Peluang orang awam beli rumah PPR di KL, Selangor
SHAH ALAM: Kerajaan bakal membuka peluang permohonan membeli unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, kepada orang awam dengan syarat tertentu termasuk berpendapatan rendah.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, pelaksanaan itu untuk memberi peluang rakyat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas kelulusan mengenainya ketika Mesyuarat Kabinet diadakan kelmarin.
Bagaimanapun, katanya, terdapat beberapa syarat perlu ditepati untuk melayakkan mereka memohon sekali gus memiliki rumah itu.
“Rumah PPR di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor akan dijual kepada orang awam yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500.
“Pemohon juga perlu menetap di negeri Selangor dan sudah berkahwin tetapi masih tidak mempunyai rumah.
“Orang awam boleh membuat permohonan menerusi sistem terbuka pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Residen@i-City di i-City, di sini, semalam.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif i-Berhad, Datuk Eu Hong Chew.
Mantap Juga Komen TMJ nih....!!!
10 years ago
0 comments:
Post a Comment