Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
Kota Bharu: K apten Kelantan Mohd Badhri Radzi mengaku serasi beraksi bersama penyerang import, Dickson Nwakaeme dan mahu pemain dari Nigeria itu beraksi dalam saingan Liga Super selepas pendaftaran pemain baru dibuka 8 April ini.
Aksi memukau pemain penyerang import bertubuh sasa itu ketika membenam SHB Da Nang dari Vietnam, 5-0 pada saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Selasa lalu menambah keyakinan Mohd Badhri atau lebih dikenali sebagai Piya untuk terus beraksi bersama.
Mohd Badri selaku perancang utama The Red Warriors (TRW) berkata, dia memerlukan penyerang yang serasi dan dapat membaca hantaran dilakukannya dan optimis Nwakaeme adalah pilihan terbaik setakat ini berbanding bintang muda dari Australia, Dimitri Petratos.
Katanya, Nwakaeme bukan saja dapat membaca hantarannya malah mempunyai kemahiran mengawal bola lebih baik daripada penyerang import, Keita Mandjou yang kini beraksi untuk Liga Super.
“Saya lebih gemar bergandingan bersama Nwakaeme ketika saingan AFC malah berharap kami dapat terus bekerjasama andai dia didaftarkan untuk Liga Super apabila sesi pendaftaran pemain dibuka.
“Bagi saya Nwakaeme bagus dan saya serasi dengannya. Bagaimanapun, keputusan terletak di tangan jurulatih dan saya tetap menghormati apa jua yang diputuskan pengurusan,” katanya.
Menurut Mohd Badhri, Kelantan memerlukan penyerang yang mampu melakukan penyudah selain boleh memecah benteng lawan andai mahu bangkit menguasai pusingan kedua Liga Super.
“Sudah pasti kita mahu mempertahankan kejuaraan Liga Super dan ia bukan satu tugas mudah apatah lagi kita ketinggalan jauh dengan pendahulu pada pusingan pertama. “Kita perlu pemain bagus untuk membantu pasukan bangkit pada pusingan kedua.” Hingga kini, ketua jurulatih Kelantan Bojan Hodak belum memutuskan siapa yang bakal mengisi dua slot pemain import selepas mempamer aksi cemerlang.
Apakah nasib Mandjou sekiranya Nwakaeme terpilih dan bagaimana pula dengan Petratos yang dilihat terus kempunan untuk beraksi di Liga Super.
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment