Pages

Tuesday, May 24, 2011

CCTV awasi penjenayah di Shah Alam

Berita baik utk penduduk shah alam...

24 CCTV awasi penjenayah

LENGKAP...Annie menunjukkan bilik kawalan CCTV.


SHAH ALAM: Awas, gerak geri anda sentiasa diperhatikan! Demikian peringatan Pegawai Perancang Bandar, Jabatan Perancangan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Annie Syazrin Ismail kepada pelaku jenayah terutama sekitar bandar raya ini berikutan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar bandar raya ini.

Menurutnya, sejak 29 Mac lalu, 24 CCTV sudah dipasang di sekitar Shah Alam dan 60 peratus daripada CCTV itu dipasang di Taman Sri Muda di Seksyen 25 kerana kawasan itu mempunyai kadar jenayah yang tinggi.


Beliau berkata, pemasangan semua CCTV itu adalah usaha MBSA dengan kerjasama pihak polis untuk membanteras kegiatan jenayah dan maksiat yang berlaku di sekitar kawasan Shah Alam.

Menurutnya, rakaman CCTV itu dipantau selama 24 jam oleh pegawai bertugas iaitu terdiri daripada seorang pegawai MBSA dan seorang pegawai polis di bilik kawalan mengikut jadual ditetapkan.


“Selain dapat mengurangkan kes ragut dan kecurian, kami juga membantu dalam membendung kes maksiat seperti berdua-duaan di kawasan sunyi.


“Justeru awas dan fikir dulu sebelum berniat melakukan jenayah atau kegiatan tidak bermoral sebab CCTV ada dipasang di kawasan laluan orang ramai, kawasan bandar serta kawasan yang sunyi.

“Cuma, buat masa kini kita tidak berhubung secara terus dengan polis kerana di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang baru beroperasi tidak menempatkan bilik kawalan CCTV,” katanya.


Menurutnya, pihaknya difahamkan kemungkinan seawal tahun hadapan MBSA dapat berhubung secara terus dengan polis menerusi CCTV bersepadu sekali gus mempercepatkan lagi aduan disampaikan kepada pihak berkuasa itu.

Selain itu, katanya, pada masa ini pihak MBSA sedang menantikan penambahan 50 CCTV daripada kerajaan negeri. “Dengan penambahan ini diharapkan dapat memudahkan pihak MBSA dan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam usaha mencegah jenayah dan kegiatan tidak bermoral,” katanya.


Selain CCTV pihak MBSA turut memasang pembesar suara di beberapa kawasan tertentu bertujuan memaklumkan kepada orang ramai untuk mengalihkan kenderaan mereka jika meletakkan kenderaan di tempat yang tidak dibenarkan.

0 comments:

IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)