.
Bulu tangkis pada Misbun
Oleh TAN MING WAI dan ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my
KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi menyifatkan bulu tangkis kini telah dihantar ke gelanggang Datuk Misbun Sidek, cuma dia mahu membalasnya atau tidak.
Menurut Kok Chi, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membiarkan pintunya terbuka untuk Misbun membuat pusingan U, jadi segala-galanya kini adalah terpulang jurulatih perseorangan negara itu.
“Sama ada dia pulang atau dia tinggalkan, situasinya semudah itu. Kalau dia tidak berganjak juga, maka biarkanlah.
“Saya rasa tiada apa yang menjadi isu di sini, lagipun seseorang tidak akan tinggal di satu tempat untuk selama-lamanya.
“Kalau dia merasakan keputusan meninggalkan BAM adalah yang terbaik demi masa badminton negara, dia patut pergi.
‘‘Keputusan itu harus dihormati,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika menghadiri Majlis Anugerah MOM-100PLUS Outdo Yourself di Wisma MOM di sini, semalam.
Kelmarin, BAM dalam mesyuarat exconya meminta Misbun menimbangkan semula keputusannya untuk meletakkan jawatan demi kepentingan negara.
Sementara Misbun pula bersedia mendengar penjelasan BAM tetapi Presiden BAM, Datuk Seri Nadzmi Salleh perlu terlebih dahulu membalas surat daripada jurulatih itu sebelum ini.
Ditanya sama ada kesanggupan BAM untuk kompromi mampu mengubah pendirian Misbun, jelas Kok Chi, isunya tetap sama iaitu sejauh mana Misbun bersedia menerimanya.
Bagaimanapun, Kok Chi yakin akan ada juga jalan penyelesaian mengenai kemelut itu akhirnya, namun terpulang kepada hasil perjumpaan Misbun dan BAM nanti.
“Biarlah perbincangan yang bakal diadakan antara Misbun dan BAM dapat dijalankan secara profesional.
“Segala pandangan Misbun harus didengar dengan terbuka dan perkara ini mampu diselesaikan dalam masa dua tiga hari sahaja, sebenarnya tidak begitu rumit,” tambah beliau.
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment