Pages

Thursday, June 30, 2011

Gambar Bogel Artis Bollywood Kajol !!!

Kajol ‘hati kering’
Oleh Asmizan Mohd Samiran
mizan@hmetro.com.my

HAFIZ...enggan ulas lanjut

KOTA BHARU: “Saya tidak kisah semua itu,” kata penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, yang akhirnya bersuara selepas usaha menemubualnya sebelum ini menemui jalan buntu.

Kajol berkata demikian ketika diminta mengulas kontroversi terbaru membabitkan dirinya yang disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu dan digam stesen radio swasta terkenal Kelantan, Manisfm.

Bagaikan ‘berhati kering’ Kajol selamba memberitahu tidak ambil kisah sebarang berita yang disiarkan mengenai dirinya.

Bagaimanapun, kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri yang terkenal dengan lagu irama Bollywood itu enggan mengulas lanjut mengenai kontroversi membabitkan dirinya.


“Tiada komen, siarlah apa berita pun,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Harian Metro.


hahahha..bengong tol Kojolll nih...

Tuesday, June 28, 2011

Jom ...Boikot Astro....!!!


Persatuan pengguna ancam boikot Astro bantah kenaikan caj langgananKUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengancam akan menggerakkan usaha memboikot Astro ekoran langkah stesen televisyen berbayar itu untuk menaikkan caj langganan mulai Julai ini.

Sambil menyifatkan kenaikan itu sebagai membebankan pengguna, Penasihat PPIM Tengku Azwil Tengku Abdul Razak meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan menyiasat apa yang dinamakan oleh Astro itu sebagai "penyelarasan caj langganan" yang baru.


Beliau memberitahu pemberita di sini hari ini bahawa sebagai pengendali stesen televisyen berbayar eksklusif di negara ini, Astro tidak sepatutnya mengenakan caj tambahan ketika rakyat dibebani kenaikan harga barangan.

Astro pada Isnin lepas mengumumkan bahawa mereka akan melakukan pelarasan terhadap pakej yang ditawarkan berkuatkuasa 11 Julai ini dengan harga langganan diselaraskan bergantung kepada pakej pilihan pelanggan. Sesetengah pelanggan mungkin mengalami kenaikan sekitar RM1 hingga RM15 sebulan manakala yang lain pula akan menikmati penjimatan RM4 hingga RM14.95 sebulan.


Tengku Azwil berkata PPIM menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai kadar pelarasan itu serta juga mengenai perkhidmatan Astro.

Harimau Malaya Vs Taiwan Tanpa Apek???

Harimau Malaya tanpa Apek?

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Mohd. Safee Sali (tengah) bersama rakan sepasukan menjalani latihan di padang bola Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam menjelang menentang Taiwan, esok. – UTUSAN/Irwan majid

PETALING JAYA – Ketika dua tonggak utama serangan negara, Norshahrul Idlan Talaha dan Abdul Hadi Yahya kian menunjukkan perkembangan positif untuk diturunkan berdepan Taiwan, kem Harimau Malaya menerima berita yang mendukacitakan mengenai penjaga gol No.1 negara, Khairul Fahmi Che Mat.

Kecederaan bahu yang dialami pada separuh masa kedua ketika berdepan Lebanon pada kelayakan Olimpik 2012, Khamis lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, masih belum pulih sepenuhnya dan dia mungkin terlepas peluang bagi menghadapi kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan, esok.

Pada sesi latihan semalam, Khairul Fahmi, yang lebih dikenali dengan panggilan Apek, hanya menjalani latihan ringan secara sendirian dan tidak mengikuti latihan penuh bersama rakan sepasukan sambil balutan ais melingkari bahunya.

Malah, Apek sendiri mengakui dia masih belum pasti akan diturunkan atau sebaliknya, tatkala jurulatih, Datuk K. Rajagobal dan ahli fisioterapi pasukan masih menilai situasinya sebelum membuat keputusan muktamad.

‘‘Otot di bahagian bahu saya masih berasa tegang dan sakit selepas perlawanan dengan Lebanon tempoh hari.

‘‘Walaupun makin berkurangan kesakitan yang dialami tetapi saya belum dapat menjalani latihan penuh.

