Pages

Thursday, August 12, 2010

Persoalan Mengenai Puasa

1
MENINGGALKAN PUASA YANG WAJIB DAN MENGGANTIKANNYA PADA HARI LAIN TETAPI ATAS SEBAB, SAYA TIDAK DAPAT MENERUSKANNYA PADA HARI ITU. ADAKAH SAYA HARUS QADHA PUASA DENGAN GANDAAN (IAITU MENJADIKAN 2 HARI UNTUK 1 HARI YANG DITINGGALKAN ITU).
Puasa yang ditinggalkan dan tidak diqadha pada tahun hijriyah yang sama, maka dikenakan fidyah. Sekiranya melangkaui tahun, maka fidyah akan berganda, manakala qadha puasa tetap sama ( tidak berganda).
2
SAYA INGIN BERTANYA BERKENAAN DENGAN PUASA QADHA' DI BULAN SYAABAN.ADAKAH SELEPAS NISFU SYAABAN SESEORANG ITU TIDAK BOLEH MENGGANTIKAN PUASA YANG DITINGGALKAN.SEBALIKNYA DIA KENA MENGGANTIKANNYA DI TAHUN DEPAN DAN BAYAR DENDA.
Puasa qada' boleh dilakukan selepas 1 Syawal dan sebelum berakhir bulan Sya'ban atau sebelum tiba awal Ramadhan pada tahun tersebut, kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa. Sekiranya telah melepasi tarikh tersebut, maka puasa hendaklah diqadha' dan dikenakan fidyah sebanyak secupak sehari bagi puasa yang ditinggalkan.
3
SAYA NAK TANYA BERKENAAN DENGAN PUASA 6. SAYA SERING MENDENGAR ORANG MENYATAKAN PUASA 6 HARUS DILAKUKAN SECARA BERTURUT-TURUT.ADAKAH KENYATAAN INI BENAR?
Puasa enam sebaik-baiknya adalah dilaksanakan secara berturut-turut, tetapi boleh juga dilakukan dengan berselang dan tidak menjadi kesalahan dari sudut hukum.
4
APAKAH HUKUMNYA SEORANG ISTERI YG TERPAKSA MEMBATALKAN PUASA QADHA'NYA KRN PERMINTAAN SUAMI PD SIANG HARI UTK. "BERSAMA"?PERLUKAH PUASA QADHA'MEMINTA IZIN SUAMI?
Isteri harus membatalkan puasa qadhanya untuk melayani kehendak suaminya. Puasa qadha tidak perlu meminta izin suami tetapi sebaik-baiknya memberitahu suami sebelum berpuasa atau mengajak suami sama-sama berpuasa.

Berkenaan dengan puasa qadha yang tidak dapat disempurnakan itu, hendaklah ditunaikan pada hari yang lain.
5
APAKAH SYARAT SYARAT PUASA SUNAT .ADAKAH IA BOLEH DIKERJAKAN PADA BILA BILA MASA SAHAJA.
Syarat puasa sunat ialah berniat di waktu malam atau waktu pagi dengan syarat belum makan dan minum sepanjang pagi tersebut.

Puasa sunat boleh dikerjakan selain daripada hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu pada 2 hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha) dan hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah).
6
APAKAH PUASA PUASA SUNAT YANG SANGAT SANGAT DIGALAKKAN DALAM ISLAM.
Hari-hari yang disunatkan berpuasa ialah :

1) Puasa 6 hari di bulan Syawal.
2) Puasa Rejab dan Sya'ban
3) 9 hari awal pada bulan Zulhijjah
4) 10 Muharram
5) Puasa hari Isnin dan Khamis
6) Puasa pada awal, tengah dan akhir setiap bulan.
7
UNTUK MEMBAYAR KIFARAH PUASA YANG DILAKSANAKAN PERLU DIHABISKAN TERUS ATAU BOLEH DISELANG SELIKAN
Bagi mengqadha puasa yang ditinggalkan dalam bulan Ramadhan, boleh diselang selikan asalkan cukup bilangannya. Adapun puasa bagi membayar kifarah disebabkan melakukan persetubuhan di siang hari bulan Ramadhan, tidak boleh diselang selikan. Ianya hendaklah ditunaikan berturut-turut.
8
BERAPAKAH JENIS PUASA SUNAT YANG TERDAPAT DALAM ISLAM DAN BAGAIMANA NIAT NIATNYA.
Puasa sunat terbahagi kepada:

