Pages

Showing posts with label Berita Sukan. Show all posts
Showing posts with label Berita Sukan. Show all posts

Friday, June 29, 2012

AFC U-22 Championship 2013



Rozaimi curi tumpuan
Oleh Aziman Rosdi
aziman@hmetro.com.my


SENTUHAN Rozaimi Abd Rahman terus berbisa apabila menjaringkan dua gol untuk membantu skuad Bawah 22 Tahun negara (B-22) menumpaskan Taiwan 4-2 sekali gus merekod kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Kumpulan G Kejohanan Kelayakan Piala Asia 2013 B-22 di Yangon, Myanmar semalam.


Selepas meledak empat gol ketika Malaysia membelasah Filipina 7-0 pada aksi kedua Isnin lalu, Rozaimi, pemain tengah berasal dari Sabah itu membolosi gawang Taiwan pada minit ketujuh dan 40.


Dua lagi gol skuad negara dihasilkan menerusi jaringan sendiri pemain Taiwan, Chen Yen-Jui pada minit ke-32 dan D Saarvindran (m-78) namun jurulatih negara, Ong Kim Swee nyata kurang berpuas hati dengan kelekaan anak buahnya sehingga dibolosi Lin Chang-Lun (m-50) dan Wen Chih-Hao pada masa kecederaan.

“Saya gembira dengan kemenangan ini kerana tiga mata yang diraih amat mustahak untuk kita meneruskan saingan dalam pusingan kelayakan ini. Kita berjaya mendahului 3-0 pada babak pertama namun pemain leka dan akhirnya dihukum menerusi serangan pantas Taiwan.


“Pada separuh masa kedua, kita boleh menambah jaringan namun tiga percubaan terkena palang. Saya harap semua pemain memperbaiki kelemahan kerana selepas ini kita akan berdepan perlawanan lebih sukar menentang Vietnam,” katanya yang dihubungi Arena Metro di Yangon semalam.


Mengulas prestasi Rozaimi yang mencuri tumpuan menjadi penjaring terbanyak kejohanan dengan enam gol setakat ini, Kim Swee berkata, pemain itu tidak boleh cepat berpuas hati kerana kemampuannya akan lebih teruji selepas ini.

“Rozaimi memiliki penyudah baik namun saya juga harus memuji pemain lain yang turut berusaha keras memastikan kemenangan hari ini (semalam). Memang Rozaimi semakin yakin dalam permainan namun dia perlu bersedia kerana baki perlawanan dengan Vietnam dan Myanmar selepas ini lebih sukar,” katanya.


Malaysia kini berada pada landasan terbaik untuk mencuri salah satu slot daripada dua tiket Kumpulan G ke final Piala Asia tahun depan selepas mengumpul enam mata hasil kemenangan ke atas Filipina dan Taiwan biarpun tewas di tangan Korea Selatan pada perlawanan pertama.

Skuad negara tidak mempunyai rehat yang panjang apabila hanya berehat sehari sebelum menentang Vietnam esok dan Myanmar 3 Julai ini.

Tuesday, April 10, 2012

FAM hanya Denda KAFA Sahaja???

Dua beradik dicekup
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail
rabiatul@hmetro.com.my

GANAS...aksi suspek membelasah anggota polis.

PAPAH...anggota polis dicederakan dibantu rakan.

KUCHING: Dua beradik yang menjadi buruan polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang anggota polis dibelasah ketika perlawanan Liga Super antara Sarawak menentang Kelantan di Stadium Negeri, Sabtu lalu, ditangkap di rumah mereka di Jalan Bayor Bukit, Tabuan Jaya, kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Pauzi Bujang berkata, suspek berusia 28 dan 30 tahun itu ditahan di rumah mereka pada jam 5 petang, selepas usaha mengesan mereka sebaik tamat perlawanan tidak berhasil.


Katanya, suspek dipercayai mabuk ketika kejadian dan bertindak ganas dengan memukul Lans Koperal Amzari Othman, 33, dari Balai Polis Sungai Maong, selepas diminta polis bersurai dari stadium.

“Suspek ditahan reman sehingga siasatan selesai dan baju yang dipakai ketika kejadian turut disimpan untuk dijadikan bahan bukti.


“Saya meminta penyokong Sarawak atau pelawat datang ke stadium menyaksikan perlawanan supaya tidak terlalu emosi sehingga boleh mencetuskan keadaan tidak diingini,” katanya pada sidang media di Balai Polis Kota Sentosa, di sini, semalam.


Beliau berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 353, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan terhadap penjawat awam yang bertugas.

Menurutnya, jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.


Dalam kejadian Sabtu lalu, dua anggota Polis Anti Rusuhan (Poru) yang cuba meleraikan kekecohan antara penyokong Sarawak dan Kelantan itu diserang dua penyokong yang bertindak ganas dengan menumbuk seorang daripada anggota polis terbabit sehingga pengsan.

Kekecohan bermula apabila sekumpulan penyokong kedua-dua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu, saling mencemuh sebelum pergaduhan tercetus.


Mangsa dikejarkan dengan ambulans Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut, sebelum dibenarkan pulang.

dB : Undang-undang dalam FAM hanya digunakan untuk menghukum TRW / KAFA sahaja..kalau pasukan lain dilepaskan begitu sahaja. Dah banyak pasukan main mercun dlm stadium now, mana ada denda??? Mana Presiden & Setiausaha Agong FAM???

Kita Tengok Apa Tindakan FAM....

Penyokong Sarawak serang Polis FRU


SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota FRU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan namun berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong itu bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan.

Salah seorang penyerang dengan gaya rambut Mohawk bagaimanapun turut sama campur tangan dengan cuba menghalang seorang anggota FRU lain dalam memberi bantuan kepada rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Kekecohan mula berlaku apabila sekumpulan penyokong kedua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu saling mencemuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan mula tercetus.

Kira-kira 30 anggota dikejarkan ke kawasan tempat duduk penonton dalam cubaan meleraikan pergaduhan yang mungkin akan berakhir lebih teruk.

Bagaimanapun dua orang penyerang itu berjaya melepaskan diri dan dipercayai berjaya ditangkap kira-kira 15 minit kemudian pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, kelekaan benteng pada lewat permainan menyebabkan kemenangan yang berada hampir dalam genggaman terlepas apabila Sarawak terpaksa berkongsi mata selepas seri 1-1 menentang Kelantan, malam tadi.
Beraksi di depan 20,000 penyokong, skuad Bujang Senang sudah mendahului seawal minit ke-12 apabila sepakan percuma ketua pasukan, Guy Bwele melencong masuk menerjah pintu gol pelawat yang dikawal Mohd Shahrizan Ismail.

Bagaimanapun, Kelantan yang beraksi longlai separuh masa pertama bangkit menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan tetapi usaha mereka gagal sehinggalah pada minit ke-85 apabila Norfarhan Mohamad melepaskan rembatan padu untuk gol penyamaan.

Tuan rumah sepatutnya meraikan kemenangan pada minit ke-90, tetapi pemain import baru mereka yang pernah beraksi bersama kelab German, VfL Bochum dan Liga Greek, Panathinaikos, Joel Epalle gagal menampan bola ke dalam gawang.

Kedudukan itu bagaimanapun menyaksikan Kelantan kekal di tempat kedua, manakala Bujang Senang kekal di pertengahan liga.

Sumber : BeritaHarian Online

Wednesday, March 28, 2012

Tahniah Wan ZarulNizam Dan Wan Zack ke Jepun


FC Ryukyu minat Zaharul, Wan Zack

DUA pemain Harimau Muda A berjaya menarik perhatian kelab Jepun, FC Ryukyu, Wan Zaharulnizam Zakaria dan Wan Zack Haikal Wan Noor dengan kedua-duanya mungkin beraksi untuk kelab berpangkalan di Okinawa itu pada Julai ini.