‘‘Jika tidak dapat beraksi nanti, secara peribadi saya akui memang sedih kerana pertemuan dengan Taiwan nanti merupakan perlawanan yang cukup penting,” katanya di Wisma FAM, semalam.

Pun begitu, dia tetap yakin dengan kemampuan rakan sepasukannya, Sharbinee Allawee atau Nasril Nourdin untuk menggalas tempatnya mengawal gawang negara.

‘‘Mereka berdua pemain lebih berpengalaman daripada saya. Saya yakin mereka mampu beraksi baik dan tiada sebarang masalah untuk diturunkan,” katanya.

Dalam pada itu, Rajagobal berkata, peluang Apek untuk diturunkan pada perlawanan esok bergantung kepada laporan kecederaan yang akan dikemukakan oleh fisioterapi.

‘‘Kita masih ada sehari lagi untuk melihat keadaan Apek sebelum saya boleh membuat keputusan terakhir.

‘‘Begitu juga beberapa pemain lain seperti Norshahrul atau Abdul Hadi, kita masih ada masa melihat mereka benar-benar pulih,” jelasnya.

Sementara itu, Sharbinee yang dijangka menjadi pilihan utama menggantikan posisi Apek, berikrar memberikan komitmen 110 peratus jika jurulatih mengambil keputusan menurunkannya menentang Taiwan.

‘‘Mental saya sentiasa bersedia untuk bermain, malahan dalam soal keserasian dengan beberapa pemain baru, bukan satu masalah besar buat saya kerana sebenarnya telah lama bersama.

‘‘Saya berazam tidak akan melakukan sebarang kesilapan dan mempertahankan gawang negara daripada dibolosi oleh Taiwan,” jelasnya.

pic from KelateFa

Monday, June 27, 2011

Tuan Guru Nik Aziz & Tan Sri Anuar Musa Bersatu?

Manjo molek tgk gambar kt bwh nih..
- berebut nk pakat buko tudung ko apo?

- berita Harian metro... (acah2 jek nih..)

Thursday, June 23, 2011

Mentang2 Game Malaysia vS Lubnam Mlm ni....!!!

Mentang2 la game malaysia vs lebanon mlm ni...abis website FAM ko org terjah ek....biasa nye sunyi jek web site FAM nih....tgk ari ni apo jadi?

"Bandwidth Limit Exceeded

The server is temporarily unable to service your request due to the site owner reaching his/her bandwidth limit. Please try again later. "

sampai jemm la trafik...ramai sgt dok terjah masuk..cari info ko apo? selalu sunyi sepi jek website FAM ni...






Malaysia waspada

Oleh HELMI TALKAH
helmi.talkah@kosmo.com.my


MAHALI tidak dapat beraksi malam ini kerana menjalani penggantungan perlawanan selepas menerima dua kad kuning.

MALAYSIA turun tanpa tonggak pertahanan, Mahali Jasuli pada aksi kedua pusingan Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Justeru, sesuatu perlu direncanakan oleh jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee selepas kehilangan khidmat ‘kereta kebal’ itu yang sebelum ini memperlihatkan ketahanan menyekat asakan lawan.

Mahali tidak dapat diturunkan dalam perlawanan malam ini selepas menerima dua kad kuning.

Kad kuning pertama tonggak pertahanan kanan berusia 22 tahun itu dikutip ketika aksi menentang Pakistan pada pusingan pertama 9 Mac lalu manakala kad kuning kedua diterimanya pada aksi pertama menentang Lebanon Ahad lalu.

Yang pasti, kehilangan Mahali itu sememangnya dirasai oleh Kim Swee memandangkan dia kini semakin terdesak dalam usaha menurunkan barisan terkuatnya terutama di bahagian pertahanan bagi mengelakkan kubu skuad negara dibolosi lawan.

“Mahali seorang pemain yang berpengalaman bukan sahaja beraksi bersama skuad Olimpik malah dia juga merupakan tonggak utama skuad kebangsaan.

“Kehilangan Mahali pasti akan kami (skuad Olimpik negara) rasai. Tanpa dia, kami kekurangan seorang pemain di bahagian pertahanan kanan yang sentiasa mempamerkan aksi konsisten dalam setiap perlawanan,” kata Kim Swee.

Kim Swee berkata demikian ketika sidang akhbar menjelang aksi kedua pusingan Kelayakan Olimpik 2012 menentang Lebanon di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam.