1- Puasa sunat Isnin dan Khamis
2- Puasa sunat di awal, tengah dan akhir setiap bulan.
3- Puasa 1 - 9 Zulhijjah.
4- Puasa pada 10 Muharram.
5- Puasa sunat di bulan Rejab dan sya'ban.
6- Mana-mana puasa sunat yang ingin dilakukan selain daripada 5 hari yang diharamkan iaitu 2 hari raya dan 3 hari Tasyrik (11, 12, 13 zulhijjah)
9
ASSALAMUALAIKUM USTAZ/USTAZAH.. SAYA ADA SATU KEMUSYKILAN..SAYA ADA TINGGAL PUASA BEBERAPA TAHUN YG LEPAS..MASALAH SAYA, SETIAP TAHUN SAYA AKAN MENGQADAKKANNYA TAPI SAYA TIDAK MELAKUKAN FIDYAH KERANA TIDAK TAHU DIMANA HENDAK MELAKUKANNYA..DAN BERAPA? SAYA ANGGARKAN TEMPOH 4 TAHUN.. JAWAPAN TUAN SAYA DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
1. Setiap puasa yang ditinggalkan wajib diganti dengan kaedah berikut.

a. Bagi puasa yang ditinggal kan dan belum melangkau tahun hendaklah digantikan puasa sahaja.

b. Bagi puasa yang ditinggalkan dan belum diganti sehingga melangkau tahun hendaklah segera menggantikan puasa dan membayar fidyah (secupak beras) mengikut jumlah hari yang ditinggalkan x jumlah tahun yang berlalu.

c.Fidyah boleh dibayar melalui jabatan agama yang berdekatan atau memberi kepada fakir miskin.

2. Pastikan bilangan puasa yang ditinggalkan dan bilangan yang belum diganti.
10
ADAKAH BATAL PUASA HISAP ROKOK.
Perbuatan merokok di siang hari pada bulan puasa akan membatalkan puasa.

:: MAKLUMAN :: Jawapan yang disediakan di ruangan ini adalah sedutan dari
Ruangan Kemusykilan Agama JAKIM(Kategori Puasa)

2 comments:

Ayah Khalish Khalisha said...

persoalan no. 4 elok bgtau dkt sepul serban skali..hahaha

Dunia Baru said...

kakakakka....yg no 4 tu kawe dh kasi tau dia ari tu..hehe..kawe dh kasi tazkirah kt dia....hehe...tp jgn dia wat bln ramadhan la pulak..kakak...tu utk puasa ganti jek..ekekeke

