Hotline LPKP dibuka 24 jam
NUSAJAYA 1 Feb. - Orang ramai yang tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam boleh mengemukakan aduan kepada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) melalui talian hotline 1-800-88-9600 yang akan beroperasi 24 jam dalam tempoh tiga bulan lagi.
Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, sebelum ini talian tersebut hanya dibuka pada waktu pejabat.
"Mulai 19 Februari ini akan diadakan kempen 'Pengguna Satu Penguatkuasaan' selama tiga bulan yang bertujuan mendidik orang ramai tentang hak mereka dengan melaporkan kepada LPKP sekiranya pemandu teksi tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
"Jika pemandu teksi melakukan kesalahan seperti tidak berhenti apabila ditahan atau tidak memakai uniform serta menggunakan tambang lebih, laporkan kepada LPKP," katanya pada majlis pelancaran perkhidmatan bas sosial dan terminal bas Kota Iskandar Malaysia di sini hari ini.
Mengulas lanjut, aduan orang ramai akan diambil tindakan segera iaitu selepas aduan diterima dan disiasat oleh pihaknya.
Katanya, jika didapati bersalah pemandu teksi berkenaan akan dikenakan tindakan tegas termasuk digantung permit.
Sementara itu, pada majlis yang sama, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dalam ucapannya berkata, dua projek utama sistem pengangkutan bas awam di Iskandar Malaysia akan dibina tahun ini.
Projek tersebut katanya, meliputi penstrukturan semula industri bas di Iskandar Malaysia dan pembinaan serta naik taraf infrastruktur laluan bas serta kemudahan pengangkutan awam.

p/s: Utusan Online
1 comments:
wakaka..dh mcm mazidul dh boh kawe neh
Post a Comment