Bagaimanapun, Kim Swee tidak mahu terlalu cepat mengalah melihat situasi terkini yang melanda skuad Olimpik negara itu apabila menjelaskan bahawa dia mempunyai beberapa pilihan pemain yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Mahali itu.

“Memang kami merasai kehilangan Mahali tetapi saya mempunyai dua pemain yang dilihat mampu menggantikan pemain itu beraksi di bahagian pertahanan kanan.

“Ketika ini, dua pemain

berada dalam fikiran saya bagi menggantikan Mahali iaitu Hafizi (Faizal Mohammad) dan Fandi (Othman) namun saya hanya akan membuat

keputusan sebelum perlawanan bermula nanti,” jelas Kim Swee.

Jika dibuat penilaian, Kim Swee dijangka memilih Hafizi bagi beraksi di bahagian pertahanan kanan memandangkan Fandi tampil dengan aksi konsisten beraksi di bahagian sayap kanan pada aksi pertama sebelum ini.

Dalam pada itu, Kim Swee turut mengakui bahawa anak-anak buahnya perlu memburu gol awal bagi memastikan keadaan lebih selesa memandangkan format perlawanan menyaksikan kelebihan gol di tempat lawan akan diambil kira jika perlawanan berakhir dengan seri.

Pada aksi pertama di Beirut Ahad lalu, skuad Olimpik negara seri tanpa jaringan dengan Lebanon.

Skuad Olimpik negara mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 pada Mac lalu.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow, Rusia, tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya itu kerana membantah pen cerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

- Harap2 boleh hepi mcm ni lagi la wehh...

Jom Pakat-Pakat Boikot Astrooo....!!!

Harap pihak kerajaan & mana2 badan yg berkuasa utk memastikan pihak astro tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga ikut kepala mak bapak dia orang sahaja...Kalau dulu, siaran TV spt TV1,TV2,TV3 jelas siaran nya tanpa langgan Astro, tapi now? apa jadi? adakah Kerajaan berpakat dgn pihak astro untuk sama-sama kaut untung dr duit Rakyat tanpa rakyat sedar? Hmmm...Kalau Rakyat didahulukan, sila pastikan bukan astro sahaja yg monopoli siaran berbayar di Malaysia ni...banyak negara2 maju dah wat benda nih...tgk contoh telco kt malaysia sekarang...apa jadi? murah giler kn? sbb apa? sbb saingan antara pembekal2 telco now...Maxis,celcom,Digi dah boleh bersaing...TM? dulu TM-Touch? org buang ke sungai sahaja.,..(nasib baik bergabung dgn celcom sekarang...boleh bernafas la sikit)



Astro nafi monopoli beli program

Oleh Johanna A. sobrey
johanna.sobrey@kosmo.com

KUALA LUMPUR – MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (MBNS), anak syarikat Astro All Asia Networks Plc. (Astro), menafikan dakwaan bahawa mereka memonopoli pembelian program pasaran televisyen berbayar di negara ini.

Ketua Pegawai Operasi Strategi, Kandungan dan Pemasaran MBNS, Henry Tan (gambar) menegaskan, Astro bukan satu-satunya operator televisyen berbayar di negara ini kerana sektor itu turut dioperasikan oleh beberapa syarikat lain.

Antara pemegang lesen televisyen berbayar lain di negara ini ialah U Television Sdn. Bhd., Asiaspace Digital Sdn. Bhd., Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), Fine TV Network Sdn. Bhd., TM Net Sdn. Bhd., MOL Media Sdn. Bhd. dan De Multimedia Sdn. Bhd.

“Astro tidak bertindak memonopoli pemerolehan kandungan dan hak penyiaran sesuatu program televisyen.

“Malah, setiap kali ada bidaan program televisyen popular, Astro sentiasa bersaing dengan enam pembida lain dalam pasaran terbuka yang boleh disertai oleh pihak-pihak lain bagi mendapatkan kandungan daripada pembekal,” katanya dalam satu pertemuan di sini semalam.

Menurut Henry, bidaan program televisyen itu umpama acara lelongan dengan pembekal akan mengenakan syarat-syarat untuk diikuti pembida dan ia termasuk tarikh, kumpulan yang akan membida, tempoh bidaan serta sama ada pembida akan memasuki pusingan seterusnya atau tidak.

