Pages

Tuesday, February 28, 2012

Bojan Hodak ganti Buttler ???

Hodak sudah mula turun padang
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
sukan@hmetro.com.my


JURULATIH dari Crotia, Bojan Hodak memulakan tugasnya, semalam, apabila ‘turun padang’ melatih pemain The Red Warriors, di Padang Mardi, Pasir Tumbuh, Kota Bharu.

Tinjauan mendapati Hodak serius mengawasi dan memberi tunjuk ajar kepada pemain sambil dibantu penolong jurulatih, Zahasmi Ismail dan Sidek Shamsuddin.


Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan diperoleh daripada jurulatih berusia 40 tahun itu kerana pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memaklumkan Hodak belum boleh ditemubual.

Semalam, Harian Metro melaporkan, Hodak diberi tanggungjawab melatih skuad Kijang apabila Peter James Butler menghilangkan diri selepas direhatkan pengurusan Kafa.


Sumber dipetik sebagai berkata, Hodak dilantik sebagai pengendali terbaru pasukan Kelantan untuk meneruskan perjuangan The Red Warriors.


Sementara itu, Butler pulang ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur malam tadi bagi mengadakan rundingan dengan pengurusan Kafa hari ini.

“Saya akan menghadiri satu perjumpaan dengan pengurusan Kafa bagi membincangkan pelbagai perkara yang berbangkit,” katanya ketika dihubungi, semalam.


Ketika ditanya mengenai status jawatannya dalam pasukan Kelantan, Butler enggan mengulas.

“Saya akan berjumpa pengurusan dan dalam tempoh sehari dua saya tidak akan beri apa-apa komen,” katanya.

Monday, February 27, 2012

Minyak masak Dan Tuala wanita

Minyak masak tuala wanita
Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

JIJIK...minyak masak mengandungi tuala wanita.

JELEBU: "Apabila diamati, saya percaya ia tuala wanita," kata pekedai, Mohd Ifzal Dzulkiffli, 31, yang terkejut apabila menemui tuala wanita di dalam peket minyak masak yang diterimanya di Kampung Titi, Kuala Klawang, di sini.

Mohd Ifzal berkata, minyak masak seberat satu kilogram (kg) itu diterima daripada pemborong dua bulan lalu, namun berikutan tidak sahih ia adalah tuala wanita dia tidak membuat laporan.

“Bagaimanapun, selepas berfikir kejadian ini mungkin terjadi kepada orang lain, saya bertindak melaporkan kepada pihak berwajib.

“Saya mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak berkenaan berikutan ini membabitkan soal kesihatan dan kebersihan,” katanya.


Menceritakan penemuan mengejutkan itu, Mohd Ifzal berkata, perkara itu terjadi apabila seorang pelanggan mahu membeli minyak masak datang ke kedainya.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Thursday, February 16, 2012

Forex Ka ni???


Perniagaan pertukaran wang asing haram


KOTA BAHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, ini kerana perniagaan dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.


“Hasil kajian jawatankuasa ini, kami dapati perniagaan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-98 di sini, semalam.


Dr Abdul Shukor berkata banyak isu meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan Internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.


“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi tidak menentu,” katanya.

Harga Jatuh Menjunam - Rumah Teres Seksyen 7,Shah Alam Turun Harga

MBSA minta Ikram buat analisis


SHAH ALAM: Kejadian rumah teres di taman perumahan Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7, berhampiran i-City di sini, yang mendap Selasa lalu, mendapat perhatian segera Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata MBSA sudah meminta Institut Kerjaraya Malaysia (Ikram) membuat kajian dan analisis berhubung kejadian tanah mendap yang merosakkan 35 hingga 40 rumah teres dua tingkat di tempat kejadian.


Sehubungan itu, katanya, lebih 1,000 penduduk yang terjejas diminta bertenang berikutan usaha penambahbaikan diusahakan. “MBSA merujuk masalah ini dengan agensi lain yang terbabit dan pihak berkaitan. Semalam (kelmarin) Ikram dan Bahagian Geoteknikal, Jabatan Kejuruteraan, MBSA, sudah melawat tempat kejadian bagi melakukan tinjauan awal.

“Penilaian dilaksanakan sebelum tindakan lanjut dibuat. Hari ini (semalam), Ikram sekali lagi turun padang bagi menjalankan kerja pengumpulan data dan mengenal pasti punca berlakunya tanah mendap itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, semalam.


Shahrin berkata, MBSA bekerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk memastikan masalah itu diselesaikan segera.


Menurutnya, pihaknya berharap melalui kajian dan hasil analisis Ikram dengan kerjasama PKNS, masalah itu dapat dikenal pasti seterusnya mencadangkan tindakan dan penambahbaikan untuk mengatasinya.

Harian Metro semalam melaporkan tidur nyenyak lebih 1,000 penduduk di taman perumahan Jalan Plumbum 101/107, Seksyen 7, berhampiran i-City, di sini, dikejutkan dengan dentuman kuat sebelum berlaku tanah mendap pada awal pagi. Kejadian tanah mendap jam 2.30 pagi itu mengakibatkan 35 hingga 40 rumah teres dua tingkat rosak dan ruang hadapan beberapa rumah penduduk mendap selain digenangi air.

Hahahha.....Lawak Pagi...!!!








Tuesday, February 14, 2012

Apek Tak Dapat Lagi BerSosial Kat Club Malam....!!!

Tiga lelaki jaga Apek



KOTA BHARU: Ancaman diterima Khairul Fahmi Che Mat, 23, atau Apek mendorong pengurusan Khairul Fahmi Resources Sdn Bhd (KFR), serta-merta mengupah tiga lelaki untuk mengawasi keselamatan penjaga gol skuad bola sepak kebangsaan itu.

Pengurus KFR, Seiyed Ahmad Mohamad Yusoff berkata, tiga lelaki itu bukan pengawal peribadi tetapi diberi tugas khas mengawasi Khairul Fahmi dalam semua program yang disertainya termasuk ketika perlawanan bola sepak.


“Tiga lelaki itu bukan pengawal peribadi, tetapi bertanggung jawab menjaga keselamatan Apek dan mengawasinya dari jauh. Kami tidak mendedahkan identiti mereka yang mengawasi Apek dan mereka juga akan memerhati sesiapa saja yang mendekati Apek dengan menyamar seperti orang ramai,” katanya.

Sementara itu, bapa Khairul Fahmi, Che Mat Husin, 60, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung kejadian simbah cat yang berlaku di pejabat anaknya.


“Saya tidak boleh cakap apa-apa sekarang kerana saya tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan,” katanya.

dB : Bagus ayah apek....2 dalam 1 ni......disamping jaga keselamatan, dapat gak jaga tingkah-laku si Apek nih.

Friday, February 3, 2012

Tabung Haji Umum Bonus 6% Utk Tahun 2011

dB : Menarik....sebab bonus 6% ni adalah pulangan bersih untuk pencarum kerana pihak tabung haji dah siap2 tolak zakat pendapatan ni..


Tabung Haji umum bonus 6 peratus



PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji Malaysia hari ini mengumumkan kadar bonus sebanyak enam peratus bagi tahun 2011 yang akan diterima pendeposit pada Rabu depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata angka itu melibatkan pembayaran bonus sebanyak RM1.67 bilion, meningkat 25 peratus berbanding RM1.33 bilion pada tahun sebelumnya.

"Walaupun Tabung Haji akan membuat pembayaran bonus pendeposit sebanyak RM1.67 bilion daripada keuntungan tahun kewangan 2011, ia dilakukan dengan berhati-hati dengan keadaan persekitaran ekonomi global semasa yang masih mencabar," katanya pada sidang akhbar, di sini.

Beliau berkata kadar bonus pendeposit Tabung Haji adalah kompetitif memandangkan pelaburan Tabung Haji terhad kepada pelaburan berlandaskan syariah sahaja.
Click Here


Bagaimanapun, katanya bonus itu yang merupakan peningkatan 0.5 peratus daripada 2010 adalah lebih baik berbanding kadar pulangan akaun deposit tetap perbankan Islam.


Katanya pendapatan Tabung Haji pada 2011 juga meningkat kepada RM2.2 bilion berbanding RM2.06 bilion pada tahun sebelumnya.

Sumber-sumber pendapatan Tabung Haji bagi 2011 adalah daripada pelaburan ekuiti yang menyumbang sebanyak 58 peratus, sekuriti hutang (15 peratus), hartanah (9 peratus), pasaran wang (7 peratus), pembiayaan (6 peratus), instrumen kewangan (4 peratus) dan lain-lain sumber ialah satu peratus.

Jamil Khir berkata dana pendeposit terkumpul Tabung Haji turut meningkat pada kadar 17 peratus tahun lepas kepada RM31.7 bilion berbanding RM27.11 bilion pada 2010.

Tabung Haji memperuntukkan zakat perniagaan sebanyak RM44 juta berbanding RM 41 juta pada tahun sebelumnya, katanya.

Jamil Khir berkata perbelanjaan operasi Tabung Haji juga terkawal walaupun terdapat peningkatan ketara akibat kenaikan kos tanggungan haji berjumlah RM105 juta bagi tahun 2011 berbanding RM65 juta pada tahun sebelumnya.

"Ini menggambarkan bahawa pelaburan Tabung Haji telah menghasilkan pulangan yang baik dan perbelanjaan operasi dapat dikawal secara berhemah," kata beliau.

Katanya sehingga kini Tabung masih memberikan subsidi kepada jemaah haji untuk mengurangkan beban kewangan yang ditanggung mereka khususnya untuk jemaah haji kali pertama. -- BERNAMA

Thursday, February 2, 2012

WordLess - TRW

Gomo kelate Gomo.....!!!

Jangan Berbuat Baik Tidak Bertempat...!!!

Jaik rayu ibu bapa tidak beri sokongan


ALOR SETAR: Tindakan ibu bapa dan waris yang masih menghantar anak mereka ke sebuah pusat tahfiz di Jalan Kuala Kedah, di sini, menjadikan sekolah itu semakin ‘kebal’ biarpun menyedari ia tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).

Pengarah Jaik, Datuk Noh Dahya berkata, pihaknya meminta semua ibu bapa atau penjaga tidak menghantar anak mereka ke sekolah itu kerana bimbang dengan masa depan pelajar dikhuatiri tidak mendapat pendidikan sempurna.


Menurutnya, ini berdasarkan siasatan Jaik mendapati kalangan pelajar dan keluarga mereka terdiri daripada satu kelompok seumpama perkampungan dan kebanyakannya bukan penduduk negeri ini.

Katanya, disebabkan itu mereka masih mampu beroperasi kerana didokongi pihak tertentu yang menyokong dari belakang.


“Pada masa sama, kami juga meminta orang ramai jangan membeli barangan dijual mereka seperti kalendar atau kismis mahupun memberi derma untuk membantu menambah dana persekolahan kerana seolah-olah menyokong perbuatan mereka itu.


“Sebelum menghantar anak ke sekolah agama, kami minta ibu bapa menyiasat dulu latar belakang sekolah itu dan menyelidik terlebih dulu sama ada berdaftar dengan agensi bertanggungjawab atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, semalam.

Noh berkata, daripada segi silibus pelajaran, pihaknya mendapati ia tidak meragukan jika dilihat secara luaran, tetapi tidak tahu apa aktiviti dilakukan pada waktu malam atau sepanjang hari di sekolah itu.


Beliau berkata, sebelum ini pihaknya sudah menolak permohonan sekolah berkenaan untuk mendaftar melalui Jaik pada 2007 selagi pihak pengurusan sekolah itu masih membenarkan pelajar terbabit melakukan aktiviti kutipan derma dan menjual barangan.

“Kami bersedia memberi kelulusan dengan syarat pihak sekolah itu mematuhi peraturan dan syarat diberikan sebelum ini.


“Setakat ini, sudah 10 kali kami mengadakan lawatan di sekolah itu untuk berbincang dengan pihak pengurusan dan kami pernah memberi teguran terhadap mereka untuk menyelesaikan masalah itu, tetapi tiada jalan penyelesaian,” katanya.

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)