada semua kakitangan awam negeri ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Berita baik itu hadir dua hari selepas kerajaan negeri mengisytiharkan insentif khas sebanyak RM500 kepada semua kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan peruntukan berjumlah RM1.4 juta.

Menurut Zambry, sudah menjadi dasar kerajaan negeri menggunakan sebahagian lebihan hasil yang dikutip untuk memberikan insentif kepada semua penjawat awam di negeri ini.

"Saya harap insentif khas ini akan memberikan galakan kepada semua kakitangan awam negeri untuk terus berkhidmat dengan cemerlang pada masa akan datang," katanya.

Beliau berkata, sebahagian lebihan hasil yang dikutip itu akan disalurkan untuk projek pembangunan negeri seperti membaiki lampu jalan dan jalan raya yang rosak.

Zambry berkata, hasil usaha gigih kerajaan negeri sejak empat tahun lalu pertumbuhan sosioekonomi negeri mencapai tahap membanggakan dan menyediakan lebih 55,000 peluang pekerjaan kepada rakyat.

Tambahnya, pertumbuhan sihat itu membolehkan kerajaan negeri mengutip hasil yang lebih tinggi dan rakyat juga dapat merasai manfaatnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Utara/20130404/wu_01/Penjawat-awam-dapat-RM500#ixzz2PTjiGyux
© Utusan Melayu (M) Bhd
IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)