- Rahmat Che Hassim yang berasal dari Kelantan akan berlatih di bawah bimbingan Pep Guardiola di Barcelona bersama 100 lagi pemain dari 55 negara yang terpilih dalam program Nike TheChance.
Empat pemain yang akan mewakili Asia Tenggara bagi Global Finals Nike ‘The Chance’ termasuk dari Malaysia telah diumumkan di Jakarta semalam.
Mereka yang layak dalah Rahmat Che Hassim (Malaysia), Muhammad Faris Ramli (Singapura), Evan Dimas (Indonesia) dan Napapon Sripratheep (Thailand).
Mereka kini akan diberi peluang untuk berlatih di bawah bimbingan Pep Guardiola di akademi La Masia Barcelona bersama 100 pemain terbaik dari 55 negara yang akan menjalani latihan sementara diuji oleh pasukan dan jurulatih terbaik dunia.
Rahmat Che Hassim yang sangat gembira memberitahu bahawa dia sangat teruja untuk bertemu dengan bintang Barcelona, Lionel Messi.
“Semestinya saya ingin bertemu dengan Lionel Messi.”
“Apabila saya bertemunya, saya akan berkata Hi I am Rahmat from Kelantan! ”
Nike juga memberitahu bahawa mereka akan memilih 16 pemain terbaik daripada pusingan akhir global untuk latihan jelajah di mana mereka akan bertemu dengan pasukan akademi dari Manchester United, Juventus dan pasukan remaja Amerika Syarikat.
Pada sesi pemilihan di Jakarta semalam, para pemain telah menujukkan bakat mereka di hadapan Ong Kim Swee, V.Sundramoorthy (jurulatih LionsXII), Widodo Chayono Putro (jurulatih Indonesia B21) dan Nophodol Pibulvech (pengarah bola sepak Chonburi FA).
“Berdasarkan perlawanan hari ini (Selasa) kesemua pemenang sangat menyerlah. Dan mereka melakukan segalanya untuk meyakinkan para jurulatih dan mereka layak ke Barcelona,” kata Sundramoorthy.
Rahmat Che Hassim yang tidak percayakan nasib baiknya berkata: “Saya tidak percaya kerana ini adalah peluang kedua saya dan saya dipanggil selepas salah seorang dari lima pemenang ini telah dipanggil untuk bersama pasukan kebangsaan.
“Saya juga antara pemain yang tertua di sini dan ini peluang terakhir saya. Saya akan beri yang terbaik di Barcelona.
Kredit : Espnstar.My
0 comments:
Post a Comment