Jurulatih Ong Kim Swee berkata, perbincangan mengenai perkara itu dengan kelab Ryukyu masih dijalankan namun beliau mencadangkan agar kedua-dua pemain itu terus bersama hingga selesai tugasan penting dengan skuad Bawah 22 Tahun negara bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 Tahun bermula Jun ini.
“Masih belum ada keputusan dibuat kerana kami masih berbincang setakat ini. Pada mulanya mereka mahu memanggil kedua-dua pemain itu pada Mac ini namun saya mencadangkan Julai sebagai waktu yang lebih baik, iaitu selepas selesai pusingan kelayakan AFC.
“Saya tidak ada masalah melepaskan Wan Zaharulnizam dan Wan Zack tapi saya mahu kedua-dua pemain bersama skuad untuk pusingan kelayakan itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran Nike The Chance Malaysia semalam.


Sebelum ini, wakil ejen pencari bakat Japan Dream FA, Masao Kiba sudah mengadakan pertemuan dengan Kim Swee selepas perlawanan kelayakan Olimpik di Kuala Lumpur pada 22 Februari lalu. kerana berminat menawarkan tempat kepada Wan Zaharulnizam bagi menghadiri ujian percubaan dengan kelab Divisyen Tiga itu.


Selepas mengadakan perbincangan awal, Kim Swee mencadangkan kepada kelab itu supaya membawa bersama Wan Zack Haikal mengikuti ujian percubaan itu.


Bakat pemain sayap Wan Zaharulnizam atau lebih dikenali sebagai ‘Kecik’ dikesan Masao Kiba, bekas kapten Gomba Osaka ketika beraksi bersama skuad Olimpik negara menentang Jepun pada aksi kelayakan di Tosu, Jepun September lalu.


Sementara itu, Kim Swee yang dilantik sebagai salah seorang pengadil bagi program The Chance Malaysia berkata, program pencarian bakat pemain bola sepak berusia 16 hingga 24 tahun oleh Nike itu menyediakan pentas terbaik buat pemain yang gagal mendapat tempat dalam mana-mana pasukan.

“Program ini bukan hanya mencari seorang penyerang tapi juga pemain di semua posisi. Ada pemain berbakat yang mungkin terlepas pandang dan dengan program sebegini kita boleh menyenaraikan mereka ke dalam Sekolah Sukan,” katanya.


The Chance Malaysia bermula 13 hingga 19 April ini di tiga lokasi membabitkan Kedah, Johor dan Selangor bagi mencari lima pemain terbaik di peringkat kebangsaan untuk bersaing di peringkat serantau di Jakarta. Selepas itu, empat pemain terbaik serantau beraksi di peringkat akhir dunia di Barcelona, Sepanyol yang akan memberi peluang kepada mereka menjalani latihan intensif yang turut dikendalikan jurulatih, Pep Guardiola. Bagi mereka yang berminat, layari laman web, www.nikefootball.com.my.

Thursday, March 15, 2012

Ferrari F430 - Kereta Terbaru Datuk Lee Chong Wei

Fushhh......Ferrari F430 Milik Datuk Lee Chong Wei...

- Ferrari F430 yang dikuasakan oleh enjin V8 4.3L dan mempunyai 480HP

- Kereta yang bernilai RM1.6Juta
- No Plate BLG 1 telah dibida sebanyak RM69,100
- Nissan GTR R35 yang penah menjadi milik Datuk Lee Chong Wei...
- R35

Monday, March 5, 2012

AFC Cup : 2012

- Stadium Kelate Gagal, Terengganu Lulus.....!!!

Friday, March 2, 2012

Kelantan FA vs Negeri Sembilan - 4 Mac 2012

*Ini peluang utk Bojan Hodak buktikan tektik kejuletihan dia berkesan utk TRW...
game pertama utk Bojan Hodak....!!!!



- Siaran langsung dr astro Arena

sumber : www.Ammboi.com

Tuesday, February 28, 2012

Bojan Hodak ganti Buttler ???

Hodak sudah mula turun padang
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
sukan@hmetro.com.my


JURULATIH dari Crotia, Bojan Hodak memulakan tugasnya, semalam, apabila ‘turun padang’ melatih pemain The Red Warriors, di Padang Mardi, Pasir Tumbuh, Kota Bharu.

Tinjauan mendapati Hodak serius mengawasi dan memberi tunjuk ajar kepada pemain sambil dibantu penolong jurulatih, Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin.


Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan diperoleh daripada jurulatih berusia 40 tahun itu kerana pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memaklumkan Hodak belum boleh ditemubual.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Hodak diberi tanggungjawab melatih skuad Kijang apabila Peter James Butler menghilangkan diri selepas direhatkan pengurusan Kafa.


Sumber dipetik sebagai berkata, Hodak dilantik sebagai pengendali terbaru pasukan Kelantan untuk meneruskan perjuangan The Red Warriors.


Sementara itu, Butler pulang ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur malam tadi bagi mengadakan rundingan dengan pengurusan Kafa hari ini.

“Saya akan menghadiri satu perjumpaan dengan pengurusan Kafa bagi membincangkan pelbagai perkara yang berbangkit,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Ketika ditanya mengenai status jawatannya dalam pasukan Kelantan, Butler enggan mengulas.

“Saya akan berjumpa pengurusan dan dalam tempoh sehari dua saya tidak akan beri apa-apa komen,” katanya.

Tuesday, February 14, 2012

Apek Tak Dapat Lagi BerSosial Kat Club Malam....!!!

Tiga lelaki jaga Apek



KOTA BHARU: Ancaman diterima Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek mendorong pengurusan Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd (KFR), serta-merta mengupah tiga lelaki untuk mengawasi keselamatan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu.

Pengurus KFR, Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff berkata, tiga lelaki itu bukan pengawal peribadi tetapi diberi tugas khas mengawasi Khairul Fahmi dalam semua program yang disertainya termasuk ketika perlawanan bola sepak.


“Tiga lelaki itu bukan pengawal peribadi, tetapi bertanggung jawab menjaga keselamatan Apek dan mengawasinya dari jauh. Kami tidak mendedahkan identiti mereka yang mengawasi Apek dan mereka juga akan memerhati sesiapa saja yang mendekati Apek dengan menyamar seperti orang ramai,” katanya.

Sementara itu, bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 60, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian simbah cat yang berlaku di pejabat anaknya.


“Saya tidak boleh cakap apa-apa sekarang kerana saya tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan,” katanya.

dB : Bagus ayah apek....2 dalam 1 ni......disamping jaga keselamatan, dapat gak jaga tingkah-laku si Apek nih.

Monday, January 16, 2012

Apek Bakal Jutawan


Rezeki Apek tak putus
Oleh Asmizan Mohd Samiran dan Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my



KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, dilihat bakal bergelar jutawan kerana rezekinya tidak putus-putus sejak membantu negara memenangi Piala AFF Suzuki 2010.

Terbaru, Kelab Khairul Fahmi Che Mat (KKFCM) dan syarikat Khairul Fahmi Resources (M) Sdn Bhd (KFR) miliknya dilancarkan secara rasmi di sini, semalam,
Sebelum ini, Khairul Fahmi yang mesra dengan panggilan Apek memiliki sebuah banglo dihadiahkan kerajaan Kelantan bernilai RM200,000, menjadi duta beberapa syarikat dan kerap menghiasi muka depan beberapa majalah.


“Alhamdulillah, saya sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki diterima dan berharap perancangan syarikat serta kelab ini berjalan lancar,” katanya.


Apek berkata, menerusi KKFCM dan KFR yang menjalin kerjasama dengan Rakyat Travel (anak syarikat Bank Rakyat), beberapa pakej ditawarkan sebagai syarat keahlian dengan pakej paling tinggi membabitkan bayaran yuran RM750 (pakej Family Combo) dan paling rendah RM10 (pakej rakyat).

Menerusi pakej itu, ahli kelab boleh menikmati pelbagai keistimewaan, termasuk perlindungan insurans bernilai RM40,000 setahun tajaan KFR, potongan menginap di Khairul Fahmi Villa Inn Kota Bharu, potongan pakej pelancongan dan pakej umrah selain menyertai aktiviti bersama Khairul Fahmi pada masa depan.

