Pages

Wednesday, November 30, 2011

Jom Kita berkenalan dgn Mazidul Akmar Sidik

Berlalu sudah segala gusar
SEKARANG adalah masa untuk melupakan segala kisah hitam masa lalu.


DI hatinya tiada kesal, tiada juga nestapa meskipun setiap kali melintas di depan khalayak perasaannya terdetik rasa bimbang. Gusar yang bersarang bukan memikirkan diri sendiri, tetapi yang lebih utama, keselamatan isteri dan anak-anak.

Lelaki ini juga pernah tidak mahu keluar bersama famili. Dia lebih senang melepaskan wanita bernama Khairul Fazlin Kamarudin dan Muhamad Azard serta Muhamad Afif ini keluar bersiar-siar dengan agenda sendiri tanpa ditemani oleh dirinya sendiri.

Baginya mereka lebih bebas dan lepas tanpa kehadiran seorang lelaki lagi yang dikenali ramai bernama Mazidul Akmar Sidik.

Sampai ke tahap itu skala pemikiran Mazidul. Di kaca TV, bahasa tubuhnya serius dan suaranya lantang melaungkan apa sahaja berita agresif. Kenyataan dan soalan diajukan juga dianggap sedikit kasar sehingga ikut menggegar perasaan penonton yang menyaksikan gelagatnya.

Lebih hebat penangan yang diterima bekas pengacara dan wartawan program majalah kepolisan, 999 ini, Mazidul dipandang dengan perasaan menyampah, benci dan ada yang mencemuh dirinya sebagai melampau dan melebihi urusan pihak berkuasa.

Jika sekadar dicemuh, walaupun pahit Mazidul boleh menelan nada negatif itu dengan tega. Dia sudah sedia maklum tugasnya bukan sebagai penghibur yang membikin hati semua khalayak jadi berbunga.

Yang ditakuti Mazidul adalah risiko komitmennya itu terpaksa dikongsi bersama isteri dan anak-anak yang masih kecil. Itu antara kisah lama dan gundah-gulana yang kerap bermain di benaknya saat nama mencetus perhatian menerusi program 999.

"Orang anggap saya sebagai 'elemen perosak' dan saya tak mahu isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa. Walaupun saya bukan pihak berkuasa (polis), sebagai pelapor di tempat kejadian, orang lihat saya juga terlibat. Apa pihak kerugian dan tak mustahil ada pihak yang berdendam dengan saya.

"Pihak yang berdendam mampu berbuat apa sahaja, apa yang tidak terjangkau dek fikiran kita. Itulah yang buat ketenangan saya terganggu bahkan saya takut," ceritanya membuka pekung lama yang pernah membuat hati berdarah.

Sementelah, Mazidul hampir setahun lepas membikin kecoh satu Malaya, ditangkap dan didakwa atas tuduhan mengambil dadah.

Reputasinya tercalar dan segala laporan yang didedahkan sebelum itu tersimbah semula ke mukanya. Tetapi bukan keluh-resah Mazidul yang menarik perhatian saya kali ini. Isterinya, Khairul Fazlin saya dekati, menelaah apa yang tersimpul di hati.

WAKTU Mazidul untuk anak-anak dan isteri sangat bererti kepada mereka.


"Ketika itu, terkejut dan tak percaya pun ada. Terduduk saya dibuatnya. Rasanya macam langit jatuh ke riba. Tak sangka perkara sebegitu terjadi pada kami sekeluarga," jelas wanita yang membahasakan diri Kak Fazlin ini lembut.

Bicaranya bersambung lagi. Kata Fazlin, dua hari dia dan anak-anak mengurung diri. Lantaran bingung memikirkan apa yang harus diperbuat, Fazlin tidak mampu meluahkan perkara itu kepada sesiapa, hendak menghubungi keluarga di kampung juga dia keberatan sanggup.

"Macam-macam yang bermain di fikiran saya, takut abang kena buang kerja, macam mana nak teruskan hidup anak-beranak dan malu nak berdepan dengan teman-teman di pejabat.

"Nasib baik keluarga memahami, mereka datang dan bagi sokongan. Masa berita abang (Mazidul) keluar surat khabar, saya tak pergi kerja. Tak sanggup dan terbayang macam-macam hal. Tapi, kawan-kawan tak macam yang saya andaikan, mereka beri saya semangat," kata Fazlin tenang.

Larut dibuai nostalgia hitam yang diredah keluarga ini, saya terusik bila si kecil, Afif bersuara.

