Pages

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Datang Datuk M Karathu

kredit to http://www.kelantanfc.com

Penyertaan jurulatih berpengalaman dalam dan luar negara, M. Karathu kedalam skuad Kelantan bagi saingan Liga Malaysia musim ini sememangnya satu kejutan besar buat sukan bola sepak tanahair.

Tiada siapa yang menduga beliau akan bersama Kijang sekali lagi selepas 18 tahun meninggalkan skuad Cik Siti Wan Kembang.

Sebelum ini, M. Karathu pernah membimbing Kelantan pada tahun 1993 dan berjaya mengemudi skuad ketika itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia.

Jurulatih yang mempunyai corak taktikal mantap ini diberi tugasan berat oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan untuk mengemudi pasukan dalam saingan Liga Malaysia bagi mengantikan Sathia yang kini digantung enam bulan.

Jurulatih yang disifatkan berpengalaman luas ini diberi harapan menggunung untuk membentuk pasukan terbaik bersama Kelantan.

Siapa tidak mengenali beliau, seorang jurulatih terbaik Malaysia kerana berupaya membentuk pasukan dengan daya kretiviti selain dapat mengasuh pemain muda menjadi seorang bintang terbaik. Antara bekas anak didiknya yang diasuh menjadi nama yang dikenali sepanjang zaman ialah bekas pemain Negeri Sembilan, Ching Hong Aik.

Pernah menabur bakti dengan skuad Kebangsaan Sri Lanka, M. Karathu turut pernah melatih skuad akademi negara serta membimbing Perak, Negeri Sembilan dan Kelantan.

M. Karathu juga dikontrakkan untuk membimbing sebuah pasukan Kelab di Singapura pada 2002 namun khidmat beliau tidak lama disana kerana terpalit dengan beberapa kontroversi besar.

Banyak kejayaan yang diraih M. Karathu sepanjang penglibatan dalam bidang kejurulatihan termasuklah membantu Perak muncul johan Divisen 2 (1989), Piala FA (1990) Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih (2001).

Dianugerahkan dengan gelaran Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP) yang membawa gelaran Datuk pada 2010 sempena Hari Keputeraan Ke-82 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Antara kejayaan lain yang dicapai oleh beliau ialah pernah menerima jemputan menjadi tetamu dalam program terbitan Astro ESPN, Football@Mamak bersama dengan bekas pemain liga eropah seperti Gareth Southgate, Alan Curbishley, Ray Parlour dan Scott Ollerenshaw.

Serba Sedikit Tentang M. Karathu dalam era kejurulatihan

Melatih Perak pada 1989-1990 / 2001 / 2008-2009
Juara Divisen Dua, Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih

Skuad Muda Negara pada 1991/1992

Kelantan FA pada 1993-1997
Separuh Akhir Piala Malaysia

Negeri Sembilan pada 1998

Skuad Kebangsaan Sri Lanka pada 1999-2000
Kejuaraan SAFF (Kumpulan)

Woodlands Wellington pada 2002-2003
No-5 Liga Singapura, Separuh akhir Piala Singapura

0 comments:

IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)