Wednesday, December 28, 2011

Apek kat Muka Depan Majalah Glam la pulok

Thursday, November 10, 2011

SENARAI RASMI PEMAIN THE RED WARRIORS 2012 - Copy dr WawanFaiz.com

# Copy Paste dr Web WawaNfaiz.com



Presiden : Tan Sri Annuar Musa
Pengurus : Azman Ibrahim
Jurulatih : Peter James Butler
Pen. Jurulatih : Zahasmi Ismail

Pemain-pemain mengikut nombor jersi :

SENARAI RASMI PEMAIN THE RED WARRIORS 2012 |

Presiden : Tan Sri Annuar Musa
Pengurus : Azman Ibrahim
Jurulatih : Peter James Butler
Pen. Jurulatih : Zahasmi Ismail

Pemain-pemain mengikut nombor jersi :

1) Shahrizan Ismail
2) Azizi Mat Rose *BARU (SAH)
3) S.Subramaniam
4) Emmenual Okine *BARU | Import (SAH)
5) Nik Shahrul Azim *Daftar Piala Presiden
6) Farisham Ismail
7) Ramzul Zahini Adenan
8) Shakir Shaari

9) Norshahrul Idlan Talaha
10) Norfarhan Muhammad *BARU (SAH)
11) Aziz Ismail
12) Nurul Azwan Roya
13) Indra Putra Mahyudin *BARU (SAH)
14) Mohd Zamri Ramli
15) Daudsu Jamludin
16) Badri Radzi
17) Rizal FahmiRosid
18) Denny Antwi *BARU | Import (SAH)
19) Khairul Fahmi Che Mat
20) Syazwan Yusoff * Daftar Piala Presiden
21) *Import dari Eropah (Dua Calon)
22) Muhammed Ghaddar Mahmoud *BARU | Import (SAH)
23) S.Chanturu
24) Zairul Fitree Ishak
25) Azlan Ismail *BARU (SAH)
26) Izuan Salahudin *Daftar Piala Presiden
27) Khairul Izuan Rosli
28) Aris Zaidi * Daftar Piala Presiden



Wednesday, September 21, 2011

EPL Table - September 2011

- Kekekekekeke......

Malaysia vS Japan - 2012 Olympic Qualifier Asian Zone

- Gomo Malaysia Gomo...
- Ada Live kt Tv2(RTM) & Astro Arena 801

Jurulatih Selangor K. Devan Letak Jawatan

Jurulatih Selangor K. Devan Letak Jawatan

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- K. Devan meletak jawatan sebagai jurulatih bola sepak Selangor berkuat kuasa semalam, berikutan aksi hambar Gergasi Merah Kuning itu sepanjang kempen tahun ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Datuk Hamidin Amin yang dihubungi Selasa mengesahkan peletakan jawatan Devan itu.

Pemohonan Devan untuk meletak jawatan sebagai jurulatih itu diterima sebulat suara anggota jawatankuasa FAS yang mengadakan mesyuarat khas semalam, katanya.

Beliau berkata teraju utama pasukan itu kini diambil alih penolong jurulatih P. Maniam.

Selangor gagal memenangi sebarang piala sepanjang tahun ini, selain berdepan kemungkinan tersingkir awal dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

Selepas empat perlawanan peringkat kumpulan, skuad itu hanya mengumpul empat mata dan berada di tangga ketiga Kumpulan D selepas Kuala Lumpur dan T-Team.

Terbaru, Selangor tewas 1-2 pada T-Team dalam Kumpulan D Piala Malaysia Ahad lepas.

Devan menjadi jurulatih bola sepak Selangor dari Oktober 2008. Selangor di bawah kendalian Devan pernah merangkul Piala Liga Super pada 2010, Piala FA 2009 dan Piala Sultan Ahmad Shah pada 2009.



-- BERNAMA

Thursday, June 23, 2011

Mentang2 Game Malaysia vS Lubnam Mlm ni....!!!

Mentang2 la game malaysia vs lebanon mlm ni...abis website FAM ko org terjah ek....biasa nye sunyi jek web site FAM nih....tgk ari ni apo jadi?

"Bandwidth Limit Exceeded

The server is temporarily unable to service your request due to the site owner reaching his/her bandwidth limit. Please try again later. "

sampai jemm la trafik...ramai sgt dok terjah masuk..cari info ko apo? selalu sunyi sepi jek website FAM ni...






Malaysia waspada

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


MAHALI tidak dapat beraksi malam ini kerana menjalani penggantungan perlawanan selepas menerima dua kad kuning.

