- Bodoh! tu jek ayat yg sesuai utk budak2,anak2 yg perangai mcm nih.....Nk menangis toya apa pulak....yg gatal nk ikut jantan indon tu apa hal.....!!!...sepatutnye budak2 mcm nih, biarkn jek kt sana...tanam jagung,wat sawah padi kt sana.....dia yg pilih cara hidup mcm tu...Wat abis duit jek nk pujuk2...nk g ambik wat balik msia...brapa org dh yg pegi ke lombok ikut jantan? ramai dh kn? ada yg g sana bjaya? kaya raya? semua nye d jadikn mcm hamba jek....eeeeeiiiiiiiii....!!! bodoh betul...paper pun tak yah la siar kisah2 nih..benci pulak nk baca ari2 kt paper ade "sokmo" kes mcm nih...
- Harap2 tak ada family kita yg bfikiran BODOH mcm ni....Amin.
-keratan berita dr paper tempatan
Erti tangis sendu Bella
am@hmetro.com.my
2010/02/24
SEPANG: Deraian air mata dan tangis sedu menyambut kepulangan pelakon remaja, Salsabila Yunan, 15, yang pulang semalam selepas menghilangkan diri mengikut kekasihnya ke Pulau Lombok, Indonesia, sejak tujuh bulan lalu.
Kepulangan Salsabila atau lebih mesra dengan panggilan Bella ke pangkuan keluarga turut membawa hadiah bermakna kerana dia kini mengandung lima bulan, hasil perkahwinan dengan kekasihnya itu sebaik tiba di pulau berkenaan, Ogos lalu.***
ARKIB : 12/12/2009
Penyesalan mangsa cinta Lombok
BESUT 11 Dis. - ''Bukan sekali, bukan dua kali tetapi fikirlah beribu kali sebelum membuat keputusan untuk lari bersama kekasih ke Lombok, Indonesia."
Demikian nasihat Norzuliyani Alias, 29, kepada gadis yang berhasrat berbuat demikian kerana mereka bakal berdepan dengan suasana kehidupan yang jauh berbeza berbanding negara ini.
''Saya meninggalkan keluarga selama 11 tahun kerana mengikut kekasih ke Lombok dan ramai gadis negara ini yang berada di sana kini menyesal dengan perbuatan mereka," katanya kepada pemberita di Kampung Kayu Kelat dekat sini semalam.
Wanita itu kembali ke tanah air petang kelmarin hasil usaha Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Wisma Putra dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Besut, Nawi Mohamad.
Norzuliyani yang pulang bersama tiga anak iaitu Firman Amadi, 11, Hrendri Febrian, 8, dan Intan Anatasya, 4, mengambil tindakan nekad melarikan diri bersama lelaki Lombok pada September 1998 ketika berusia 17 tahun.
Sepanjang berada di Lombok katanya, dia menjadi tempat mengadu dan meluahkan perasaan oleh wanita Malaysia yang menghadapi pelbagai masalah terutama dalam menjalani kehidupan seharian.
Katanya, ada yang ditinggalkan bersama anak-anak kerana suami kembali semula ke negara ini untuk mencari pekerjaan dan tidak kurang juga yang ditinggalkan kerana suami berkahwin lain.
''Kehidupan mereka yang ditinggalkan suami amat susah kerana terpaksa mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan sendiri serta anak-anak dan untuk berpindah ke Malaysia juga amat sukar kerana tiada siapa yang dapat membantu," katanya.
Dia sendiri turut menyesal dengan tindakan yang diambilnya setelah kira-kira setahun berada di Lombok namun dia tetap memujuk hatinya sendiri dan tabah menghadapi kehidupan.
Namun jauh di sudut hatinya dia tetap menyimpan hasrat untuk pulang dan menemui ibu bapanya yang tinggal di Felcra Keruak, Hulu Besut, dekat sini.
***
ARKIB : 08/01/2010
'Bukan kerana ilmu guna-guna'
PUTRAJAYA 7 Jan. - Punca kebanyakan gadis Melayu mengikut teman lelaki warga Indonesia ke Lombok di Mataram bukan disebabkan ilmu guna-guna.
Pegawai Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO, Mohd. Fadzil Rahman berkata, hasil temu ramah pihaknya yang sempat berkunjung ke wilayah itu baru-baru ini mendapati kebanyakan gadis terbabit berbuat demikian atas dasar cinta dan sukarela.
Katanya, rata-rata gadis Melayu warganegara Malaysia itu di bawah umur menyebabkan mereka mudah terpedaya dengan janji manis oleh pemuda Lombok yang merantau di negara ini.
"Dianggarkan terdapat sekitar 500 hingga 600 gadis Melayu di sana. Ada yang hendak kembali ke Malaysia kerana sengsara dengan kehidupan yang susah di sana.
"Ada juga yang tidak mahu balik kerana sudah beranak-pinak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini yang memaparkan ingatan seorang pembaca agar kerajaan tidak membenarkan 'penjajahan budaya' Indonesia di negara ini dengan menyajikan drama, lagu atau sebarang berita hiburan artis seberang.
Pembaca yang dikenali sebagai Azman Mamat dari Kampung Marhum, Pekan, Pahang juga berkongsi masalah yang dihadapi oleh seluruh ahli keluarganya akibat sikap warga Indonesia yang tidak tahu mengenang budi.
Ini kerana sudah enam tahun keluarganya dalam kesedihan setelah anak sulung perempuan keluarga itu dilarikan oleh seorang warga Indonesia ke Lombok.
Warga Indonesia terbabit merupakan pekerja kontrak yang membantu membuat pagar di rumah keluarga pembaca berkenaan.
Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO diketuai oleh Exco pergerakan itu, Datuk Khairun Aseh.
****
ARKIB : 19/02/2010
Waspada janji manis
|
|
PUTRAJAYA 18 Feb. – Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO menasihatkan gadis-gadis Melayu supaya tidak mudah termakan janji-janji manis lelaki Indonesia terutama dari Lombok.
Pengerusinya, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, rata-rata gadis Melayu yang terjebak dalam perangkap lelaki seberang terdiri dari kalangan mereka yang di bawah umur dan remaja.
“Dalam kebanyakan kes gadis-gadis yang lari bersama teman lelaki warga Indonesia ini kita dapati mereka tidak ada krisis dengan keluarga.
‘‘Sebaliknya, gadis-gadis ini mudah terpedaya dengan janji manis kebahagiaan alam rumahtangga tetapi apabila sampai di Lombok, kehidupan seharian sukar, ada satu kes, dalam setahun baru sekali dapat makan ayam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
0 comments:
Post a Comment