Habuan eksklusif
Oleh Ismail Muhammad dan Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my
BERSATU HATI...penyokong Kelantan bersama replika trofi sebagai simbol menaikkan semangat julang Piala FA.
HABUAN tanah lot rumah banglo adalah antara janji Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada pemain Red Warriors jika menjuarai Piala FA dan Liga Super. Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, kawasan tanah itu akan dijadikan satu tempat eksklusif pemain Kelantan yang turut dilengkapi kemudahan untuk berlatih.
Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai ganjaran itu termasuk lokasinya kerana tidak mahu pemain hilang fokus akibat terlalu memikirkan ganjaran yang bakal diterima.
“Jika Kelantan menang Piala FA dan Liga Super, Kafa akan bekerjasama dengan Syarikat Al-Hamra memberikan satu tanah lot rumah banglo kepada setiap pemain dan diharap menaikkan semangat mereka.
“Soal di mana lokasi tanah itu perkara kedua kerana yang penting pemain Kelantan perlu memastikan kemenangan di final,” katanya.
Menurut Annuar, beliau tidak mahu pemain terlalu memikirkan ganjaran yang ditawarkan sebaliknya lebih memberi tumpuan kepada misi menjuarai Piala FA dan Liga Super musim ini.
“Jika menang Piala FA dan Liga Super, Kelantan akan mencatatkan rekod sebagai negeri pertama memenangi lima gelaran secara berterusan bermula dari Piala Malaysia musim lalu, Piala Emas Raja-Raja dan Piala Sumbangsih awal tahun ini,” katanya.
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment