GAMBAR menunjukkan periuk elektronik yang menukarkan beras menjadi roti di sebuah hotel di Tokyo semalam. |
TOKYO - Syarikat pengeluar elektronik, Sanyo semalam melancarkan produk terbarunya iaitu 'periuk' yang boleh menukarkan beras menjadi roti.
Mesin itu boleh mengisar satu cawan beras menjadi tepung kemudian diadunkan dengan air, gluten, ragi dan bahan lain untuk membakar sebuku roti selama empat jam.
Nama yang diberikan untuk 'periuk' itu ialah GOPAN iaitu campuran perkataan gohan dalam bahasa Jepun bermaksud memasak nasi dan pan yang bermakna roti dalam bahasa Sepanyol.
Periuk itu akan dijual pada harga antara AS$560 (RM1,793) hingga USD670 (RM2,146). - AFP
0 comments:
Post a Comment