MALAYSIA turun tanpa tonggak pertahanan, Mahali Jasuli pada aksi kedua pusingan Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Justeru, sesuatu perlu direncanakan oleh jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee selepas kehilangan khidmat ‘kereta kebal’ itu yang sebelum ini memperlihatkan ketahanan menyekat asakan lawan.

Mahali tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini selepas menerima dua kad kuning.

Kad kuning pertama tonggak pertahanan kanan berusia 22 tahun itu dikutip ketika aksi menentang Pakistan pada pusingan pertama 9 Mac lalu manakala kad kuning kedua diterimanya pada aksi pertama menentang Lebanon Ahad lalu.

Yang pasti, kehilangan Mahali itu sememangnya dirasai oleh Kim Swee memandangkan dia kini semakin terdesak dalam usaha menurunkan barisan terkuatnya terutama di bahagian pertahanan bagi mengelakkan kubu skuad negara dibolosi lawan.

“Mahali seorang pemain yang berpengalaman bukan sahaja beraksi bersama skuad Olimpik malah dia juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan.

“Kehilangan Mahali pasti akan kami (skuad Olimpik negara) rasai. Tanpa dia, kami kekurangan seorang pemain di bahagian pertahanan kanan yang sentiasa mempamerkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan,” kata Kim Swee.

Kim Swee berkata demikian ketika sidang akhbar menjelang aksi kedua pusingan Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Bagaimanapun, Kim Swee tidak mahu terlalu cepat mengalah melihat situasi terkini yang melanda skuad Olimpik negara itu apabila menjelaskan bahawa dia mempunyai beberapa pilihan pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mahali itu.

“Memang kami merasai kehilangan Mahali tetapi saya mempunyai dua pemain yang dilihat mampu menggantikan pemain itu beraksi di bahagian pertahanan kanan.

“Ketika ini, dua pemain

berada dalam fikiran saya bagi menggantikan Mahali iaitu Hafizi (Faizal Mohammad) dan Fandi (Othman) namun saya hanya akan membuat

keputusan sebelum perlawanan bermula nanti,” jelas Kim Swee.

Jika dibuat penilaian, Kim Swee dijangka memilih Hafizi bagi beraksi di bahagian pertahanan kanan memandangkan Fandi tampil dengan aksi konsisten beraksi di bahagian sayap kanan pada aksi pertama sebelum ini.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mengakui bahawa anak-anak buahnya perlu memburu gol awal bagi memastikan keadaan lebih selesa memandangkan format perlawanan menyaksikan kelebihan gol di tempat lawan akan diambil kira jika perlawanan berakhir dengan seri.

Pada aksi pertama di Beirut Ahad lalu, skuad Olimpik negara seri tanpa jaringan dengan Lebanon.

Skuad Olimpik negara mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada Mac lalu.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow, Rusia, tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pen cerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

- Harap2 boleh hepi mcm ni lagi la wehh...

Thursday, May 26, 2011

Undian suku akhir Piala Sudirman







Undian suku akhir Piala Sudirman
26/05/2011 2:48am

QINGDAO, China, 26 Mei - Senarai undian yang telah dibuat pada awal pagi tadi untuk saingan suku akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman menemukan China berhadapan India

Manakala Korea Selatan pula diundi untuk menentang Malaysia.

Sementara itu, Denmark akan bertemu Taiwan dan Jepun akan menentang Indonesia. Perlawanan suku akhir dijangka berlangsung hari ini dan Jumaat. - AFP

Wednesday, April 20, 2011

Kelate & Perlis Main Futsal Pulok...



Kelantan belasah Perlis



KUALA LUMPUR - Jaringan tunggal Azidan Sarudin menyelamatkan Selangor untuk terus kukuh menerajui carta bola sepak Liga Super 2011 setelah mereka menewaskan Sabah 1-0 di Stadium Shah Alam, semalam.

Gol dan tiga mata idaman Gergasi Merah itu terhasil daripada rembatan rendah sepakan percumanya minit ke-72 yang gagal ditangkap kemas penjaga gol pelawat, Syed Adney Syed Hussein.

