Pages

Saturday, June 30, 2012

Apa Yg Best, Balik Kelantan Time Nak Ngundi...???

 # Suasana Kat Kelate bila sibuk nak ngundi....










* ada jek ura-ura nak ngundi, jalan penuh doh pase dero...mace2 color ada....meme meriah..................









* kat kg, time2 nk ngundi memang meriah...melawat ke pos-pos parti utk cari make free...............







dB : Tahung ni Nok keNo paKoh mana.....???

Friday, June 29, 2012

Dia Minta Beli Tudung La pulak....!!!







Amaran KeraS :
*  Jangan tiru fesyen berpakaian mcm ini...tak elok & menjolok bijik mata.....

AFC U-22 Championship 2013



Rozaimi curi tumpuan
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


SENTUHAN Rozaimi Abd Rahman terus berbisa apabila menjaringkan dua gol untuk membantu skuad Bawah 22 Tahun negara (B-22) menumpaskan Taiwan 4-2 sekali gus merekod kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Kumpulan G Kejohanan Kelayakan Piala Asia 2013 B-22 di Yangon, Myanmar semalam.


Selepas meledak empat gol ketika Malaysia membelasah Filipina 7-0 pada aksi kedua Isnin lalu, Rozaimi, pemain tengah berasal dari Sabah itu membolosi gawang Taiwan pada minit ketujuh dan 40.


Dua lagi gol skuad negara dihasilkan menerusi jaringan sendiri pemain Taiwan, Chen Yen-Jui pada minit ke-32 dan D Saarvindran (m-78) namun jurulatih negara, Ong Kim Swee nyata kurang berpuas hati dengan kelekaan anak buahnya sehingga dibolosi Lin Chang-Lun (m-50) dan Wen Chih-Hao pada masa kecederaan.

“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana tiga mata yang diraih amat mustahak untuk kita meneruskan saingan dalam pusingan kelayakan ini. Kita berjaya mendahului 3-0 pada babak pertama namun pemain leka dan akhirnya dihukum menerusi serangan pantas Taiwan.


“Pada separuh masa kedua, kita boleh menambah jaringan namun tiga percubaan terkena palang. Saya harap semua pemain memperbaiki kelemahan kerana selepas ini kita akan berdepan perlawanan lebih sukar menentang Vietnam,” katanya yang dihubungi Arena Metro di Yangon semalam.


Mengulas prestasi Rozaimi yang mencuri tumpuan menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol setakat ini, Kim Swee berkata, pemain itu tidak boleh cepat berpuas hati kerana kemampuannya akan lebih teruji selepas ini.

“Rozaimi memiliki penyudah baik namun saya juga harus memuji pemain lain yang turut berusaha keras memastikan kemenangan hari ini (semalam). Memang Rozaimi semakin yakin dalam permainan namun dia perlu bersedia kerana baki perlawanan dengan Vietnam dan Myanmar selepas ini lebih sukar,” katanya.


Malaysia kini berada pada landasan terbaik untuk mencuri salah satu slot daripada dua tiket Kumpulan G ke final Piala Asia tahun depan selepas mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Filipina dan Taiwan biarpun tewas di tangan Korea Selatan pada perlawanan pertama.

Skuad negara tidak mempunyai rehat yang panjang apabila hanya berehat sehari sebelum menentang Vietnam esok dan Myanmar 3 Julai ini.

Thursday, June 28, 2012

Guna Duit Nuffnang Malaysia....


Hehehe....selepas cek dr Nuffnang selamat diClearkan dalam akaun, maka, ni la hasilnye.....

 





*  Makan2 dekat Johnny's, JUSCO AEON Bukit Raja...
*  Tgk Si Dania Kakak wat Muko teruja tu.....sakit betoll...






* Ambik yg Set jek senang...pastu tambah yg mana tak cukup......

 





 * Tengok kakak wat muka lagak ngeri tu.....heheh








* Pening pulak tengok gambar, kejap kiri, kejap kanan.....adusss....jem dashboard baru blogspot nih...kalau tk wat mcm ni, pic jadi lari lak setting dia...







Ok, Sekian Dulu.....Selamat Beramal.....!!!

Thursday, June 21, 2012

Kelantan (TRW) vS Queens Park Rangers : 20 Julai 2012


 Baru Betoll....Club Lawan Club.....buat apa nk lawe skuad kebangsaan nye....Bukan dapat naik ranking dunia pun utk Harimau Malaya....


 - Mari semua , kita pakat g SokonG.......goMo KelaTe GomO.....!!! ( Copy GamBar dr mr Google...)

Komeng2 daRi TSAM




Wednesday, June 20, 2012

Buah Tanggan Dari Nuffnang Malaysia : TQ...TQ...

 Setelah sekian lama...akhirnye..hehhee.......!!!








- ok la...dr xde tu kan.....walaupun ciput jek iklan nye....

 

- Sampai Email dr HSBC bank dulu...kata cek OTW.... 


 




- Akhirnye.......dapat gak cek dr Nuffnang.....boleh la wat belanje makan kami anokberanok.....







p/s: Cek Dh clear ni....apa mcm? nok make Gapo kita male niH???

Apa Komen Anda : Nak Makan Pucuk Muda konon...!!!


Atuk kecewa cinta hampa
Oleh Sitie Nurhajatulziemah Mohd Nor
am@hmetro.com.my




REMBAU: “Selepas 29 tahun menduda, saya terbuka hati untuk bernikah dengan gadis berusia 16 tahun, malah gembira apabila dia bersetuju mengahwini saya menerusi kiriman SMS menyebabkan saya sanggup menunggunya habis belajar untuk meminang. Namun kini, impian itu berkecai kerana dia sudah ada kekasih lain dan mahu memutuskan hubungan.”