IP

Labels

Dania Khairina (134) Bola-Bola-Bola (121) Xtvt Anok Beranok (93) Berita-Berita Tempatan (56) Mace2 Anok Beranok (49) Mcm2 Hal Ehwal Awam (43) Berita Sukan (42) Trip Anok Beranok (38) AnokBeranok D'Kelate (24) Mace2 (18) Ayah - Dania - Ibu (17) Giant Monster (17) AnokBeranok D'Rumah (16) Baby Monster (16) Makan2 (16) Anok Beranok (13) Bola Piala Malaysia (13) Dania - iBu (13) AnokBeranok Make Lua (12) Bola Malaysia (12) Dania D'Rumah (11) Politik; (11) Jale2 Cari Make AnokBeranok (10) Menee Dania (10) AnokBeranok Jale2 (9) Berita Sensasi (9) Bola - Piala FA (9) GenG2 AnokBeranok (8) TRW (8) info Mace2 (8) Aksi Dania (7) Dania - Ayah (7) Pelaburan ASB (7) Xtvt Menarik (7) AnokBeranok Berbuka Puasa (6) FAM (6) Skuad TRW (6) Vietnam (6) AFC Cup (5) AnokBeranok Bersamo Sedaro-Maro (5) Dania TRW (5) Info Hartanah (5) Bola - AnokBeranok D'Stadium (4) Dania Belajar (4) Hok-Hok Lain (4) Kesukaan AnokBeranok (4) Lawok AnokBeranok (4) Pendidikan Awal Kanak-Kanak (4) Projek Rumah Sewa (4) Rumah (4) Tadika Strawberry (4) Anok Beranok Menanam (3) AnokBeranok DIY (3) AnokBeranok Make Angin (3) Berita-Berita Luar Negara (3) Dania Baby (3) Ibu or Ayah Only (3) Info Kereta (3) Liga Super (3) Mace2 Hobi (3) Makan d'Selangor (3) Nuffnang (3) Pelaburan (3) Ucapan (3) Ucapan AnokBeranok (3) Anok Beranok D'Jusco (2) Astro (2) Bajet 2012 (2) Bengkel (2) Blog AnokBeranok (2) Dania D'Kelate (2) Dania n SedaraMaro (2) Gambar Lucah (2) Hadiah Dania (2) Info Bowling AnokBeranok (2) Makanan AnokBeranok (2) Pemain Import TRW (2) Pendapatan Lain2 (2) Perkelahan D'Sungai (2) Raya Pose AnokBeranok (2) Rumah2 AnokBeranok (2) TSAM (2) TazkiraH (2) 404 (1) AFC U-22 Championship 2013 (1) Ajaran Sesat Azhar Wahab (1) Anok Beranok Masok2 Sendiri (1) AnokBeranok Bercuti (1) AnokBeranok D'Mamak (1) AnokBeranok Make D'Rumah (1) AnokBeranok Shopping (1) AnokBeranok Tak PuasHati (1) AnokBeranok n Makenan Segera (1) AnokBeranok n Nasi Arab (1) Apek (1) Artis (1) Ayam Penyet (1) BR1M (1) Bahaya (1) Bank Rakyat (1) Bonus (1) Buku-buku (1) Claim Nuffnang (1) Cuti-Cuti Malaysia (1) Dania d' Tesco (1) Dania d'Mamak (1) Dania n Buku (1) Dunia-Dunia (1) Final FA (1) Futsal AnokBeranok (1) Gajet AnokBeranok (1) Gaji Baru (1) Gambar Kereta (1) Gambar Pelik2 (1) Game Persahabatan Antarabangsa (1) Gempak (1) Hari Raya AnokBeranok (1) Harimau Malaya (1) Ikea (1) Info Bisnes (1) Info Bola (1) Info Kesihatan (1) Islam (1) JDTFC (1) JPA (1) JPJ (1) Jale2 Cari Make (1) Jepun (1) Kabar Angin (1) Kakitangan Awam (1) Kartun (1) Kedai Mamak (1) Kelantan (1) Kena-Hack (1) Kenduri Sedara AnokBeranok (1) Komik (1) Kota Kinabalu (1) Lada aka Cili (1) Lee Chong Wei (1) Lesen (1) Liga Super 20013 (1) Makan Durian (1) Makanan Pelik2 AnokBeranok (1) Make Angin D'Malaysia (1) Make D' Sari Ratu (1) Make D'KL (1) Malaysia (1) Masok2 AnokBeranok (1) Model AnokBeranok (1) Mohammed Ghaddar (1) Money (1) Naik Turun Harga Rumah (1) Nasi Lemak Ayam Dara (1) PDRM (1) Pelaburan Hartanah (1) Pelaburan MataWang (1) Pelik Tapi Benar (1) Peminat TRW (1) Peminta Sedekah Kanak2 (1) Penjawat Awam (1) Perabot AnokBeranok (1) Persiapan Raya (1) PilihanRaya (1) PlayGround (1) Pokok Cilik (1) Projek Rumah Sendiri (1) Promosi (1) Rantau Bundle (1) Restoran Orkid Thai (1) Roti Nan (1) SSM (1) Saing2 AnokBeranok (1) Sampah (1) Selangor (1) Shah Alam (1) Shopping Mall (1) Simpanan Tabung Haji (1) Sumber Pendapatan AnokBeranok (1) TMJ (1) TRW Persahabatan (1) Tabung Haji (1) The Manhattan Fish Market (1) Tiket Bola (1) Tukar Tayar (1) Upgrade Baby Monster (1) Upgrade Rumah (1) Zaman Mudo2 (1)