Kemenangan tipis ini menjarakkan anak buah K. Devan di tangga teratas dengan mengumpul 29 mata setelah pencabar terdekat, Terengganu mengikat Perak 1-1 di Stadium Perak, Ipoh tetapi masih kekurangan empat mata.

Kegembiraan Seladang yang mendapat gol pendahuluan Safiq Jamal pada minit kelapan dilenyapkan langsung dengan jaringan penalti Abdul Hadi Yahya, minit ke-59.

Lebih parah ialah apabila kegagalan meraih tiga mata itu membolehkan Kelantan pula memintasnya di tangga ketiga setelah Wira Merah membelasah Perlis 5-1 di Stadium Utama, Kangar. Jaringan hatrik ketua pasukan, Badri Radzi pada minit ke-46, 66 dan 78 serta dua gol Norshahrul Idlan Talaha (6 dan 43) melonjakkan skuad M. Karathu dengan 24 mata sambil mengekori Terengganu.

Kemenangan 2-1 ke atas Kuala Lumpur di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pula membawa Felda United ke tempat keenam liga sambil memintas Harimau Muda A hasil dua jaringan Azrul Ahmad pada minit keenam dan 12.

Hasrat Azraai Khor Abdullah melihat kemenangan sulung Negeri Sembilan di bawah bimbingannya hasil jaringan Idris Karim pada minit ke-10, tidak kesampaian kerana diikat 1-1 oleh pemain Pahang, Famirul Asraf Sayuti pada minit ke-79.

Si Rusa terpaksa bermain dengan 10 orang dalam sebahagian besar perlawanan di Stadium Darul Makmur, Kuantan itu angkara kehilangan Hairuddin Omar pada minit ke-27 yang dikenakan kad merah.

Pertembungan T-Team dengan Johor FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu berkesudahan seri 1-1 masing-masing menerusi jaringan Mohd. Shahrul Ezrain (10) dan Shahrizal Saad (48).

gambar sumbangan Mr Google.Kom

Friday, March 25, 2011

Club Power Ke Malaysia!!!

Liverpool Dan Chelsea Pilih Malaysia


Petikan daripada malayatigerfootball.com
Pasukan ternama di Liga BPL Liverpool dan Chelsea memilih Malaysia sebagai lokasi pemanas badan bagi mereka menghadapi musim 2011/2012.Perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad yang mengatakan pihaknya telah mendapat persetujuan daripada dua kelab tersebut.
Namun tambah mengembirakan lagi,selain Liverpool dan Chelsea ada satu lagi kelab dari Liga BPL yang turut juga memilih Malaysia sebagai lokasi untuk perlawanan pra-musim.Namun begitu,identiti kelab tersebut tidak diketahui lagi dan dijangka akan diumumkan dalam masa terdekat.Ura-ura mengatakan,kelab tersebut ialah Arsenal Fc.
Perlawanan ini akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada Julai nanti,dan sudah tentulah skuad Malaysia XI akan menggalas tugas bagi menghadapi saingan kelab-kelab ternama ini.Tarikh bagi kesemua perlawanan ini akan diumumkan FAM pada masa akan datang.
Mengikut sejarah,ini baru pertama kali The Kop(Liverpool) datang ke Malaysia.Selepas Thailand dan Singapura dijadikan perlawanan pemanas pada tahun 2009 kini giliran Malaysia bagi menguji kemampuan mereka.
Pada Perlawnan persahabatan itu Thailand telah berjaya mengikat Liverpool dengan kedudukan (1-1),manakala Singapura dibelasah dengan jaringan (5-0).
Diharap barisan pemain-pemain Malaysia akan bermain sehabis mungkin dan tidak terlalu menghormati lawan yang majoriti dibarisi pemain-pemain ternama.
selingan.....agak-agak penyokong mana lagi ramai..BPL ke,,Malaysia...

rujuk : SiNi

Thursday, March 24, 2011

Jadual Siaran Langsung BolaSepak Malaysia

Khas dr Astro- Saluran astro - Astro Arena Channel 801
Jadual Lengkap sehingga April 2011 (kalu astro tak wat perubahan saat akhir la ni....)
IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)