"Dulu, cikgu-cikgu dan satu kelas kawan-kawan asyik tanya, 'betul ke ayah awak hisap dadah?'. Saya cakap tak," kata anak sulung Mazidul selamba.

Ketakutan seorang isteri

Menghabiskan sepetang bersama Mazidul sekeluarga, banyak cerita yang ingin dikongsi keluarga ini dengan semua pembaca.

"Dari luar orang kata seronok ada suami yang kerja di TV, tapi dalam hati saya, Tuhan sahaja yang tahu. Pernah, semasa saya kerja di Port Klang, ada orang yang tak dikenali datang cari saya, dia nak tahu siapa isteri Mazidul.

"Bila saya ceritakan hal ini pada abang, dia pesan supaya saya berhati-hati. Sejak itu, saya mula takut dan bimbang setiap masa. Dia pula selalu tiada di rumah, anak-anaklah yang jadi peneman," luah Fazlin selalu menjeruk rasa bila nama suaminya sering diperlekehkan pihak lain.

Bukan setakat rasa diperhatikan, tetapi akui Mazidul, tiga kali laporan polis terpaksa dibuat dek ugutan demi ugutan termasuklah ugutan bunuh yang sampai ke mukanya.

"Sebab itulah, saya tak berani tonjolkan keluarga. Sebelum ini, tak pernah gambar saya dan keluarga tersiar di mana-mana media. Cuma akhir-akhirnya ini sahaja, saya dah tak bimbang, hidup saya juga mula tenang, " jelas Mazidul yang kini hanya mengendalikan program Malaysia Hari Ini dan 360.




Benci bertukar rindu

Sambil mengiakan kata-kata si suami, Fazlin menambah: "Sekarang abang banyak masa di rumah dan bersama anak-anak. Anak-anak pula yang rasa janggal, dah terbiasa ayah tiada di rumah, bila asyik duduk rumah, mereka bertanya, kenapa ayah tak keluar."

Senyum di wajah Fazlin menandakan kedamaian yang basah dijiwanya. Fikirannya tidak berkecamuk dan anak-anak pula dapat membesar tanpa ancaman kerana suara Mazidul tidak lagi 'berbisa'.

Tinggalkan persoalan-persoalan yang kurang enak. Alang-alang mengintai tabir hidup pasangan ini, saya tanyakan bagaimana jodoh mereka dipertemukan Tuhan.

"Dulu saya tak suka dia, cakap kuat, suka buat lawak, mengusik dan selalu buat saya marah. Tapi betullah, kata orang, orang yang kita tak suka itulah jodoh kita. Kami mula rapat sejak diperkenalkan teman-teman pada satu majlis rumah terbuka," cerita Fazlin.

Dan bagi Mazidul, penerimaan ibu bapa Fazlin yang mesra dan ramah menerima kehadirannya adalah perkara yang paling utama.



"Saya percaya apabila ibu bapa dia baik, sudah tentu dia juga seorang wanita yang baik. Tak lama kemudian, kami bertunang. Enam bulan selepas itu, kami berkahwin," katanya ringkas.

Dalam hal ehwal rumah tangga, sudah semestinya isteri yang paling arif di rumah. Sudah namanya lelaki yang bergelar suami, perkara paling bahagia adalah menikmati makanan yang dimasak oleh air tangan isteri tercinta.

"Masa kahwin, saya memang tak harapkan dia akan masak untuk saya, dia kerja.

"Tapi, saya juga nak dia pandai masak, bukan 100 jenis resipi, tapi setidak-tidaknya masakan yang boleh membuka selera dan enak dimakan. Dulu, dia tak pandai masak, tapi sejak tahun lepas, dia berusaha untuk masak dan belajar banyak resipi baru yang saya boleh beri jaminan, sedap!," puji Mazidul.

Banyak kali juga Fazlin mencuba setiap satu resipi. Pernah satu ketika, Mazidul berhenti makan dan meminta Fazlin memasak semula lauk yang telah disediakan kerana tidak memenuhi kehendaknya.

"Rasa nak marah, kecewa pun ada, tapi saya ambil semua itu sebagai cabaran untuk saya jadi isteri yang baik untuknya. Saya gembira kalau suami dan anak-anak gembira, sekarang kalau naka masak, saya kena masak apa yang mereka suka," jelas isteri kepada Ketua Hal Ehwal Semasa TV3 ini tersenyum.


Sumber : KosmoOnline

0 comments:

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)