Tuesday, June 21, 2011

Lu Langsi, Lu Mati




KONGSI: Definisi baru filem Aksi Komedi tempatan

Filem KONGSI bakal menjengah pawagam pada 12 Mei 2011. Filem KONGSI nie basically pasal 3 kumpulan kongsi gelap utama yang kucar-kacir apabila datang seorang pembunuh upahan misteri yang membunuh mana-mana sasaran yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan kongsi gelap terbabit. Agak-agak siapa yang hantar mamat pembunuh nie eh? Jawapannya ada di dalam filem paling hype 2011, KONGSI: Lu Langsi, Lu Mati. ----> Tak tau pun sapa upah pembunuh upahan nih....sampai abis citer pun tak bgtau...tolol.

info : MW

Saturday, June 18, 2011

Final FA 2011 - Kelantan Vs Terengganu - Part 3

Game dh startttt..........


-Ketika pemain masuk padang....membawa Banner tulis "Integriti"..Bersama Membanteras Rasuh..WatDaFak...!!!
- Tak penah2 angkat ikrar sebelum game..kali ni ketua pasukan kena angkt ikrar...hmmmm...apa hal? Risau jual game? Kenapa Risau? Sbb ada kabar angin Jual game? kenapa ada kabar angin? mana datang kabar angin? Game belum start pun lagi..hmmmm
- Angkat sumpah...berikrar la sampai 3 jam pun....baca la ikrar sampai 3butir buku ikrar pun....kalu nak buat..buat jugakkk....org loni, sumpah junjung Al-Quran pun sanggup....hmmm..
- Kami Berikrar, Bahawa kami......(ikrar dlm hati yg betul2 ikhlas)
- La bakpo Piya,Syakir ngan izuan solehhudin tunduk sayu jah..game dok mula lagi la weh...hehehe..Roya pulak garu palo yg dok gatal...
- Kata-kata akhir & perangsang dr Piya sbg Ketua pasukan...
- "Mat Yo....mu dok ats jah..jgn dok turun2 bowoh..buat lembik sikit game nih.."
- TRW
- Nate ni tepuk tanda nk kecewakan penyokong ko apo???- Taik Cicokkkk...- Ultras ganu yg tak la se'Agresif geng2 Ultras kelate....napok tenggelam sep2 Ultras ganu nih..
- Free-kick dr Piya...yg dh tak sepower dulu dh free-kick dia..team kelate dh tak dapat jaringkan gol dr set piece (betul ko eja nih..?) doh....kena wat masuk balik Hashim mustapha doh nih...
- Konarr ganu...
- Ni aksi time sumat gol.....kedudukan 1-0
- Melompat pokcik nih ats pagar penghalang tengah2 nih...
- Gap penyokong...
- Sorakkkkk....dr kelate score sampai la ke tegganu samakan kedudukan....
- TRW...
- nok pecoh stadiummm.....
- Gomo kelate gomo..
- igt buleh pecah rekod wat kelik piala FA doh..
- Nate mano pekong mercun ke dalam stadium???
- Game stop 4-5 minit....
- Time mahal2 pun kena duduk ats tangga jek nih...tak Frust guana...
- Bila kena 1-0, ramai dh penyokong penyu keluar stadium...nampak dh kosong dh tempat duduk penyu...
- Lautan merah lagi....
- Aksi2 penyokong Notiii...
- ni pic last...


p/s: pic pas game xdop.....tak ambik terus...panas punya pasall.....jupe tahung depan pulok..loni start sokong Harimau Malaya la pulok....













Friday, June 17, 2011

Final FA 2011 - Kelantan Vs Terengganu - Part 2

Sekitar Dalam Stadium sebelum game...

- Lautan merah bersorak sebelum game...
- Gomo kelate gomo...........
- Wajah-wajah sebelum kena gomo...
- Sek2 Ultras kelate, macam biasa.....
- pakat bersorok time buleh nih
- Bakarrrrrrrrr...........
- Xtvt sebelum Game........
- Ni kelainan yg sep2 Ultras buat Time Final FA tahung nih...baling apo tah tu...
- Hasil dia...
- Gelombang merah
- aksi2 sebelum game dimulakan...

p/s: bersambung esok pulokk....





IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)