Begitu luahan seorang lelaki warga emas, Mohd Adnan Hamid, 60, yang mendakwa bukan saja perasaannya dipermainkan dan ribuan ringgit wang dibelanjakannya lesap, malah lebih keji kekasihnya itu tergamak menghina dan memaki hamunnya apabila dia meminta penjelasan mengenai teman lelaki baru remaja itu.

Menurutnya, dia berkenalan dengan gadis yang mesra dipanggil Ida itu, Februari lalu di sebuah kedai makan dan pada awalnya hubungan mereka tidak lebih daripada hubungan seorang datuk dan cucu.

“Dia bekerja sebagai pembantu kedai makan pada hari cuti dan sebaik mengenalinya timbul rasa kasihan dan simpati sehingga saya menawarkan diri menjadi wakil penjaga pelajar selepas dia bertukar sekolah.


“Sejak itu, kami sering berhubung melalui telefon bimbit dan bertemu. Saya minta Ida supaya berhenti kerja dan fokus terhadap pelajaran serta berjanji membantunya jika kesempitan wang,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Monday, June 18, 2012

Akhirnya : Berjaya Gak Rembat Kenderaan Yang Berkuasa Kuda Besar...!!!

 - Fush......2.7c.c tu...Koyak poket  nk bayar insurans & Road-Tax tiap tahun nanti....
- Yang penting cop nih......tiada lagi loan dengan Bank....so geran ada kat tangan doh...!!!

p/s: xde turbo lak yang ni...kena cari yang ada turbo lak...baru sedap sikit....

Liga Super Malaysia DiSerang Virus Rasuah 2012 ???

- Bila Singapura masuk liga malaysia, ni la kesan2 dia.....sampai 9-0....setiap player sumbat sutir gol......
- TRW selesa di Puncakkk.....tanpa pencabar...

Thursday, June 14, 2012

Tahniah Rahmat Che Hassim - Nike TheChance

- Rahmat Che Hassim yang berasal dari Kelantan akan berlatih di bawah bimbingan Pep Guardiola di Barcelona bersama 100 lagi pemain dari 55 negara yang terpilih dalam program Nike TheChance.

Empat pemain yang akan mewakili Asia Tenggara bagi Global Finals Nike ‘The Chance’ termasuk dari Malaysia telah diumumkan di Jakarta semalam.

Mereka yang layak dalah Rahmat Che Hassim (Malaysia), Muhammad Faris Ramli (Singapura), Evan Dimas (Indonesia) dan Napapon Sripratheep (Thailand).

Mereka kini akan diberi peluang untuk berlatih di bawah bimbingan Pep Guardiola di akademi La Masia Barcelona bersama 100 pemain terbaik dari 55 negara yang akan menjalani latihan sementara diuji oleh pasukan dan jurulatih terbaik dunia.

Rahmat Che Hassim yang sangat gembira memberitahu bahawa dia sangat teruja untuk bertemu dengan bintang Barcelona, Lionel Messi.

“Semestinya saya ingin bertemu dengan Lionel Messi.”

“Apabila saya bertemunya, saya akan berkata Hi I am Rahmat from Kelantan!

Nike juga memberitahu bahawa mereka akan memilih 16 pemain terbaik daripada pusingan akhir global untuk latihan jelajah di mana mereka akan bertemu dengan pasukan akademi dari Manchester United, Juventus dan pasukan remaja Amerika Syarikat.

Pada sesi pemilihan di Jakarta semalam, para pemain telah menujukkan bakat mereka di hadapan Ong Kim Swee, V.Sundramoorthy (jurulatih LionsXII), Widodo Chayono Putro (jurulatih Indonesia B21) dan Nophodol Pibulvech (pengarah bola sepak Chonburi FA).

“Berdasarkan perlawanan hari ini (Selasa) kesemua pemenang sangat menyerlah. Dan mereka melakukan segalanya untuk meyakinkan para jurulatih dan mereka layak ke Barcelona,” kata Sundramoorthy.
Rahmat Che Hassim yang tidak percayakan nasib baiknya berkata: “Saya tidak percaya kerana ini adalah peluang kedua saya dan saya dipanggil selepas salah seorang dari lima pemenang ini telah dipanggil untuk bersama pasukan kebangsaan.

“Saya juga antara pemain yang tertua di sini dan ini peluang terakhir saya. Saya akan beri yang terbaik di Barcelona.

Kredit : Espnstar.My

Wednesday, June 6, 2012

Tan Sri Annuar Musa Saman FAM!!!



Tan Sri Annuar Musa

Satu saman Pemula telah berjaya didaftarkan DIMAHKAMAH TINGGI MALAYA SHAH ALAM(BAHAGIAN SIVIL)PAGI
TADI terhadap FAM DAN DATO AZZUDIN BIN AHMAD..dan saya selaku plaintif melalui sepasukan peguam telah
mengemukan DAN mendeposit AFIDAVIT SOKONGAN yg mengandungi segala fakta,butiran kes untuk ditimbang
dan diputuskan oleh mahkamah yg mulia..SELARAS DGN ITU TIADA APA HARUS SAYA BICARA DI LUAR MAHKAMAH
YG BOLEH MENYEBABKAN SUBJUDICE MELAINKAN SAYA MENYERAHKAN KPD MAHKAMAH DAN PROSES UNDANG UNDANG
UTK MEMBUAT KETENTUAN BAGI SEMUA PERKARA YG TELAH SAYA KEMUKAKAN DLM AFIDAVIT TERSEBUT..SEMOGA PROSES
UNDANG UNDANG MEMBERI KESAKSAMAAN SETELAH SEMUA ITU DINAFIKAN TERHADAP SAYA.ianya juga penting utk menjadi
panduan dan teladan utk masa akan datang..t kaseh

IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)