Pages

Friday, October 7, 2011

Perbanyak rumah mampu milik di Malaysia

Oleh Muhammad Saufi Hassan
saufi@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Rata-rata kakitangan awam yang ditemui berharap supaya kerajaan mengumumkan lebih banyak projek rumah mampu milik untuk dilaksanakan dalam Belanjawan 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini.

Kakitangan awam yang ditemui, Mohd Faizal Mohd Jamil, 30, berkata, kebanyakan rumah yang dibina di sekitar kawasan bandar adalah kategori kos tinggi dan pekerja sokongan sepertinya tidak mampu untuk membeli rumah berkenaan.


“Saya harap kerajaan dapat melaksanakan projek perumahan kos rendah dan sederhana termasuk yang mampu dimiliki golongan sepertinya berikutan kos sara hidup yang tinggi di kawasan bandar agak menyukarkan mereka untuk memiliki rumah.

“Bagi pekerja sokongan seperti kami ini, gaji tidak seberapa tambahan pula hidup di bandar. Rumah di kawasan bandar ini mahal dan kami tidak mampu untuk membelinya walaupun keinginan itu ada,” katanya, semalam.


Dia berkata, kakitangan awam yang berpendapatan rendah dan sederhana pasti menyambut baik jika kerajaan memperbanyakkan projek perumahan mampu milik di sekitar kawasan bandar atau tumpuan umum.


Sementara itu, bagi seorang lagi kakitangan awam, Ibrahim Manap, 47, turut melontarkan nada serupa selain berharap kerajaan mengumumkan kenaikan gaji bagi kakitangan sektor itu sekali gus dapat meringankan beban mereka menghadapi kos sara hidup yang tinggi.

Menurutnya, dia tidak begitu mengharapkan pemberian bonus, sebaliknya lebih baik jika kerajaan melaksanakan perubahan skim gaji pekerja awam kerana tindakan itu dijangka dapat membantu pekerja sektor berkenaan.


“Saya tak harap sangat soal bonus, tetapi jika kerajaan boleh beri kenaikan gaji itu sudah memadai memandangkan gaji kami yang tidak seberapa, tambahan pula hidup di bandar agak membebankan kami,” katanya.

Selain itu, dia turut berharap supaya kerajaan dapat mengawal harga barangan runcit yang sering naik setiap kali menjelang musim perayaan dan perkara itu menjadi bebanan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.


“Keadaan miskin di bandar lebih teruk berbanding miskin luar bandar kerana kos sara hidup di sini tinggi di samping ada barangan runcit tidak mempunyai harga tetap dan akan naik mengikut keadaan semasa,” katanya.

0 comments:

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)